BAB 41

42.5K 1.6K 63
                                    

Selesai sahaja menyarungkan baju kurung sekolah pada tubuhku, terus aku beralih ke meja solek yang terletak tidak jauh dari wardrobe. Bedak tempek jenama silkygirl itu aku sapukan ke wajah mulusku sambil sesekali mataku mengerling ke arah tudung putih yang tergantung pada pintu wardrobe ku.

Entah kenapa, aku rasa berkira. Aih.. tak pelik sangat ke kalau tiba-tiba aje aku pakai tudung?! Erk?!!

Punyalah 17 tahun aku hidup tanpa menyarung tudung di kepala namun entah kenapa hari ini, Nurul Warda Zafira ambil keputusan untuk berhijab. Yurp.. tersangat-sangat lah peliknya di situ.

Semalam, entah kenapa tiba-tiba pula hati aku terdetik nak tengok saluran ceramah agama yang terdapat dalam aplikasi youtube. Satu persatu aku belek sehinggalah tiba-tiba aku terbuka salah satu video yang bertajuk 'Ciri-ciri Isteri yang solehah'. Terus aku terpanggil untuj menonton video berdurasi 10 minit itu.

'Kita kaum isteri ini bukan sahaja mahu cantik di mata suami saja malah kita juga mesti cantik di mata Tuhan juga. Kalau Allah suka, pasti suami kita juga suka. Jadi, para isteri perlulah sentiasa menjaga penampilan diri. Jangan sesekali mendedahkan atau menonjol kan diri kita ni pada lelaki lain selain suami kita. Dedahkan yang saya maksudkan ini adalah jaga aurat kita, jaga cara pemakaian kita.. InsyaAllah, Allah akan berkati kehidupan rumahtangga kita...'

Kerana video tersebut, aku tiba-tiba saja terdetik untuk melakukan perubahan. Yurp, perubahan untuk bertudung dan menjaga penampilan ku pada khalayak ramai. Mungkin ada sebab aku tak rasa bahagia pada kehidupan rumahtangga ku dengan abang Mikhael..

Maybe sebab aku banyak membuat kesalahan sampai Tuhan tak berkati alam rumahtangga aku dengan abang Mikhael. Jadi.. dari situlah, aku terdetik nak berubah. Semalam, punyalah semangat niat aku itu nak bertusung tetapi tiba-tiba pula perasaan itu mendadak turun.

Entah kenapa, fikiran ni sedari tadi ligat memikirkan perspektif orang bila lihat aku berhijab. Mesti ada yang fikir aku ni pelik sebab tiba-tiba aje nak bertudung. Hmm.. mungkin ada juga yang akan mengata belakang fasal penampilan baru aku nanti. Kerana persoalan itulah, aku sudah mulai berkira untuk melakukan perubahan.

"Warda!! Dah siap ke?" ketukan di pintu berjaya menjedakan lamunan ku untuk seketika.

"Sekejap, bang. Lagi sikit aje ni.." balasku lantang.

"Okay. Cepat sikit. Abang tunggu ni." sahut Mikhael dari luar.

Aku sudah gigit bibir. Hatiku sudah pujuk untuk berubah namun fikiran ku pula sibuk memikirkan pandangan rakan sekolahku bila lihat imej baruku nanti. Lama aku tenung cermin. Berharap agar jawapan dapat aku cari dari situ.

Akhirnya, satu keluhan kecil aku lepaskan. "Jangan takut untuk berubah, Warda!! Biarlah orang nak kata apapun.. asalkan benda yang kau buat itu, betul!!"bisikku cuba mengentalkan perasaan inhin berubahku itu.

Segera aku capai tudung sekolah yang tergantung. Selesai memakai anak tudung , terus aku sarungkan tudung itu ke kepalaku. Ubun rambut ku yang selama ini terhias dengan cekak akhirnya terselindung di balik kain putih itu.

Senyumanku meniti tatkala melirik pantulan imejku yang baru dari dalam cermin. Haih, cantik juga bila aku bertudung. Lagi comel daripada biasa.. pujiku dalam hati.

Sempat aku betulkan tudung yang sudah selamat mendarat atas kepala ku. Entah kenapa, tiba-tiba pula rasa tak sabar nak tunjukkan imej baru aku ni pada abang Mikhael. Mesti dia terkejut!

Harap dia puji.. uhuks?!

"Warda, cepat sikit. Nanti kita lambat!" sekali lagi lelaki itu lantang memanggilku dari luar bilik.

Tergopoh-gopoh aku dibuatnya. Segera beg sekolahkudicapai lalu pintu bilik aku buka.

"Okay, Warda dah siap!" semangat aku menyambut panggilannya itu.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now