BAB 29

38.3K 1.4K 29
                                    

Memandangkan hari ini Gina mengambil cuti latihan jadi nak tak nak terpaksalah aku pergi ke kantin seorang diri. Bukan selalu aku akan pergi ke kantin sendiri. Selalunya, kalau tiada Gina pun.. pasti aku akan pergi dengan Sofea ataupun sesiapa saja menuju ke sana. Senang cerita, aku tak suka bersendiri.

Namun, hari ini.. aku pilih untuk menjurangkan diri daripada semua orang. Yurp, kerana kejadian malam semalam.. mood aku kacau sampai ke hari ini. Ego dan layanan yang abang Mikhael berikan semalam buatkan mood Warda Zafira jadi tak menentu.

Sejak Abang Mikhael mendapat panggilan daripada Laura itu, aku asyik kepikiran sendiri. Kenapa Laura  call abang Mikha? Apa yang gadis itu nak? Pertanyaan demi pertanyaan menerjah benak fikiranku sehingga tidurku juga jadi tak lena. Huh.. yurp, alam perkahwinan mendatangkan masalah besar dalam hidup aku.

Aku fikirkan perkahwinan itu adalah benda yang paling senang. Sama seperti dalam drama tv kora ataupun english. Suami mengusik, isteri ketawa.. suami sweet, isteri melayan.. suami mencintai, isteri juga mencintai. Bukankah itu suatu bayangan yang bahagia?

Yurp, drama memalsukan kebenaran di sebalik semua perkara. Yang indah dipapar namun realitinya.. ia tak sama seperti fantasi. Ditambah lagi dengan usiaku yang masih mentah, yurp.. perkahwinan itu bukannya sesuatu yang mudah untuk aku kendalikan. Menjadi seorang isteri juga tersangatlah sulit untukku.

Aku teringat pula tentang kejadian pagi tadi. Keluar saja dari bilik untuk ke sekolah, aku dan abang Mikhael sama-sama diam. Suasana janggal itu buatkan aku rasa ingin cepat-cepat jauh daripada abang Mikhael. Hmm..

"Woi!"sergahan suara gemersik itu terus menjeda lamunan yang sedari tadi meleret dalam fikiranku.

Segera aku beralih pandangan pada gadis yang sudah mengambil tempat di hadapanku. Dia hadir bersama makanan yang baru dibelinya di kantin tadi. Entah kenapa, lepas kejadian semalam.. aku rasakan senyuman yang meniti di bibirku kali ini adalah kerana paksaan.

"Amboi, khusyuk nau aku tengok kau mengelamun, Warda. Dah sampai mana dah itu?" usik Laura dengan senyumnya. Nampak lebih lebar untuk hari ini. Bahagia kot.

Aku buat tawa. Kedengaran pelik pula tawaku kali ini. Jelas sangat dibuat-buat.

"Tak adalah. Aku tengah bosan, selalu kalau ada Gina.. bolehlah aku cari bahan untuk membawang dengan dia." hamburku sengaja mencari topik.

Dan, yurp.. lawak hambarku itu mendapat tawa berdekah daripada Laura. Ketara sangat kebahagiaan nya itu dalam pandanganku. Hati aku jadi tak menentu, nak membenci tapi tak mahu. Nak tak nak, Laura adalah kawan aku. Kawan yang sudah lama kenal aku ketika susah dan juga senang.

Bila, aku ada masalah dengan Gina ataupun yang lain.. aku pasti akan cari Laura. Walaupun perangainya yang mengada itu buat aku tak suka, namun dalam diam.. aku akui yang Laura adalah seorang teman yang sangat memahami. Jadi, tak ada sebab untuk aku bencikan dia. Jujur, aku sayangkan dia dan aku juga sayangkan persahabatan empat tahun antara aku dan dia.

"Erm, kau tak beli makanan ke? Apsal aku tak nampak makanan pun? Kau berdiet lagi ke?"duganya sudah hairan apabila melihat tiada sebarang 'sosok' makanan di sekitarku.

Aku tarik sengih. "Tak ada mood nak makan." beritahuku.

Wajah risau Laura bertayang. Hmm, nampaknya dia juga turut terusik sama bila aku kata aku tak ada mood. Aih, janganlah buat aku macam ni, Laura!

"Kenapa ni, babe? Tiba-tiba aje tak ada mood? Ada something wrong ke?" soalannya sudah berduyun. Raut risaunya juga makin jelas kelihatan.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Siap dengan package senyum 'saya ok' aku bagi.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now