BAB 17

38K 1.5K 111
                                    

Cincin platinum yang tersarung di jari manisku, aku belek dengan perasaan bercampur baur. Gembira? Terharu? Sedih? Sebak? Marah? Kecewa? Apalagi perasaan yang manusia akan rasakan bila kini sah menjadi tunang orang?

Pertunangan selama tiga hari dilakukan sebelum aku dan abang Mikhael bernikah isnin depan. Hari ini adalah hari pertama, aku menjadi tunang lelaki itu. Lelaki yang tak lama lagi jadi milikku. Erghh?? Gatal lidah dibuatnya.

Cincin itu aku tanggalkan dari jariku lalu aku simpan ke dalam laci meja. Tubuh yang tadi baring mengiring, aku ubah kepada terlentang. Siling kosong itu aku pandang dengan perasaan yang tak pasti.

Gembira? Patutkah aku rasa gembira bila dipaksa berkahwin dengan lelaki di usia yang masih muda. 17 tahun? Bukankah.. itu kerja gila? Kecewa.. hmm, itu juga perasaan aku yang tak pasti.

"Apa kata kita main kahwin-kahwin. Warda jadi mama, Abang Mikha jadi papa. Nak tak?" cadangku.

Sengaja aku pilih permainan geli-geli minta kaki itu. Memandangkan kami juga sudah bosan main sembunyi-sembunyi dan 'police and thief'. Biar kali ini, kami main permainan yang tak melibatkan berlari dan bersembunyi.

Abang Sufi di hadapan sudah buat muka bosan. Tangan kecilnya sudah menggaru dagu. Mungkin mahu mempertimbangkan cadangan yang aku beri tadi.

"Kalau warda jadi mama, abang Mikha jadi papa.. Abang jadi apa?" soal abang Sufi sudah memikirkan karakternya.

Senyuman comelku terukir. Lenggok menggedik aku sudah berikan. Sempat juga mataku mengerling pada kelibat abang Mikhael yang masih terpacak di sebelah abang Sufi.

"Betul gak itu, Warda. Kalau Warda mama, abang jadi papa. Sufi nak jadi apa?"lelaki itu juga turut bertanyakan soalan yang sama.

"Abang Sufi jadi anak." cadangku. Biarlah abang Sufi pegang watak tak penting.

Asal, dia tak ganggu drama TV3 yang bakal aku lakonkan nanti, itu bagus. Watak penting dalam slot ini pastinya aku sebagai heroin manakala abang Mikhael pula jadi heronya. Abang Sufi hanya watak sampingan.. watak 'semak'.

Abang Sufi sudah buat muka cemberut
. Dirasakan permainan yang aku cadangkan memang tak best belaka. Come onlah, permainan kahwin-kahwin ni game 'budak perempuan'. Tak adventure.. membosankan.

"Malaslah main game itu. Hmm.. abang Mikha, jom kita main lawan ultraman. Abang Mikha jadi Ultraman Tiga, Sufi jadi Ultraman Dyna. Nak tak?" abang Sufi menghamburkan idea nya.

Aku di hadapan mereka sudah buat muka sebal dan geram. Sebal dengan abang Sufi yang selalu jadi pengganggu kenangan sweet antara aku dan abang Mikhael. Huh!!! Susah nya kalau ada abang lelaki ini..

Kalau kakak perempuan, mungkin dia lebih memahami..

Lama abang Mikhael diam. Dia sempat mengerling wajahku yang sudah papar raut kecewa. Pandanganku yang menunduk buatkan aku tidak sedar, dia sedang memerhati aku.

Abang Mikhael terus mendekatiku. Bahu kecilku dipeluknya lalu dirapatkan ke tubuhnya. Aku yang kaget dengan perilakunya itu sudah membatu. Apakah?

"Kita main permainan yang Warda bagi lepas itu.. kita main ultraman pula." akhirnya, abang Mikhael beri kata putus.

Yurp, abang Mikhael memang memahami..

Senyumanku meleret apabila terkenangkan cerita semasa kecil. Haih, patutlah abang Sufi tak henti-henti mengenakan aku dengan abang Mikhael. Perangai miang cili padi aku itu.. buatkan aku memang patut diejek.

Huh.. kecil-kecil lagi dah pandai geli-geli, patutlah besar.. perangai makin ekstrim.

"Betul ke apa yang kau buat ni, Warda? Kalau kau tak sedia.. cakap! Yakin ke kau nak ambil abang Mikhael jadi suami? Sanggup, kau tinggalkan zaman bujang kau?" satu persatu soalan aku tanya pada diri sendiri.

Lama aku diam sebelum akhirnya, aku mengangguk lemah. Nak tak nak, kenalah sedia kan?
...
"What?" Mikhael semacam tak percaya dengan apa yang baru sahaja didengar nya tadi.

