BAB 53

39.6K 1.4K 35
                                    

Dapat sahaja panggilan daripada abang Sufi, aku dan abang Mikhael terus bergegas ke arah hospital. Mataku sudah basah dengan air mata manakala abang Mikhael pula sudah haru memujuk aku untuk tidak menangis.

Siapa daja yang tak risau, siapa saja yang tak sedih bila dapat tahu kawan baiknya dimasukkan ke dalam hospital. Bukan masuk sebab demam tapi masuk kerana dipukul orang. Yurp.. aku langsung tak percaya perakara itu bakal berlaku pada Gina.

Aku kenal gadis itu. Dia seorang yang peramah malah dia juga pandai jaga kawan. Aku tak tahulah manusia jenis apa yang sanggup lakukan Gina sampai begitu sekali. Apa entah salah Gina sampai gadis itu dilunyainya sebegitu rupa?! Sumpah, kalau aku dapat tahu siapa punya angkara. Aku akan serang fia habis-habisan.

Tak kiralah lelaki mahupun perempuan!

Tiba sahaja di Hospital Kuala Lumpur, segera aku atur langkah laju menuju ke arah bilik wad yang diberitahu oleh abang Sufi. Abang Mikhael pula sudah tergopoh-gopoh mengekoriku dari belakang.

Nasib baiklah dia sempat naik satu lif dengan aku. Kalau tidak, alamatnya tertinggallah dia di bawah.

Sampai sahaja ke bahagian wad yang dimaksudkan, aku lihat kelibat abang Sufi bersama kedua orang tua Gina. Abang Sufi sudah tayang muka risau manakala mama Gina sudah galak dengan menangis. Ibu mana yang tak merintih?

"Abang, keadaan Gina macam mana? Doktor kata apa?" soalku sudah resah.

"Warda..?!"seru mama Gina yang masih galak menangis.

Aku pandang wanita itu sebak. Terus aku menerpa ke arahnya lalu aku peluk. Bila lihat dia menangis. Aku juga turut sama menangis. Hurm, aku yang kawan dia ni pun, rasa sedih.. inikan lagi mama Gina. Papa Gina pula sudah urut dahi.

"Macam mana keadaan Gina? Dia tak apa-apa ke?" soal abang Mikhael mengulang soalan aku yang tadi.

Satu keluhan lemah, abang Sufi lepaskan. Menggambarkan jawapan tak pasti. Dia sendiri pun tak tahu keputusannya.

"Doktor belum keluar lagi. Jadi, kami sekarang ini tak tahu keadaan Gina macam mana. Harapnya, dia stabil." keluh lelaki itu risau.

Baju kemeja birunya yang penuh darah langsung dia tak pedulikan. Yurp, apa yang dia mahu tahu kini.. keadan Gina baik-baik saja.

"Encik ni siapa?" soal papa Gina pula yang sedari tadi memandang ke arah Mikhael.

Abang Mikhael terus alih pandang ke arah lelaki itu. Senyum tawarnya terlukis. Sempat matanya mengerling ke arah aku yang sedang sibuk memujuk mama Gina untuk reda tangisannya.

"Saya ni.."belum sempat Abang Mikhael mahu memperkenalkan diri, pantas aku mencelah. "Dia cikgu yang ajar saya dan Gina dalam kelas, sir Mikhael." jawabku bagi pihak abang Mikhael.

Laju lelaki itu menganggukkan kepala. "Yes, I'm Gina's teacher." jawabnya mengerti.

Kembali, perhatiannya dialihkan pada abang Sufi. Wajah ingin tahu nya terpapar. "Dah lapor kes ini pada polis?" soal abang Mikhael serius.

Sufi angguk kepala perlahan. "For now, polis masih dalam siasatan. Mungkin dalam beberapa hari ini, mereka akan beritahu." ujar abang Sufi. Nadanya sedikit lemah. Langsung tak bersemangat.

Abang Mikhael angguk kepala tanda faham. Dia tahulah yang Sufi masih terpukul dengan semua ini. Aku pernah ceritakan pada abang Mikhael bahawa abang Sufi ada hati pada Gina jadi abang Mikhael faham. Betapa tak semangatnya kita bila dapat tahu orang yang kita sayang sedang sakit sekarang ini. Yurp, bak kata pepatah 'cubit peha kiri, peha kanan jelas terasa'.

Beberapa minit kami menunggu di luar wad sebelum akhirnya muncul seorang doktor lelaki dari bilik wad tersebut. Segera kami semua mendapatkannya.

"Macam mana keadaan Gina, doktor? Dia baik-baik saja ke?" bertubi soalan yang dihamburkan oleh kami. Risau. Suasana sedikit haru ketik itu.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now