BAB 20

42K 1.5K 18
                                    

Majlis akad nikah dan menjamu tetamu sudah selesai petang tadi. Usai menunaikan solat fardhu Maghrib, terus aku melipat telekung dan sejadah. Sempat aku membelek cermin. Membetulkan serba sedikit penampilan aku malam itu. Ehemm.. tiba-tiba pula dapat hidayah nak solat Maghrib.

Perlahan-lahan orang kata.. Al-maklumlah, iman manusia ini tak menentu. Ada naik turunnya. Sama seperti aku.

Selesai membetulkan cekak biru yang menghiasi rambutku, segera aku atur langkah menuruni tangga. Mataku menangkap beberapa sosok yang sudah berkumpul di ruang tamu. Mereka semua itu adalah mama, papa, abang Sufi, ibubapa abang Mikhael dan abang Mikhael sendiri.

Aku turun sebab mama pesan lepas maghrib, kami sekeluarga mahu membincangkan sesuatu yang mustahak. Entah apa yang mustahak itupun, aku tak tahulah.. Apa yang aku tahu, aku nak tidur. Esok nak kena sekolah.

"Ma, pa.. auntie, uncle.." sapaku setibanya di ruang tamu.

Segera aku melabuhkan punggung ku di sebelah mama. Mataku pula sudah aku tumpukan sepenuh nya memandang mereka semua. Cepat bincang, cepat habis..

"So, apa yang kita nak bincang ni?" soalku tidak mahu berlengah.

Sempat juga mataku mengerling ke arah abang Mikhael yang sedari tadi membisu. Dia lebih sibuk dengan telefon pintarnya berbanding perbincangan keluarga itu. Hmm.. mungkin itu agaknya cara dia menunjukkan protes.

Sejak kami bernikah sampailah ke sekarang, aku langsung tak dengar suara abang Mikhael. Dia sedari tadi asyik sibuk dengan telefon pintar nya. Kalau berbual pun, dia pilih berbual dengan abang Sufi.

Nak bercakap dengan aku? Hmm.. hye-hye, bye-bye lah jawabnya.

"Fasal persandingan kamu berdua nanti.." belum sempat Puan Sri Adila menghabiskan bicaranya, pantas saja abang Mikhael mencelah.

"Tak payahlah bersanding. Lagipun, dalam Islam benda itupun tak digalakkan. Jimat duit, jimat kos.." ujarnya dingin. Matanya masih tertumpu pada skrin telefon pintarnya.

Terus mata kami semua beralih pada abang Mikhael. Itu mungkin cara dia nak menentang. Hmm.. nak tentang apalagi? Aku dan dia sudah sah jadi suami isteri sudahpun.

"Apa kamu ni, Mikha? Takkan nak menikah aje? Kamu itu satu-satunya anak mama.. kita kenalah buat majlis bersanding yang besar. Mama nak ajak kawan mama.. Hmm, mama rasa Warda pun setuju kalau buat majlis bersanding." pangkas Puan Sri Adila.

Aku di sisi mama sudah diam membisu. Tak mengangguk tak menggeleng.

"Kamu pun nak buat majlis bersanding jugakan, Warda?" kini soalan beralih pada aku.

Mati-mati aku berharap agar aku takkan terlibat namun, apa yang aku harap itu jugalah yang tak menjadi.

"Kamu nak buatkan, Warda?" mama ulang soalan Puan Sri Adila tadi. Tanganku digenggamnya erat.

Aku diam untuk sejenak. Wajah Puan Sri Adila aku pandang. "Warda pun taknak buat majlis bersanding itu. Kalau boleh, Warda taknak orang lain tahu yang Warda dah berkahwin." jawapan ku menimbul kan pelbagai reaksi berbeza.

"Warda, kamu.." belum sempat Puan Sri Adila mengajukan soalannya, aku terlebih dahulu meminta izin untuk naik semula ke bilik.

Beberapa kali, namaku diseru namun aku buat tak peduli. Akhirnya, jasad aku menghilang dari pandangan mata mereka semua.

Suasana sudah mulai terasa tegang nya. Mikhael yang sedari tadi diam, akhirnya bangkit dari duduknya. Telefon yang sedari tadi digenggam nya dimasukkan ke dalam baju melayu putih yang masih berbalut pada tubuhnya.

"Mikha rasa, kahwin pun dah cukup baik. Mikha pun taknak orang tahu fasal perkahwinan ni.." tegasnya sebelum berlalu keluar dari rumah.

Bunyi enjin kereta mengisi keheningan rumah tersebut. Perlahan-lahan, kereta yang dipandu oleh Mikhael meninggalkan perkarangan rumah Tan Sri Ridhwan.

Bilangan mereka makin sikit. Terdengar keluhan berat dilepaskan. Yang seorang sudah ke barat, yang seorang lagi sudah ke timur. Hmm.. ini memang betul-betul kes berat.