Berkahwin dengan Nurul Warda Zafira. Gadis yang baru saja lima enam hari mencecah usia 17 tahun itu? Huh, kegilaan apakah ini?

"Mama dan papa Warda yang cadang kan semua ini, lagipun.. mama kenal Warda itu. Cantik orangnya, sayang kalau terlepas ke tangan orang lain." sempat pula Puan Sri Adila selitkan pujian untuk Warda.

Memang kecantikan Warda sangat diakui. Dengan rambut mayang mengurainya yang berwarna hitam pekat. Mata bundarnya dengan anak mata coklat pekatnya yang sangat cantik menawan serta raut wajahnya yang bersih dan mulus. Hmm.. Mikhael juga turut akui itu.

Namun, tak pernah terdetik dalam jiwa jantannya itu untuk memperisterikan sepupu perempuannya yang satu itu. Selama ini, dia jaga Warda kerana dia sayangkan gadis itu tak lebih sebagai seorang adik. Hanya sayang dan bukannya cinta.

"Dia budak lagi, ma. Belum habis belajar lagi. Sijil SPM pun tak ada lagi. Pleaselah, ma. Tolong beritahu Mikha yang semua ini cuma gurauan. Mama dan papa main-mainkan?" tingkah Mikhael. Dia masih tak percaya dengan apa yang didengarnya.

Puan Sri Adila ketap bibir. "Kamu tak perlu risau fasal itu. Ramai aje anak gadis sekarang kahwin awal. Anak kawan mama ada yang baru nak menginjak 17 tahun dah kahwin, okay aje. Sempat habis belajar."dalih Puan Sri Adila.

"Tapi, ma. Banyak benda yang nak kena buat kalau kahwin dengan budak bawah umur ni. Nak kena pergi pejabat agama semua.. pleaselah, boleh tak kita lupakan aje semua itu. Bagi si Warda itu habis belajar.." Mikhael masih bertegas dengan keputusannya.

Lagipun, hatinya bukan pada Warda. Gadis itu terlalu muda untuknya. Jarak umur mereka juga sangat jauh. Hampir mencecah beza tujuh tahun. Gila tak gila?

Tak fasal-fasal orang gelar dia pedofilia pula sebab hamak(teringin) sangat nak kahwin dengan budak sekolah. Al-maklumlah, orang sekeliling tahu buat spekulasi saja tanpa selidik akar umbi nya terlebih dulu. Manusialah katakan..

Tan Sri Johari mengeluh lemah. Terus jasad Mikhael didekatinya. Kini, mereka saling berdepan.

"Kami buat semua inipun bukan sebab suka-suka. Kami kasihan dengan Warda. Kamu pun tahukan fasal kes Warda itu.. auntie dan uncle kamu cadangkan nama kamu pun sebab dia tahu kamu boleh jaga Warda dengan lebih baik lagi. Papa pun yakin kamu dapat jaga dia." ujar Tan Sri Johari menjelaskan segalanya.

"Kenapa pa? Banyak lagi lelaki lain yang diorang boleh cari.." nada Mikhael sedikit pasrah.

"Kami nampak macam mana kamu sayang si Warda itu. Dari kecil sampai ke besar, kamu lindung dia. Jadi, kamu lelaki yang selayaknya.."

Satu keluhan berat Mikhael lepas kan. Kepalanya sudah semakin kusut. Beberapa kali mukanya diraup. Berharap agar masalah itu sebagai beban ilusi yang bisa hilang selama-lamanya.

"Gila! Kau memang dah tak waras, Mikha.. dengan budak sekolah, pun kau boleh terjerat?" dia bersoal pada dirinya sendiri.

Akhirnya, kepala yang sudah berat disandarkannya pada kepala sofa yang terdapat dalam biliknya. Siling biliknya ditatap dengan seribu satu perasaan. Kecewa? Lemas?.. segala-galanya perasaan bila dipaksa berkahwin dengan orang yang tak kena di hati.

Lama Mikhael diam dan begitu. Matanya dipejam rapat. Dia cuba untuk singkirkan semua kekalutan itu namun dia masih tak mampu.

Masih sama, Mikhael masih terbeban. Kerana itu, dia pilih alternatif lain. Layan youtube atau segala benda alah yang boleh melupakannya dengan status yang disandangnya kini. Yurp, status sebagai tunang budak sekolah.

Laptop yang terdampar di atas meja dicapai lalu dibuka. Buka saja skrin, jelas terpapar gambar bekas kekasih nya dahulu, Rina. Spontan, riak kesal diberinya.

Tanpa sesiapa tahu, jauh di sudut hatinya..dia masih sayangkan Rina. Gadis yang masih dia nantikan di pintu hati..
...








Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now