BAB 31

39.2K 1.4K 34
                                    

"Baiklah, semua sudah dapat kertas undi yang cikgu berikan?" soal Puan Hidayah sambil matanya meliar memandang sekeliling kelas.

Dia nampak teruja dengan permainan ciptaannya itu. Konon nya, para pelajar akan seronok bersama walaupun kenyataannya tidak.

"Sudah, cikgu." balas kami semua. Tak mahulah soalannya itu bersepi tanpa jawapan.

"Bagus. Baiklah, sekarang kamu boleh buka kertas undi itu dan baca apa ada dalamnya." ujarnya masih dengan senyum panjangnya.

Satu persatu pelajar yang berada dalam kelas membuka kertas undi masing-masing. Aku dan Gina turut sama membukanya juga. Satu keluhan lemah, aku lepaskan.

'Bentangkan Perkara-Perkara Yang Berkaitan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.'

Urgh!! Tak lain dan tak bukan, pasti pembentangan di hadapan kelas. Aku sudah dapat mengagak tujuan wanita itu pada hari ini. Seperti apa aku katakan sebelum ini. Cara belajar sejarah dalam sekolah ni cuma ada dua saja;sama ada kelas atau buat pembentangan.

Bukan aku saja yang mengeluh malah pelajar kelasku yang lain juga turut bertindak sama. Muka penuh bosan mereka tayangkan. Nampak sangat, feel pembentangan mereka juga turut sama ke laut.

"Ini adalah kerja kursus kamu sebelum SPM. Kamu semua patut berterima kasih kepada saya kerana saya melonggarkan syarat kerja kursus kamu ni. Sepatutnya benda ni kamu perlu buat seorang namun memandangkan saya jenis yang bertimbang rasa.. jadi, saya bahagikan kelas kamu sama rata untuk kerja ni. Kerja kursus ini adalah kerja berpasangan. Sesiapa yang dapat topik yang sama dengan yang lain, nescaya mereka adalah teammate." terang Puan Hidayah dengan penuh tertib dan lebarnya.

Bila wanita itu kata begitu, segera aku kalihkan pandananku pada Gina di sebelah. Berharap agar kami berdua bakal siapkan kerja kursus itu bersama.

Terus muka kecewaku bertayang apabila membaca tajuk yang Gina dapat. Hmm... tak sama!!!! Haih, kalau satu team dengan Gina, confirm seronok!!

Yang lain sudah mencari pasangan masing-masing. Ada yang sesama jenis dan ada juga berbeza jenis. Suasana kelas pagi itu sedikit riuh. Masing-masing sudah terkinja-kinja mencari pasangan yang sama topik.

Aku juga turut sama berdiri mencari sesiapa yang topiknya sama dengan ku. Namun, hampa. Satu pun tiada. Aku sudah keluh sendiri. Haihlah..

Memang Puan Hidayah saja nak kenakan aku ke apa?

Mataku sudah melilau ke sekeliling. Satu kelas sudah dapat pasangan masing-masing. Ada yang suka dan ada juga yang suam-suam kuku saja. Namun, sekurang-kurangnya tiada yang macam aku. Jadi, loner abadi sekejap hari ini.

"Kau dah dapat ke?" soal Gina padaku.

Dia mengambil tempatnya semula. Mungkin dia juga sudah menjumpai pasangan sejarahnya.

Hanya gelengan yang aku berikan. "Belum lagi. Kau?"

"Aku dah dapat dah. Tu, dengan si Ashraf. Hmm.. kau dah tanya satu kelas ke?"

"Dah, aku dah tanya satu kelas tapi seorang pun tak ada yang topik sama dengan aku." balasku. Ada nada lirih di situ.

Kalau ya pun, Puan Hidayah nak kenakan aku.. janganlah sampai buat macam ni. Gila?!! Takkanlah dia nak suruh aku buat seorang?

Gina ketap bibir. "Yakin ke semua?" dia sudah jongket kening.

Aku angguk penuh pasti. "Yakinlah. Hmm.. aku rasa, Puan Dayah saja nak kenakan akulah." tebikku. Sudah mulai salahkan Puan Hidayah.

Walaupun kenyataannya, kertas undi itu aku yang cabut sendiri. Pfft.. apa-apa ajelah Warda.

"Kau dah tanya Hairil tak?" soal Gina.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin