BAB 45

41.3K 1.5K 60
                                    

"Tolonglah Tan Sri!! Batalkan segala projek yang Tan Sri buat itu. Kalau Tan Sri lakukan, habis lah syarikat saya. Please Tan Sri.. jangan buat semua itu.." rayu Dato' Syukri bersungguh-sungguh.

Dia lihat air mata jernih tak lekang membasahi birai mata papanya itu. Makin sebak dadanya apabila melihat papanya sudah melutut seakan hamba abdi yang memohon perlindungan. Yurp, matanya nampak segalanya dari celah pintu yang terbuka.

"Sorrylah, Dato'Syukri. Saya terpaksa buat semua ini. Dalam business, kita perlu jadi seorang yang penting diri untuk berjaya. Siapa lebih banyak faedahnya, dia lah yang akan selalu menjadi juaranya." ujar lelaki di hadapan papanya itu.

Senyum kelatnya jelas terukir. Nampak seakan tak selesa dengan apa yang berlaku depan matanya ketika ini.

Baru sahaja dia mahu bergerak, terus Dato' Syukri mencapai kakinya lalu berpaut. Keadaannya begitu terdesak. Sanggup harga dirinya direndahkan semata-mata mahu apa yang dia nakkan.

"Tolonglah Tan Sri.. saya merayu!! Saya sanggup cium kaki Tan Sri asalkan Tan Sri batalkan semua ö itu. Tolonglah Tan Sri..!! Bantu saya.. saya masih ada anak nak dibesarkan. Kalau syarikat saya itu muflis, ke mana saya nak cari duit untuk sara hidup anak dan isteri saya..!!" kembali Dato' Syukri mendesak. Air matanya mengalir tanpa segan.

Erat kaki lelaki dipeluknya. Lagaknya itu seakan-akan tidak mahu melepas kan lelaki itu pergi.

"Lepaslah, Dato'!! Saya kata lepas!!" herdik lelaki bergelar Tan Sri itu kasar. Kakinya digoyangkan beberapa kali agar pelukan itu dapat terlerai namun makin kejap pula pelukan Dato' Syukri pada kakinya.

Tak semena, tubuh itu ditolaknya kasar menghempas lantai. Menyaksikan itu, anak kecil yang berusia 12 tahun itu tergamam.  Dia lihat semuanya. Bagaimana ayahnya menangis dan merayu lalu kemudiannya dihumban ke lantai tanpa belas.. Yurp, sebak dadanya melihatkan semua itu.

Lelaki bergelar Tan Sri itu juga jelas kaget dengan perbuatannya sendiri. Bukan nak membantu, malah.. lelaki itu terus bergegas keluar dari pejabatnya.

Buka sahaja pintu, tubuh kecil anak perempuan itu dilanggarnya tanpa sedar. Tak semena, tubuh kecil itu menghempas lantai. Punggung yang terasa sakit, diurut. Matanya tak lepas memandang Tan Sri yang seakan-akan tak pedulikannya itu.

Segera lelaki itu melangkah meninggal kannya di belakang.

"Laura..." seruan papanya itu buatkan perhatiannya terus teralih ke arah papa nya yang masih terbaring di lantai.

"Papa!!" lantang nama lelaki itu diserunya. Matanya meliar mencari kelibat papa kandungnya itu di sekitar bilik namun hampa.. batang hidung pun dia tak lihat.

Satu keluhan lemah, Laura lepaskan. Semenjak dua menjak ini, sering kali mimpi berkaitan papanya mengganggu lena malamnya. Entah kenapa, mimpi itu seakan mendesak nya untuk lakukan sesuatu. Lakukan sebuah pembalasan..

Laura Batrishah binti Dato' Rasyid Uwais?.. Hmm, itu sekadar nama samaran. Bukan, namanya bukan berbintikan lelaki itu. Mana mungkin namanya dibintikan oleh lelaki yang bergelar bapa tirinya? Orang kenal dia sebagai anak Dato' Rasyid Uwais namun tak ada siapa yang tahu bahawa dia adalah anak kandung kepada Dato' Syukri Husfirullah. Seorang lelaki yang pernah berjaya dalam bidang perniagaan suatu ketika dahulu..

Lelaki itu pernah menjadi kebanggaannya suatu ketika dahulu. Lelaki itu dia jadikan sebagai modal untuj dia berjaya. Bila ditanya siapa idolanya, nama itu akan selalu disebutnya semasa dia bersekolah rendah dahulu namun kini.. semua nya jelas terasa berbeza. Tersangat berbeza.

Tak sangka, dia bakal kehilangan lelaki itu setelah umurnya menjejak angka 13 tahun. Lelaki itu pergi bersama kemiskinan yang membelengu. Selepas kematian lelaki itu, dia dan mamanya hidup dalam keadaan sukar selama beberapa bulan sebelum akhirnya mamanya bertemu dengan Dato' Rasyid Uwais.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now