BAB 54

39.1K 1.5K 72
                                    

Langkah kirinya silih berganti dengan langkah kanannya. Satu keluhan kecil Mikhael lepaskan tatkala melihat beberapa bungkusan hadiah masih jelas terlihat di atas mejanya. Haih, budak-budak memang keras kepala. Mikhael dah mengaku ada bini pun, masih ada juga yang taruh hati padanya. Hm.. budak-budak zaman sekarang.

Kerusi berlapik kuisyen nipis itu didudukinya sambil tangannya menggapai satu persatu bungkusan yang diberikan para pelajar padanya. Pelbagai jenis benda yang ada atas mejanya kini. Ada coklat, ada bunga dan tak terlepas juga tali leher mahal. Namun, kesemua itu dipandang remeh oleh Mikhael. Yurp, peduli apa dia semua itu.

Orang kata kalau tak suka, jangan menaruh harapan yang tinggi pada orang itu. Yurp, Mikhael amalkan pepatah itu. Daripada biarkan orang itu minat dan bertepuk sebelah tangan jadi lebih baik dia reject!

Setiap barang yang diterimanya iti diagihkan ke beberapa meja guru berdekatan. Cara paling selamat daripada buang. Lagipun, berkongsi kan lebih baik?!

Setelah selesai mengagihkan bungkusan tersebut, Mikhael kembali ke mejanya semula. Dia mahu selesaikan apa yang patut sebelum tamat sesi persekolahan. Dia tak mahu ada hal yang akan kacau waktunya bersama dengan Warda malam ini.

Semenjak Gina masuk ke dalam wad, Warda seringkali tiada di rumah ketika waktu petang. Jadi, masa yang mereka ada untuk bersama cuma malam hari. Itupun ikut nasib. Kalau Warda tak lelah, bolehlah mereka bersama namun kalau gadis itu tidur.. terpaksa Mikhael hiburkan diri sendiri.

Mikhael keluarkan kotak untuk menyusun barangnya untuk dibawa pulang. Al-maklumlah, esok dia bakal menamatkan tugasnya sebagai guru Bahasa Inggeris Orhan Hills. Walaupun berat hati untuk meninggalkan sekolah itu, namun dia terpaksa juga.

Cita-cita dia bukan mahu menjadi seorang guru sekolah, impiannya adalah untuk menjadi seorang pesyarah di universiti. Jadi nak tak nak, Mikhael terpaksa lepaskan title guru itu untuk mengejar cita-citanya itu.

Sedang dia leka mengemas, tak semena matanya terpandang akan sampul surat putih yang terselit di bawah kamus tebalnya. Dahi Mikhael sudah berkerut. Perlahan-lahan, surat itu dicapainya.

'To: Sir Mikhael..'

Tertera namanya sebagai penerima. Makin dalam kerutan dahi Mikhael. Rasanya pagi tadi, dia tak nampak kehadiran surat itu. Hmm.. Mikhael sudah sangsi.

Dibukanya sampul surat itu lalu isinya dikeluarkan. Tergamam dia sejenak tatkala melihat beberapa keping gambar dia dan Warda bersama. Sepucuk surat juga turut disertakan.

Segera surat itu dibacanya. Huh! Otaknya sudah ralit memikirkan individu yang ada kaitan dengan semua ni. Pastinya.. Laura!

'Hai, sir. Tak sangka kita tak dapat berjumpa lama kan? Cuma tiga bulan dan esok sir bakal keluar dari Orhan Hills.. Saya dengar ramai yang merindui sir. Saya juga pastinya bakal merindui sir. Erm, by the way..

Niat saya tulis surat ini bukan sebab perpisahan. Saya datangkan surat ini bersama beberapa keping gambar. Saya bercadang nak buat suprise esok untuk sir. Saya ingat nak hantar semua gambar ni pada satu sekolah Orhan Hills. 'Seorang guru lelaki ada scandal dengan pelajar'? Hmm.. bukankah itu suatu topik yang amat memalukan..?

Saya pasti Warda juga tak mahu berita ini tersebar di sekolah. Mungkin benda ni juga akan buat masa depan Warda yang cerah berubah gelap. Orang akan kecam dia, orang akan kecam sir. Kahwin gadis bawah umur..?? Bukankah itu menjijikkan? Erm, nevermind.

Saya boleh pertimbangkan semua itu atas budi bicara saya. Kalau sir nak saya batalkan semua itu, come see me. Saya akan tunggu sir tepat pukul 2 petang, lokasi saya akan berikan. Saya harap sir datang.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now