BAB 48

41.8K 1.5K 46
                                    

Termasuk hari ini, sudah dua hari aku berada di rumah papa. Semenjak kejadian itu berlaku, papa yang terlalu risau terus ajak aku dan abang Mikhael untuk tinggal di  rumahnya buat sementara waktu. Nak tak nak, terpaksalah kami akur dengan cadangannya itu.

Aku masih berpura tidur di atas katil sambil mataku pula aku celikkan sedikit melihat kelibat abang Mikhael yang sedang berkemas untuk ke sekolah. Dia nampak segak mengenakan kemeja hitamnya yang berlengan panjang. Ditambah lahi dengan seluar slack hitam yang kemas membalut kulit kakinya. Yurp, lelaki itu terlebih tampan hari ini pada mataku.

Kejadian semalam masih terngiang-ngiang dalam kotak fikiranku. Bagaimana.. bibirnya tanpa isyarat memyentuh bibirku. Erghhh!! Segan..  tersangatlah buatkan aku rasa trauma sekejap bila menghadapnya. Kerana itulah, aku biarkan dia bersiap dahulu manakala aku pula dengan tidur olok-olokku.

Beberapa minit kemudian, aku lihat jasadnya sudah keluar dari bilik. Terus mataku buka lalu satu keluhan lega, aku lepaskan. Fuh...  lancar terus pernafasan aku dibuatnya.

Segera aku bangun dari baringku lalu langkahku laju menuju ke bilik air bagi membersihkan diri.

Selesai saja menyarungkan pakaian, aku terus menyusun langkah ke luar dari bilik. Hari ini, aku tak ke sekolah. Mama kata dia mahu aku berehat untuk seketika selepas kejadian malang itu menimpa aku. Katanya, dia tak mahu aku trauma teruk gara-gara semua itu. Nak tak nak, arahan nya itu terpaksa aku turuti.

Ketika aku sudah berkira mahu turun tangga, aku terdengar bunyi enjin kereta dibuka. Aku tebak itu adalah kereta milik abang Mikhael. Kerana itu, rasa legaku menerpa.

Dengan tanpa resahnya, aku menuruni tangga dengan selamba. Namun, baru saja kaki aku menjejak ruang makan.. terus mataku tertancap pada tubuh lelaki itu yang sedang menikmati sarapan paginya. Erk?!

"Eh, Warda? Dah sihat ke?" tegur mama apabila melihat jasadku tercegat di ambang pintu ruang makan.

Abang Sufi yang berpakaian kemeja sudah alih pandang ke arahku di belakangnya manakala abang Mikhael pula sudah mendongak wajah memandang aku di hadapan nya. Mata kami bertemu sebelum senyum nipisnya terukir buatku. Aku sudah kaku di situ saat melihat senyuman yang dia berikan. Huh?!! Dia nampak selesa daripada biasa..

"Ajaib. Dua hari sakit, hari ini sembuh. Ubat apa yang abang Mikha bagi ni sampai adik boleh terpacak berdiri ni?" usik abang Sufi sengaja mahu mencari ulah dengan ku.

Meremang bulu tengkuk aku bila dengar usikan abang Sufi itu. Huh.. terus terimbau kejadian semalam. No, no, no!!!

Please, Warda!!! Lupakan...!!!

Segera aku buat muka selamba. Aku terus menapak ke arah meja makan. Tempat duduk di sebelah abang Mikhael aku duduki. Nope.. berlagak biasa aje, Warda! Abang Mikhael boleh, kenapa kau tak boleh pulakan?

Mama di hadapanku sudah menyungging senyum. Matanya sedari tadi gatal meralit aku dan abang Mikhael yang duduk bersebelahan. Pasti ada benda yang dia mahu bahan ni.. hmm..

"Suka betul mama tengok kamu berdua makan sebelah menyebelah macam ni. Seronok juga dapat makan dengan menantu ni. Sejuk mata memandang. Senang hati." ujar mama meluahkan apa yang dia rasakan ketika ini.

Aku yang tadinya baru nak senduk nasi goreng ayam terus tertunda bila dengar bicara mama itu. Aih.. mama inikan?!! Janganlah usik macam ni..!!

"Betul itu, ma. Sufi pun rasa seronok dapat makan semeja dengan adik ipar. Kan bagus kalau dapat buat selalu.." celah abang Sufi dengan niat nak mengusik aku.

Mataku aku jengilkan pada lelaki itu. Tak guna!!!! Saja dia nak menyakat. Tak ada modal lainlah itu selain nak malukan aku depan abang Mikhael. Huh!!

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now