EPILOG

76.1K 2.3K 214
                                    

Dua Tahun Kemudian..

Selesai sahaja menunaikan solat fardhu Asar, aku lipat kembali sejadah dan telekung yang aku pinjam daripada surau fakulti. Selendang kelabu yang sepanjang hari ini aku pakai, aku kembali belit ke kepalaku semula. Senyumanku meniti saat membelek diriku dalam cermin. Cantik dan tak pernah mengecewakan. Uhuks!!

"Warda!!Warda!!!" laungan serak basah Gina buatkan orang lain yang berada dalam surau sudah pandang hairan ke arah kami berdua.

Aku sudah berkerut dahi memandang Gina. Gadis itu sudah duduk bersimpuh di hadapanku sambil senyumannya menyimpul lebar di bibirnya. Teruja benar lagak nya itu. Melihatkan itu, aku sudah angkat kening.

"Kau kenapa ni? Datang terjerit-jerit. Orang datang sini,nak solat tahu tak?! Kau ni.."leterku kembali mahu memperkemaskan tudungku agar makin cantik daripada biasa.

"Ya, aku tahu. Erm, aku nak bagitahu kau sesuatu ni.. " ujarnya.

Aku masih dengan kesibukanku membetulkan tudung. "Beritahu apa?"acuh tak acuh aku membalas.

"Kau ingat tak fasal mat saleh yang kita jumpa beberapa hari lepas itu? Weiyh, dia jadi mentee aku!!!"teruja Gina membalas. Gaya gedik-gedik minta kakinya dipamer.

"Kau ni Gina.. jangan macam-macam. Sedar sikit diri kau itu dah jadi tunang orang. Mentang-mentang lah kau jauh, pandai kau nak menggatal eiyh?!" aku sempat beri peringatan kecil pada Gina.

Dia sudah tayang muka cemberut. "Alah, aku bagitahu aje pun. Erm.. biasalah perempuan. Mesti nak cuci mata sikit."jawab Gina mahu membela diri.

Aku angkat kening. "Owh, macam ni kau eiyh. Nanti aku call abang Sufi cerita perangai kau kat sini. Ha, time tu kau pandai-pandailah nak explain macam mana. Baru padan!" ugutku sengaja mahu mengusik kawan baik aku itu.

Makin memuncung Gina dibuat nya bila dia sedar akan kesilapannya itu.

Yalah, dah jadi tunang orang pun masih nak menggatal. Gina sudahpun menjadi tunang rasmi kepada abang Sufi. Sudah dua tahun mereka bertunangan, katanya lepas saja Gina menamatkan pengajian nya.. abang Sufi akan proceed ke majlis pernikahan pula. Bagus tak bagus abang aku itu. Dia tak nak lama-lama sangat. Taknak si Gina terlepas pada orang lain.

Aku dan Gina kini berada di tahun akhir pengajian kami di peringkat diploma. Pengajian kami selama dua tahun setengah ini adalah di UK. Nun jauhnya dari Malaysia. Aku ambil jurusan fesyen manakala Gina pula ambil jurusan muzik tapi kami masih berada di bawah satu fakulti yang sama. Pelik bukan? Penat-penat belajar sains tapi end up belajar bidang lain. Hmm.. inilah rezeki Tuhan orang kata.

"Ha, daripada kau merepek yang bukan-bukan, lebih baik kau solat. Kau belum solat Asar lagi kan?" serentak itu, Gina menggelengkan kepala.

"Pi solat sana. Tak elok tau lambat-lambatkan solat. Berdosa." nasihatku.

Gina sekadar mencebik. Dengan muka cemberutnya, tudung yang disarungnya ditanggal lalu langkah nya diatur menuju ke tempat wudhuk yang terletak tidak jauh dari tempatku duduk. Aku sudah geleng kecil melihat gelagat Gina itu.

Satu keluhan kecil aku lepaskan. Entah kenapa, tiba-tiba pula aku rasa rindu pada seseorang. Terus telefon pintarku godek lalu bibirku menguntum senyum.

Hmm.. nak skype dengan ayang kitew!!

Beberapa saat aku menunggu sebelum akhirnya panggilan aku itu berjawab. Senyumanku melebar apabila dapat lihat abang Mikhael depan mata. Hmm.. terlepas juga rindu.

"Abang!!! Rindu." bisikku separuh menjerit.

Lelaki dalam talian itu ketawa mengekek. "I miss you too. Erm, tengah ada kelas ke sekarang ni?" soalnya.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें