BAB 39

41.3K 1.6K 281
                                    

Gara-gara malam semalam, mood aku nak belajar terus ke laut. Kalau tak disebabkan SPM yang bakal menjengah lima bulan lagi, pastinya aku akan pilih untuk tidak hadir ke sekolah. Huh!!

Tamat saja kelas Bahasa Melayu, kami terus buat persediaan untuk memulakan kelas bahasa inggeris. Yang lain sudah semangat menyambut kehadiran Abang Mikhael sedangkan aku di belakang sudah berkira-kira mahu menghadap nya.

Pasti suasana janggal bakal menerpa ruang antara kami. Kepalaku sudah ralit memikirkan keadaan yang bakal terjadi nanti. Entah ke mana, aku patut alihkan perhatianku. Boleh ke aku pandang dia dengan perasaan kecewa dan sedih ini?

Sosok yang dinantikan akhirnya masuk ke dalam kelas. Sama seperti hari lain, dia nampak segak mengena kan kemeja lengan panjangnya itu. Sangat rapi dan mempersonakan. Tak ada tanda-tanda yang dia nampak terusik dengan kejadian malam semalam.

"Assalamualaikum, guys. So, can we proceed our class for today..?" spontan soalan itu dia berikan. Huh? Ada pilihan lain ke untuk kami. Nak tak nak, kami memang kena belajar dengannya juga kan?

Mata lelaki itu meliar memandang sekeliling kelas sebelum akhirnya, matanya berhenti ke arahku. Tergamam aku buat seketika apabila panahan matanya ke arahku berjaya buatkan aku kaku. Sangat bundar.. penuh dengan pujuk rayu..

"Sir, I want to ask something. It's that true about your relationship with Laura or it just an another stupid khabar angin only?" lantang pelajar lelaki kelasku mengajukan soalan.

Aku lihat abang Mikhael memandang ke arah pelajar tersebut. Dia jelas termangu dengan soalan itu. Mungkin dia tak sangka soalan itu bakal diajukan oleh pelajar kepada nya.

Satu deheman kecil lelaki itu berikan. Nampak yang dia ak begitu selesa dengan soalan yang diajukan padanya itu.

"I think I shouldn't to answer your question. If you want to ask me, make sure your question related with this subject." tegas lelaki itu memberi peringatan.

"Kiranya, betullah yang sir memang ada hubungan dengan Laura?" duga Sara penuh berani. Amaran yang ditekankan lelaki itu langsung tak buatkan gadis itu kecut perut.

Abang Mikhael sudah diam. Lama aku perhatikan gelagatnya itu. Entah kenapa, aku juga turut sama diusik dengan rasa ingin tahu. Adakah dia bakal bertindak jujur atau mungkin dia aka terus menerus berbohong.

Akhirnya, saru keluhan lemah dia lepaskan. Matanya terus dikerling ke arahku. Tergamam aku tatkala mata kami bertemu. Dia seakan-akan menunjukkan isyarat untuk aku 'bersedia'. Aku sudah kelu di situ.

Apa agaknya yang dia mahu buat? Aku sudah berkira di belakang. Mataku sedari tadi langsung tak lepas dari memandangnya.

"Saya sudah berkahwin jadi kenapa saya perlu bercinta dengan orang lain pula? As your information, I'm just someone that only take a responsible as Laura's teacher. No more than that so I hope you can understand about it. I have been married so why I need to search for other, right?" pengakuan abang Mikhael itu berjaya buatkan hampir satu kelas ternganga.

Aku pula sudah terpaku mendengar kenyataan berani matinya. Dia pula di hadapan jelas tenang. Seakan-akan sudah lega kerana tidak menyelindungkan statusnya kini. Yurp, aku langsung tak sangka yang dia bakal bertindak sebegitu rupa..

"Jadi, selepas ni.. saya taknak ada sesiapa kaitkan saya dengan mana-mana individu lagi. Kalau isteri saya dengar semua ini, maybe dia akan salah faham. So please stop that silly story." ujar Mikhael dalam nada tegas.

"Seriouslah? Sir dah kahwin?!"
"Wife sir itu, mengajar sini juga ke?"
"Wife sir itu cikgu ke?"

And, yah..pasti soalan itu bakal terhambur dari mulut kawan-kawan sekelasku. Aku di belakang sudah terkulat-kulat menunduk ke bawah. Entah kenapa, aku pula yang naik meremang.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now