BAB 34

39.2K 1.4K 37
                                    

Ashraf datang merapati meja kami berdua. Wajah Gina dipandangnya. Aku disebelah sudah memerhati. Pelik. Bukan selalu ketua kelas kami itu datang ke meja kami..

"Petang ni jadi ke nak buat?" soalan nya menyapa. Aku disebelah Gina sudah pasang telinga.

"Jadi. Kita buat kat kantin." putus Gina.

Lelaki itu sekadar menganggukkan kepala. Dia kembali ke kumpulannya semula.

Sempat mataku melirik ke arah fail yang dikeluarkan oleh Gina. Penuh dengan nota dan mataku tajam menangkap nota berkaitan kerja kursus sejarah yang Puan Hidayah beri minggu lepas. Wou, diorang berdua sudah mula?

"Korang dah mula?" soalku ingin tahu.

Gina berpaling padaku. Sebuah anggukan dia berikan. "Aku memang kena start awal. Awal bulan depan aku ada tournament peringkat daerah so nak tak nak kena hantar hujung bulan ni.." beritahu Gina.

Aku sekadar memberi anggukan faham. Sempat mataku melirik ke arah Hairil yang sedang leka bermain telefon pintarnya di hadapanku. Hmm, orang lain sibuk berkumpul dan belajar tetapi dia pula.. lebih kepada tak peduli semua itu.

Sibuk dengan alam kehidupannya sendiri.

Aku pandang Gina semula. "Korang dah siap berapa peratus?" tanyaku mahu tahu.

"Adalah dalam kira-kira 30%.." jawapan Gina sempat buatkan aku terkedu.

Haih.. aku dengan si Hairil langsung tak bincang apa-apa. Aku tak tegur, dia pun ikut sama tak tegur. Hmm.. kalau aku terus menerus ikut ego aku, mungkin kerja kursus itu takkan siap.

Ini markah aku.. nak taknak aku kena paksa si Hairil itu untuk stay petang ni.
...
Jam tanganku belek. Jarum panjang sudah menuding ke angka 3 petang namun kelibat si Hairil itu masih belum menjengah. Aku sudah merengus marah pada lelaki itu.

Kata nak datang pukul 3 tetapi sampai sekarang tak muncul-muncul lagi. Dia ni memang teammate paling teruk aku pernah jumpa setakat ini! Kalau tak disebabkan aku yang paksa dia, mungkin sampai ke sudah kerja kursus kami itu berhabuk!

Kalau ikutkan hati, mahu saja aku buat kerja kursus itu sendiri namun memikirkan yang dia juga akan dapat markah yang sama, aku sudah berkira. Kalau aku buat sendiri pun nanti, pasti Puan Hidayah bising. Katanya, kenapa kami tak bekerjasama? Hmm.. macam mana nak bekerjasama kalau si Hairil itu langsung tak beri tanda-tanda yang baik sebagai satu pasukan?

Suasana pondok belajar sedikit hening. Para pelajar sesi petang masih berada dalam kelas mereka dan mungkin sebab itu, tak banyak yang aku nampak di sekitar pondok yang aku duduki itu.

Satu keluhan aku lepaskan. Haih, kalau tunggu si Hairil ni, sampai ke sudah kerja aku takkan siap. Akhirnya, aku keluarkan buku sejarahku dari beg sekolahku. Sehelai kertas kajang aku keluarkan. Misi mencari isi aku mulakan. Perform tak perform..

"Tak balik lagi?" suara garau yang menyapa itu buatkan aku segera menoleh ke arah punca suara tersebut.

Tergamam aku tatkala melihat sosok abang Mikhael kini berada di hadapanku. Sempat mataku meliar memandang sebelahnya. Mahu mencari kelibat Laura disebelahnya. Hmm.. yalah, diakan sudah secara rasmi menjadi guru bahasa inggeris si Laura itu.

"Tak."balasku sepatah. Macam acuh tak acuh saja bunyinya.

Lelaki itu sekadar menganggukkan kepala. Kembali, suasana sepi membelengu. Dia diam dan aku juga diam. Jelas terasa kejanggalannya di situ.

"Sir tak ajar Laura ke? Selalunya waktu petang ni, sir dengan dia kan?" sengaja aku mencari topik.. sekaligus mengenakan dia.

Itulah kerja yang Mikhael lakukan di petang hari. Seusai sahaja mengajar, pasti dia akan lakukan tugasnya sebagai guru tuisyen buat si Laura. Adalah juga aku dengar khabar angin tentang kemesraan abang Mikhael dan Laura namun aku pilih untuk pekakkan telinga saja.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now