"Kalau macam inilah jadinya, Dila risau diorang tu bercerai aje." kata-kata wanita itu berjaya buatkan semua sudah termangu.

Tan Sri Johari sudah menampar lembut riba kanan isterinya. Tak suka betul dia bila suaminya sebut perkataan cerai itu.

"Apa ke situ pula fikirnya itu? Kita ikhtiar aje semua baik-baik." pangkas Tan Sri Johari

"Betul apa yang Abang Jo kata. Kita kena cari cara untuk selesaikan masalah diorang berdua." tambah Tan Sri Ridhwan menyokong pendapat abang kandungnya itu.

Sufi yang sedari tadi menjadi pemerhati mendiamkan diri. Memandangkan umurnya ni masih dikatakan bawah umur, maka.. lebih baik dia tak perlu masuk campur.
...
Bangun sahaja pagi, aku terus bersiap untuk ke sekolah. Seperti biasa, aku memulakan dengan aktiviti membersihkan wajah dan diakhiri dengan pemilihan cekak rambut. Sedang leka aku membetul kan cekak rambutku, mataku terus saja tertumpu pada cincin platinum yang melingkar di jari manisku.

Satu keluhan lemah aku lepaskan. Rasa tak percaya pula, pagi ini adalah pagi pertama aku sebagai seorang isteri. Isteri tanpa suami? Hmm.. pelik tapi benar, namun hakikat itu wujud dalam benang takdir Warda Zafira.

Walaupun aku ni bukanlah jenis melayan sangat drama melayu tapi terkadang itu adalah juga aku tertonton scene laki bini bersama. Tipulah kalau tak sweet..

Kakak saudara akupun, nampak bahagia aje dengan suami dia. Siap ada anak comel lagi itu. Haih.. aku termenung sejenak sebelum aku paksakan diriku untuk tersedar dari lamunan itu.

Apakah? Kenapa aku perlu kecewa pula? Well, memang dari awal lagi aku sudah dapat baca perkara ini akan berlaku.

Abang Mikhael pun mengaku yang dia tak pernah ada hati dengan aku jadi, nak aku berharap lebih pun tak boleh. Kami takkan menjalani hidup normal sebagai suami isteri.. aku yakin tentang itu.

Tidak mahu terus dibendung perasaan moody, aku terus menanggalkan cincin yang terselit di jari manisku itu lalu aku simpan ke dalam kotak cincin yang terletak di atas meja solekku. Kalau budak sekolah itu, lebih baik aku fokus pada sekolah. Jangan nak melalut fasal rumahtangga pula.. getusku dalam hati.

Laju aku menuruni tangga rumah. Bau haruman nasi goreng menerpa segenap ruang villa. Kecur liur aku dibuatnya. Segera, aku mendekati meja makan. Terlihat jasad abang Sufi di ruang makan. Abang aku itu sedang leka menikmati sarapan pagi nya.

"Papa mana ma?" soalku ingin tahu.

Peliklah juga tak nampak papa di ruang makan. Takkanlah keluar kerja pula? Semalam, baru aje dia kata nak ambil cuti semata meraikan perkahwinan aku. Tup-tup, dia pula yang tiada pagi ini.

Mama yang sedang menyenduk nasi goreng ke pingganku sekadar menarik senyum.

"Papa kata nak jumpa kawan pagi ini. Ke mana itu mama tak tahulah.." ujar mama sambil menyerahkan pinggan berisi nasi itu kepada aku.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Rasa lapar yang kian hebat itu buatkan aku terus menyenduk masuk nasi goreng itu ke dalam mulut. Abang Sufi yang melihat gelagat aku itu sekadar menggeleng kepala.

Tak padan dengan perempuan. Adab di meja makan pun tak ada..

Sedang leka aku menikmati sarapanku, telefon pintar yang berada dalam kocek baju kurungku tiba-tiba sahaja berdering. Segera, aku keluarkan dari kocek bajuku lalu aku belek. Terkedu aku dibuatnya bila mendapati panggilan itu daripada abang Mikhael.

Baru sahaja aku mahu menjawab, tiba-tiba aku tersedak. Mama dan abang Sufi sudah cemas melihat aku. Abang Sufi di sebelah segera menepuk belakangku manakala mama yang berada di hadapanku sudah menghulurkan gelas berisi air suam kepadaku.

"Haih, itulah! Lain kali, makan itu baca doa. Ini tidak, terus aje melahap!" leter mama apabila melihat keadaanku kembali pulih.

Aku ketap bibir. Mataku masih tak beralih dari memandang skrin telefon. Satu keluhan lemah aku lepaskan.

Panggilan terlepas daripada Abang Hubby..

Kenapa tiba-tiba Abang Mikhael telefon aku ni? Aku sudah bersoal sendiri.
...

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now