BAB 7

45.6K 1.8K 97
                                    

"x kuasa dua.. erm..."

Haih, otak!!! Bergeraklah wahai otak ku yang lagi cerdik maha bijaksana. SPM makin lama makin dekat, apsal kau makin lama makin ke laut ni, otak? Aku sudah membebel dalam hati.

Pasrah. Akhirnya, aku tutup buku latihanku lalu pen yang aku pegang tadi aku masukkan semula ke pencil case aku. Satu keluhan lemah aku lepaskan. Entah kenapa, otak aku ini masih terngiang-ngiang dengan apa yang kami bualkan dua hari lepas.

Fasal abang Mikhael itu. Sudah empat tahun berlalu dan aku sendiri tak tahu bagaimana perubahannya sekarang. Kalau dahulu, aku memang rajin nak stalk dia punya akaun tapi makin lama, aku cuba jauh kan diri untuk tidak mahu mengingatinya langsung.

Hmm.. apa kena dengan kau ni Warda? Jangan cakap kau dah berangan nak ada perasaan dengan dia semula. Please??

Orang tua kot?!

Aku sudah meraup mukaku kasar. Entah kenapa, kepala otak aku ni degil sangat nak dengar cakap. Aku suruh berhenti ingat fasal si lelaki itu, otak ni pula miang nak buat flashback kenangan yang pernah terukir antara aku dan dia. Pfft.. tolonglah..

Benda yang lepas usah dikenang, wahai otak Warda yang bijaksana.

Bila teringat balik detik beberapa tahun lepas, yurp.. aku akui yang aku memang manja terlebih sedikit dengan dia. Antara abang Sufi dengan abang Mikhael, aku lebih rela bermain dengan abang Mikhael. Dia layan aku baik manakala abang Sufi itu pula always nak membahan aku tapi kadang masa bila abang Sufi dan Mikhael sudah bergabung.. jangan harap aku akan dibelanya. Mereka akan sama-sama bahan aku.

Bila ingat semula detik itu, senyuman nipisku terukir. Seronok pula bila membayangkan zaman kanak-kanak itu. Comel aje. Orang pun sayang. Namun, makin lama kami makin dewasa dan hubungan aku dan abang Mikhael makin lama makin renggang. Tipulah kalau aku cakap, aku tak segan bila jumpa dia berdepan. Malu sangat sampai aku rasa setiap kali dia datang rumah, pasti aku akan pilih jalan untuk berkurung dalam bilik. Pfft.. biasalah itu, perangai kaum hawa.

Itu dulu okay, bukan sekarang. Masa itu, aku 13 tahun.. memanglah segan. Namun, sekarang aku dah lain. Rasanya aku takkan bersembunyi dalam bilik lagi kalau jumpa dia depan mata. Aku akan berlagak dewasa. Ececeh!

Telefon pintarku capai lalu ruang instagram aku belek. Tangan aku tiba-tiba sahaja miang mahu menulis nama akaun milik Mikhael, _Mikhx.YiL. Berbelit lidah aku nak sebut nama akaun dia. Simple sudah lah.

Buntang mata aku tatkala melihat angka pengikutnya. Hmm.. not bad. Masih tak dapat calang akaun milik Fattah Amin lagi.

Satu persatu gambar yang dipost nya aku belek dengan penuh teliti. Setiap satu gambar, angka suka yang dia dapat pastinya atas 2k. Hmm.. tak hairanlah. Muka kacak dengan jambang kemasnya itu, siapa aje yang tak suka kan? Kalau aku pun, aku cair. Ehem..

Kebanyakannya gambar dia bersama-sama teman dia. Kadang ada dua tiga kerat gambar yang dia bersama dengan perempuan Mat Saleh. Sempat aku buat muka toya. Pfft.. setakat muka mat saleh ni, Malaysia pun adalah. Perliku dalam hati.

Lama aku belek satu persatu gambar yang ada dalam akaunnya. Tak lupa juga komen pedas yang mampu aku kirim dalam hati saja. Gila kau.. nak kirim komen. Mau kena kecam aku!

Tindakanku mati apabila tiba-tiba sahaja mataku menerpa sebuah gambar dalam akaunnya. Gambar di mana dia berdiri bersebelahan dengan seorang gadis bertudung. Laju jariku menekan gambar itu, mahu melihat gerangan gadis itu dengan jelas. Tercengang aku sejenak.

Rasanya, aku kenal perempuan itu. Bukanke dia perempuan yang aku pernah nampak keluar dengan abang Mikhael beberapa tahun lepas. Ketika itu, abang Mikhael berada di asasi Universiti Malaya.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now