BAB 5

50.3K 1.9K 25
                                    

'Kau tunggu depan tandas tingkat 2 blok Melur pukul 2 nanti. Aku akan pass kan barang membersih pada kau.'- Pengawas kerek.

Telefon pintar jenama iPhone yang berada dalam tangan akhirnya aku simpan kembali ke dalam kocek baju sekolahku. Sesekali cekak biru yang tersarung di belahan rambutku betul kan. Hari ini, cekak aku special sikit. Watak pinggu!

Bagi menghiburkan hati yang sedang bosan, mata aku meliar ke bawah. Terlihat beberapa orang pelajar di tapak perhimpunan. Ada yang melangkah keluar dari pintu pagar dan ada juga yang berlari-lari macam budak tadika. Pfft.. please lah, pelajar sekolah menengah kot?!

Mataku juga sempat melirik ke arah sekawan pelajar yang jalan beriringan keluar dari pintu pagar. Melihatkan itu, benak fikiranku tiba-tiba sahaja terimbau kenangan lama antara kami berdua. Beberapa kali jugalah kami buat kerja gila dengan berjalan kaki pergi ke pusat beli-belah semata-mata taknak kantoi dengan parents kami. Tak dapat dinafikan, walaupun penat namun aku rasakan itu adalah detik yang paling berharga buat aku.

Banyak cerita dan gosip murahan yang kami kongsi. Kadang, benda tak lawak pun boleh menghiburkan kami berlima. Lucu dan sweet. Hmm.. kan bagus kalau kami berlima tak pernah dewasa dan selalu merasakan benda itu selamanya?!

Namun, siapa aku untuk menjadikan semua itu realiti? Masa akan terus berdetik. Hari juga akan berganti hari dan kami pastinya akan terus membesar. Tak dapat aku bayang kan kalau kami berlima terpaksa berpisah.. sedih. Hmm.. itu pasti.

Sedang leka aku termenung, mataku tak semena berpaling ke arah dua sosok yang berdiri agak terpencil dari kawasan pelajar lain. Dalah seorang daripada mereka memakai seragam sekolah lelaki dan seorang lagi memakai sut kerja.

Dahiku berkerut seribu. Entah kenapa, bila terpandangkan sosok pelajar itu, mataku tertumpu ke situ. Aku cuba kecilkan skop pandangan ku ke arah sosok itu. Terpaku aku dibuatnya apabila berjaya mengenal pasti sosok misteri itu.

"Hairil?" sebutku kehairanan.

Bukan itu sahaja yang berjaya buat kan rasa hairanku makin menebal malah kelibat pengetua sekolah yang turut berada di situ juga makin buat aku terpinga. Kenapa Hairil berjumpa dengan pengetua? Makin pelik.. kenapa tidak di pejabat?

"Warda!"teguran itu berjaya memeranjatkan aku.

Nasib baiklah aku bukannya insan yang kuat melatah. Kalau tidak, mau malu tujuh keturunan aku dibuat nya kalau meraban depan si Syed Haris itu! Ketua pengawas paling annoying!

Tawa mengekek Haris terus meletus apabila melihat riak terkejut yang terpampang jelas dari wajahku. Siap tekan-tekan perut pula itu. Tak guna. Lawak sangat ke, hah?!

"Tak lawak okay?!" jerkahku sedikit geram. Over~~

Lelaki itu masih mahu menghabis kan baki tawanya. Aku yang dihadapannya sudah bercekak pinggang. Haih, kalau bukan sebab ketua pengawas.. sudah lama aku hayunkan penendang minta nyawa pada dia. Huh!!!.

"Kau patut tengok muka kau bila terkejut tadi. Pfft.. tak sangka kau pun ada time hodoh juga kan?" sindir nya sudah meredakan tawa minta pelempangnya itu.

Aku sudah mencebik geram. Sempat mataku berpaling ke arah tempat Hairil dan Pengetua berdiri tadi. Mereka masih berada di situ. Membincangkan perkara yang aku sendiri tak pasti.

Bila lihat aku langsung tak menyahut perbualannya, tawa Haris terus redha. Matanya sempat menangkap ekor mataku yang berpaling ke arah lain.

"Kau pandang apa itu?" soal Haris ingin tahu.

Matanya diliarkan ke arah apa yang aku lihat tadi. Tak semena, aku menggelengkan kepala. Segera, aku palingkan mataku ke arahnya semula. Sengih kambing aku tayang kan sebagai cover atas perbuatan ku tadi.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now