BAB 21

41.1K 1.5K 110
                                    

Satu keluhan aku lepaskan. Sejak guru sejarah aku masuk sampai lah sekarang ini, satu haprak pun tak bertempel dalam kepala. Puan Hidayah sibuk berleter di hadapan kelas manakala aku dibelakang sudah menongkat dagu. Melilau mata aku memandang luar tingkap.

Subjek sejarah memang membosan kan. Siapa aje yang nak fengar cerita lepas? Huh.. makin bosan bila Cikgu Hidayah sekadar membaca isi yang terdapat dalam buku. Kalau tak mengajar kat depan, pasti suruh kami buat presentation kat depan. Konon, cara itu cara terbaik walaupun kenyataannya method itu tak membantu pelajar langsung.

Kepalaku ligat termenungkan fasal seseorang. Yurp, seseorang yang baru dua hari bergelar suami kepada aku. Terfikir tentang panggilan terlepas daripadanya pagi tadi. Kalau boleh, mahu saja aku menghubungi nya semula namun memandangkan egoku lebih kuat, jadi aku pilih untuk biarkan saja.

Mungkin, dia tercall kot? Aku cuba bersikap optimis.

Baru sahaja aku mahu mengalihkan perhatianku ke depan semula, terasa sebatang pen marker mengena tepat pada dahiku. Terus aku merengek sakit sementara rakan sekelasku yang lain sudah galak mentertawa kan aku!! Cis, suka aje!

"Apa yang kamu menungkan itu? Terfikir nak masak apa untuk anak hari ini ke?" sindir Puan Hidayah.

Sekali lagi, tawa rakan sekelasku bergema. Gina di sebelah tidak ikut serta. Dia turut membantu mengurut dahiku yang terasa pedih. Inilah kawan namanya. Ada susah dan senang.

Tangan Gina yang menyentuh dahiku, aku alihkan. Terus wajah Puan Hidayah aku pandang. "Maafkan saya cikgu. Saya janji lepas ni, saya takkan termenung lagi." untuk kali pertamanya, kak Warda kita mengucapkan maaf.

Yurp, pastinya itu menimbulkan respons hairan daripada semua orang. Puan Hidayah dihadapanku juga sudah terpinga. Keningnya dijongket ala-ala Ziana Zain.

"Kamu okay ke tidak, Warda? Ke balingan saya tadi buatkan kamu lupa siapa diri kamu?" sengaja Puan Hidayah selit 'perli-perli minta kaki' nya itu. Haih, nasib baik cikgu!

Aku masih setia dengan senyuman ku. "Tak adalah, cikgu. Saya okay. Marilah kita teruskan sesi pembelajaran yang tertunda tadi, cikgu." dengan penuh tertibnya aku menuturkan ayat sopan itu.

Puan Hidayah yang sudah kehairanan melihat aku kembali memulakan sesi pembelajarannya semula. Matanya tak pernah lepas dari memandang aku. Kalau boleh setiap lima minit, dia pandang aku. Aku pula buat tak kisah dengan pandangannya itu.

Tamat sahaja subjek Sejarah,loceng sekolah terus saja berbunyi. Sekaligus, menandakan waktu rehat telah tiba. Pelajar kelasku mulai berkurang. Masing-masing sudah laju turun ke kantin untuk mengisi perut yang sedang lapar.

Aku menyusun bukuku kembali. Tanpa aku sedar, Gina sudah belek aku semacam.

"Kau okey ke tidak, Warda? Ke sakit?" Gina sudah berpeluk tubuh memandang aku. Keningnya diangkat menandakan raut ingin tahunya yang mendalam.

Aku pandang Gina. Muka penuh innocent aku tayang. "Kenapa? Aku nampak macam tak okay ke?"

"Okay aje tapi apsal kau formal sangat dengan Puan Dayah tadi. Selalu, tak macam itu.." ujar Gina.

Aku tersengih. "Nak dapat berkat weiyh. Memandangkan SPM pun nak dekat, lebih baik aku pilih jalan damai. Betul tak?"

Mahu tak mahu, Gina sekadar mengangguk. Malas sudah nak melayan sikap aku ni. Kalau baik, baik sangat.. kalau jahat, jahat sangat. Huh..

Baru sahaja aku berura-ura mahu keluar dari kelas, bahuku tiba-tiba sahaja dilanggar oleh seseorang. Hampir sahaja jasadku mahu tersungkur namun pantas Gina mendapatkan aku.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt