BAB 49

41.7K 1.6K 52
                                    

Ketukan yang bertalu pada permukaan pintu rumah Tan Sri Ridhwan berjaya buatkan aku yang berada di tingkat atas, tergopoh-gopoh menuruni tangga ke tingkat bawah. Segera aku menghampiri pintu, lalu aku buka..

Senyumku melebar saat melihat kelibat Gina di muka pintu namun selepas itu berubah pudar saat mataku menatap wajah Laura di sebelah Gina. Yurp, rasa kurang selesa ku menyelubungi tatkala melihat senyuman yang meniti di birai bibir gadis itu. Nampak begitu plastik.

Mereka berdua masih berpakaian sekolah, mungkin mereka datang ke sini selepas selesai sahaja sesi persekolahan waktu pagi. Gina sudah peluk aku sakan manakala Laura pula masih tercegat basi di hadapanku.

"Kau nampak macam dah sembuh? Dah okay ke?"soal Laura mahu tahu.

Aku sekadar tarik sengih. "Macam apa yang kau nampaklah. Untungnya, keadaan aku dah membaik lepas saja kejadian itu." ujarku spontan.

Sempat aku pinta dua jasad itu untuk memasuki rumah. Kami sempat berbual pendek mengenai sesi persekolahan selama empat hari yang telah aku tinggalkan. Banyak juga berita sensasi yang aku dengar keluar dari mulut Gina, Laura juga turut sama tak terkecuali. Kepoh betul bila mereka berdua membawang..

"Hmm.. aku tak sangka betul yang si Syed Haris itu sanggup buat kau macam itu. Yalah, selama ini.. aku tengok perangai dia elok aje. Tak ada lah pula tunjuk tanda-tanda dia itu.. Ermm.." Gina malas nak cakap lebih. Dia tahu yang aku dan Laura akan faham sendiri.

Aku ketap bibir. Entah kenapa, bicara itu berjaya mengungkitkan kejadian di mana Syed Haris menghempas belakang tubuhku. Erat cengkaman nya pada kedua belah lenganku. Sangat sakit dan melemaskan. Hm.. yurp, walaupun tiada apa yang jadi antara aku dan dia namun benda itu berjaya meninggalkan kesan dalam diriku. Ia bagaikan sudah menjadi titik hitam kekal yang tak mampu aku hapus dengan mudah.

"Yurp, same as Gina. Aku tak sangka dia boleh buat macam itu. Hmm.. dia ada beritahu kau tak.. kenapa dia buat kau macam itu?" kali ini soalan yang ditanya Laura bagai mahukan jawapan yang pasti.

Fokus perhatian dan pendengaran nya pada bicaraku. Kalau boleh dia tak mahu terlepas satu patah pun yang keluar dari mulutku.

Sebuah anggukan kecil aku berikan. "Ada benda yang lelaki itu cakap." balasku cuba mengingati baki ingatan yang ada.

"Apa dia?" serentak Gina dan Laura bertanya. Masing-masing tayang muka ingin tahu..

Aku ketap bibir. Satu keluhan kecil, aku lepaskan. "Haris kata dia suka kan aku. Dia cakap kenapa aku pilih dia and yurp..aku tak faham kenapa dia cakap macam itu."balasku sedikit termangu mengingati perkara itu.

Syed Haris, lelaki itu tak pernah menggambarkan perasaan cintanya pada aku. Selama ini, apa yang aku lihat.. dia hanya tahu mendenda, mengusik dan menyakat aku. Ada saja benda yang tak kena pada aku di matanya namun.. aku langsung tak faham kenapa tiba-tiba dia boleh cakap benda merepek macam itu.

Kalau betul, dia sukakan aku.. kenapa aku tak pernah lihat tanda nya. Kalau betul dia sukakan aku, kenapa aku tak pernah perasan semua itu. Huh!! Bagi aku sekarang, Syed Haris tak ubah seperti lelaki gila yang serakah nafsunya. Baru umur 17 tahun, tapi dia sudah pandai buat benda terkutuk itu pada aku. Entah dari mana dia belajar pun, aku tak tahulah..

Tergamam Gina dan Laura dibuat nya. Gina sudah tayang muka geram. Dahinya sudah berkerut marah.

"Kalau betul dia suka kat kau, apsal dia guna cara bodoh itu pada kau. Come onlah, budak terpelajar kot tapi boleh terfikirkan perkara tak senonoh macam itu." cela Gina tak puas hati.

Aku sekadar mengangguk. "Aku sendiri pun tak faham.."

"Bagi aku, cara lelaki luahkan perasaan itu berbeza-beza. Maybe dia jenis lelaki yang agresif dalam hal luahkan benda-benda ni. Bukan semua benda salah dia, cara dia aje yang tak kena." pintas Laura pula. Lagaknya itu seakan membela.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now