BAB 9

41.9K 1.7K 79
                                    

Bibirku ketap kejap sambil tanganku masih tak lepas mengingat apa yang tertulis di atas kertas kosong yang aku dapat semalam. Bukan setakat kemunculannya saja yang buat aku terpinga malah, isi kandungannya juga sudah buat aku garu kepala.

Siapa pengirim surat itu? Dan.. yang paling penting, betul ke apa yang dimuntahkan dalam suratnya itu? Hanya dua soalan itu saja yang sedari tadi membelengu pemikiran ku.

'Hye, Warda.

Hari ini, kau nampak cantik sama seperti hari-hari lain. Dari hari ke hari, aku rasakan kejelitaan kau makin menyerlah. Setiap kali, aku nampak kelibat kau, mata aku akan terus terpegun melihat kau. Tarikan kau berjaya buatkan aku langsung tak mahu pandang perempuan lain. Kau istimewa, lebih daripada yang lain.

Sebenarnya, sudah lama aku mahu mengungkapkan perasaan aku pada kau tapi.. kau masih tak nampak aku. Kau seperti abaikan apa yang aku rasa. Aku cuba berusaha untuk nampak rasa cinta di mata kau namun, aku tak mampu.

Memandangkan tidak lama lagi, kau bakal menyambut ulangtahun yang ke-17. Aku harap aku akan jadi salah seorang tetamu yang hadir ke majlis istimewa kau itu. Waktu itu, aku akan cuba tunjuk siapa aku pada kau. Dan.. waktu itu juga, aku harap yang kau akan terima aku.

Terima aku, macam mana aku terima kekurangan kau..

Yang Ikhlas, L.'

Merinding jugalah bulu roma aku bila baca isi surat itu. Dari cara dia bercakap itu, aku sudah dapat agak yang dia memang sudah lama perhatikan tindak tanduk aku. Buktinya, dia sendiri cakap yang dia selalu pandang aku! Fuh, meremang bulu roma.

Tipulah kalau aku tak pernah dapat surat daripada kaum Adam ni. Sudah banyak kali, namun aku terkejut dengan kehadiran surat yang ini. Kebanyakan surat yang aku terima pastinya dijumpai di bawah meja ataupun dalam beg namun yang ini,.. hmm, seperti sengaja mahu mengundang publisiti murahan saja.

Ke..

Ada orang yang sengaja nak kena kan aku? Huh, bukannya aku tak tahu kaum hawa kat sini ramai lagi dengki daripada suka. Yang nak rapat pun sebab nak tumpang publisiti, pfft..

Ketika aku mahu membelok menuju ke arah tandas, mataku tiba-tiba sahaja menangkap sosok tubuh seseorang di sebalik dinding. Baru sahaja aku mahu mendekat, telingaku berjaya menangkap bunyi tamparan kuat.

Terus aku bersembunyi di balik dinding yang berhadapan dengan gerangan itu. Mataku kecilkan bagi melihat jelas gerangan lelaki itu. Nampak macam kenal tetapi disebab kan silau, jadi aku tak nampak dengan jelas.

"Kalau kau buat lagi macam ni, jangan harap aku akan bagi muka pada kau lagi lepas ni!" lantang suaranya berkata.

Tergamam aku apabila melihat kelibat pengetua. Raut wajah lelaki itu nampak bengis sahaja. Apabila lelaki itu berura-ura mahu pergi, spontan, aku sembunyikan diri di celah tiang. Harapnya, tak nampak lah.

Setelah memastikan gerangan itu sudah jauh, aku melepas keluhan lega. Baru sahaja aku mahu berganjak dari situ, hampir saja tubuh aku mahu bertembung dengan seseorang. Nasib baik aku sempat mengelak! Fuh..

"Kau buat apa kat sini?"  suara garau itu berjaya buatkan aku terkedu.

Terus wajah lelaki itu ku pandang. Ha-Hairil? Mataku langsung tak berkedip bila lihat dia depan mata. Entah aura apa yang dia bawa sampai aku nak teguk liur depan dia pun.. aku rasa tak berani. Kecut.

"A-aku nak pe-pergi tandas." beritahuku jujur. Gugup.

Hairil diam untuk seketika. Matanya sempat berkalih ke tempat lain.

Aku gunakan kesempatan itu untuk menilik wajah lelaki itu yang masih tak tercalit senyuman. Nampak tak bahagia. Terbelit kepahitan. Itu apa yang aku dapat baca dari raut wajah nya. Anak mataku beralih ke arah pipinya pula. Nampak merah dan lebam.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now