67

19.8K 1K 13
                                    

Adam dan mel kini ke kedai cincin pula, adam menongkat dagu melihat mel yang tidak habis membelek cincin emas.

"lambat betullah perempuan ni. Woi, kau cepat sikit boleh tak? cincin nak pakai dekat jari je pun, bukannya nak letak dekat muka kau pun!" sinis adam.

"ish, you ni. Sabarlah!" bentak mel.

Adam menjeling. Adam beralih melihat cincin permata berlian yang berada di dalam meja kaca tersebut.

Kalau aku beli untuk haura. Agak-agaknya dia nak tak? Nanti dia bebel pulak. Tapi.. Apa salahnya kalau aku belanja dia cincin. Omel adam.

"err..mirs! Boleh bawak keluar cincin ni tak?"

Pinta adam dengan menunjuk cincin yang di inginkan.

"you nak beli untuk i? Thank you, sayang!!"

Terus mel memeluknya, namun adam menolak mel dengan kasar. Mujur tidak jatuh.

"bila masa aku nak beli dekat kau? Perasan!"

"habis tu? You nak bagi dekat siapa? Haura?"

"suka hati aku lah nak bagi dekat siapa. Kau sibuk kenapa?!" degus adam.

Mel menjeling tajam ke arah adam.

Dekat perempuan tu bukan main lagi kau beli yang mahal- mahal. Dekat aku takda pulak kau nak buat macam tu.sinis mel di dalam hati.



Haura melipat baju yang baru saja di jemur tadi. Sambil itu dia mendengar lagu yang dipasangkan pada radio tanpa menyedari adam yang baru pulang.

"bukan main kau menyanyi ek? Patutlah awan mendung." tegur adam.

Pantas haura menutup radio itu. Malu pula di tegur adam. Haura tersengih.

"dah siap beli semua?"soal haura.

"dah. Sakit lutut aku teman dia shopping." balas adam.

Dia melabuh punggung di sebelah haura.

"mama kata nak buat majlis esok dekat rumah. Aku ada belikan kau baju. Takdalah mahal mana tapi cantik." ujar adam.

"buat susah aje beli baju. Saya ada berlambak baju dalam almari."

"baju kau tu dah macam kain buruk. Daripada kau pakai baju entah apa-apa tu, baik kau pakai baju yang aku beli. Nanti kalau ada orang tanya isteri siapa yang cantik tu, bolehlah aku jawab isteri adam mikail."

"hek eleh.. Poyonya!" ejek haura.

Adam tersengih.

"hulur tangan jab." pinta adam.

Haura menghulurkan tangan kirinya.

"tangan kananlah. Aku tumbuk karang."

"manalah saya tahu awak nak tangan mana.."

Haura menghulurkan tangan kanannya pula. Adam mengeluarkan kotak cincin yang di belinya tadi, dia menarik cincin lama di jari manis haura dan menggantikan dengan cincin yang baru di beli tadi.

"nasib baik sesuai."

"sesuai? Awak beli cincin baru ke?" soal haura.

"haah. Sebenarnya.. Cincin yang kau pakai selama ni cincin tikam yang 50 sen tu je. Kebetulan aku pergi kedai cincin, so aku belilah untuk kau." ujar adam.

Haura tersenyum gembira.

"terima kasih! Tak sangka..sesombong awak pun ada jugak kesah pasal saya."

"aku ni sebenarnya tak sombong mana pun. Kan aku dah kata, kau takkan kenal perangai aku yang sebenar selagi kau belum cukup kenal aku. Aku gentleman, you know?"

"gentleman lah sangat."

"hei,kau jangan cabar suami kau tau. Silap-silap kau mintak nak mata kau balik pun aku boleh tunaikan."

"ish, merepeklah awak ni. Awak ingat awak tuhan?"

"aku bukannya guna ilmu hitam. Kita ada hospital kan? Kalau kau nak tengok dunia, nak tengok muka suami kau yang kacak ni. Aku boleh je serahkan mata aku pada kau. Untuk tunjukkan yang aku ni bukan seperti mr. Arrogant yang kau kutuk selama ni."
Ujar adam.

Haura ketawa kecil.

"tak payah nak berdrama sangatlah, encik adam. Saya dah kira bersyukur apa yang ada. Tak perlu sampai nak derma mata."

"Apa salahnya kalau aku berkorban. Demi seorang isteri." ujar adam dengan nada romantik.

Haura menggeleng kepala dengan ketawa kecil. Mana mungkin adam sanggup melakukan semua itu, sedangkan dia hendak menerima haura pun susah. Inikan pula mahu menjadi buta semata mata demi menyerah kan pada haura.

Mungkin kau ingat aku bergurau, haura. Tapi kalau itu yang kau nak. Aku akan tunaikan. Apa saja asalkan kau bahagia hidup dengan aku. Omel adam.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now