BAB 24

39.1K 1.4K 51
                                    

"Uih, kau tahu tak hari ini ada guru baru masuk?"

"Tahu-tahu. Orang kata guru baru kita ni kacak sangat!!!"

"Ye weiyh! Tadi masa rehat, aku sempat jumpa dia. Sumpah, muka dia ada iras-iras dengan pelakon Thailand. Erm, apa entah nama dia.. aku lupa.."

Aku biarkan suara-suara itu menyergah telingaku. Walaupun, sekarang ini aku berada dalam kelompok tersebut namun perhatianku jauh tersimpang.

Aku mendagu di atas meja. Termenung sambil pandanganku tercampak ke luar tingkap. Fikiranku sedari tadi terimbaukan apa yang terjadi malam tadi.

Kenapa semua orang selalu fikir aku lemah? Abang Mikhael masih menganggap aku seorang Warda yang lemah walaupun dia tahu umur aku sudah lama dewasa. Tak semua orang akan kekal dengan personaliti nya yang dulu. Semua orang akan berubah, hmm.. abang Mikhael tak pernah dengar ke frasa itu?

"Waaaa..!!!! Abang Mikhael, Warda jatuh!!" rengekku dalam kesakitan.

Lutut kecilku yang luka, aku tayangkan pada abang Mikhael. Raut risaunya bertayang bila lihat luka itu sudah mulai berdarah. Sempat kepalanya dipusing ke belakang, barangkali mahu mencari kelibat kedua orang tua kami hmm.. namun hampa, sesiapa pun tiada di situ.

Aku masih menangis. Yurp, aku tak segan kalau menangis depan abang Mikhael. Lagipun dengan tangisan, dia akan selalu ada dekat dengan aku..

"Erm, Warda tahan sikit eiyh. Abang nak siram air ni, nak bersihkan luka Warda.." ujarnya yang sudah berura-ura mahu menuangkan air kosong yang dipegangnya sedari tadi.

Aku sudah gigit bibir. Segera aku menepis. Yurp, pastinya pedih bila air itu menyentuh luka aku.

"Sakit.." rengekku kecil.

Lelaki yang baru saja berusia 14 tahun itu sekadar menggelengkan kepala. "Nope. Tak pedih pun. Percaya dengan abang." dia sudah beri ayat janji.

Aku ketap bibir. Lama aku berdegil dan akhirnya aku mengalah. Perlahan-lahan, abang Mikhael membersihkan luka yang merona di lututku. Sempatlah juga ku merengek dan meraung.

"Warda boleh jalan tak?" soal abang Mikhael memandang aku.

Tingkahku yang mengada buatkan aku ambil keputusan untuk menggeleng kan kepala. Luka tak adalah sampai potong kaki pun tapi mengada tak boleh jalan. Ni kalau orang nampak ni, mau kena cepuk!

"Sikit pun tak boleh?"
"Sakit.."aduku masih bersisa air mata.

Abang Mikhael tidak mengeluh malah senyumannya meniti. Dia akhirnya memberikan belakang badannya pada aku. "Naik badan abang, nanti abang hantar balik rumah." ujarnya.

Aku yang teruja terus semangat memanjat belakang badannya. Leher nya aku rangkul manakala kedua belah kakiku, ditampungnya.

"Warda boleh janji satu perkara tak pada abang?"

Aku yang berada di belakang badannya sudah berkerut dahi. "Janji apa?"

"Janji kalau bila Warda jatuh, Warda jangan menangis. Boleh?"

Aku sudah ketap bibir. Lama aku diam sebelum akhirnya aku mengangguk. "Warda janji."

"Oi, Warda!!!!" seruan Sara itu berjaya buatkan lamunanku mati.

Segera mataku alihkan pada mereka yang berkumpul di hadapanku. Masing-masing tayang muka hairan bila lihat aku. Diorang pandang aku pelik, aku pandanh diorang pelik. Baguskan?

"Apsal korang pandang aku semacam ni?" soalku masih tak beralih memandang mereka.

"Kaulah.. kenapa termenung? Langsung tak masuk bila kitorang sembang." ujar Gina di sebelah.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now