BAB 3

50.9K 1.9K 113
                                    

Sejak aku duduk di bangku sekolah sampailah nak ke masa rehat, aku langsung tak bercakap dengan Gina. Gadis itu juga memilih jalan untuk mendiamkan diri. Dia seperti tak pedulikan aku di sisinya.

Bila dia diam, aku pun diam. Keadaan sedikit janggal antara aku dan dia. Malah, Gina juga abaikan aku bila kami mulakan sesi gosip gigirl kami. Gila tak terasa? Aku terkilan namun aku pendam sahaja.

Kringgg!!

Kelas Sejarah sudah tamat. Setelah Encik Azman keluar dari kelas, pelajar lain juga beransur-ansur pergi. Yang tinggal hanyalah beberapa orang pelajar, aku dan juga Gina.

Baru sahaja Gina berura-ura mahu pergi, terus tangannya aku gapai. Langkah sahabat aku itu terhenti lalu wajahnya disuakan pada aku. Raut nya nampak biasa. Macam tak ada apa-apa yang berlaku antara kami berdua.

"Kau okey tak?" soalku ingin tahu.

Gina nampak menghela nafas. Senyumnya dijongket paksa. "Apsal kau tanya macam itu? Aku okey. Kau tak nampak ke aku sihat sekarang ni." dia dengan loyanya.

"Bukan. Maksud aku, cara kau layan aku nampak macam lain. Kau marah kat aku ke fasal hal tandas itu? Kalau kau taknak follow, tak apa. Aku tak kisah. Yang lain ada.." balasku sedikit hambar disitu.

"Kalau yang lain pun ada hal, kau masih nak paksa diorang?" soalan nya kini buatkan aku termangu.

"Maksud kau dengan paksa? Kau nak cakap aku pentingkan diri?"

Satu keluhan Gina lepaskan. Tangan ku yang menggenggam tangannya dilepaskan lalu senyuman nipis dia berikan.

"Kau tak pernah tahu fasal aku, fasal Atika, Laura dengan Jenny. Kita memang kawan tapi kau kena faham kitorang. Now, semua sibuk dengan urusan masing-masing. Aku dengan tournament aku, Jenny dengan kelab dia, Atika dengan family dia.. Laura dengan polo dia. Kau pernah tak terfikir semua itu. Kekadang, kami tak boleh nak selalu dengan kau, Warda tapi tak bermaksud kami bukan kawan kau." luah Gina dalam nada melepaskan segalanya.

Aku tergamam dengan apa yang Gina katakan. Dia seolah-olah menuduh aku ganggu hal 'penting hidupnya' itu. Dan, yang buat aku paling tak terkata adalah bila di hujung ayat, dia masih gunakan istilah kawan. Huh?!

Penumbuk geram aku bukukan. Tubir mataku terasa panas.  Kecewa bila mendengar luahan hati kawan yang sangat aku sayang. Sanggup dia kata begitu pada aku? Selama ini.. aku tak cukup memahami mereka berempat ke?

"Fine!"
"Kalau kau taknak ikut, kau boleh pergi. Kau dah banyak berubah semenjak masuk game kau itu. Lepas aje kau masuk bola keranjang, kau dah tak banyak luang masa dengan yang lain. Fine, kau ada kawan yang hebatkan sekarang!! Sebab itu, kau cakap macam itu. Kalau kau rasa diorang lagi bagus, kau boleh blahlah!!" halauku. Nadaku memuncak.

Sebal hati kian menghimpit. Membulat dan tajam mataku menikam anak mata coklat milik Gina. Terlihat jelas wajah terkedu nya di situ. Aku tak peduli riak wajah bengis yang bertayang pada muka ku kini. Rasa marahku lebih penting.

Lama Gina diam tak berganjak di hadapanku namun setelah itu keluhannya terlepas. Sempat mata nya mengerling wajahku sebelum dia akhirnya melangkar pergi meninggalkan aku sendiri. Raut kecewanya sempat dia suakan.

Pelajar lain yang ada dalam kelasku juga sudah diam tak berkutik. Mata mereka malah tak lepas dari menyaksikan aku yang masih berdiri dengan muka bengisku. Jelingan tajam aku berikan kepada mereka sebagai tanda amaran sebelum aku juga mengikut jejak langkah Gina keluar dari kelas itu.

Langkahku bawa menuju ke blok yang jarang digunakan oleh pelajar. Hati yang masih tercalar, aku cuba ubat sendiri. Mungkin dengan jauhkan diri daripada Gina, aku dapat hilangkan perasaan geram itu.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now