BAB 18

40.2K 1.6K 31
                                    

Kelas tambahan matematik di hari sabtu memang buatkan pelajar sekolah aku rasa tak semangat nak belajar. Nasib baiklah sekolah kami tak sangat menggalakkan pelajar memakai baju sekolah bila hari sabtu. Kami boleh memakai baju kasual di hari sabtu asalkan etika pemakaian masih dipatuhi.

Selesai sahaja sesi selama dua jam itu, akhirnya kami dibenarkan pulang ke rumah semula. Pelajar lain sudah keluar kelas setelah bunyi loceng berdering manakala aku pula masih terpacak mahu mengemas buku.

Hari ini, aku dan kumpulan belajar ku yang dianggotai oleh Laura, Gina, Jenny dan Atika bercadang untuk belajar bersama. Katanya di dalam kelas aku sampai ke pukul 12 tengah hari nanti.

"Yow!!!" sergah Jenny setibanya ke kelasku. Kelibat Laura dan Atika juga turut kelihatan. Mereka berpakaian kasual sama seperti aku.

Gina yang sedari tadi mentelaah buku Biologi sekadar mengangkat wajah. Senyum selamat datang diberinya sebelum dia kembali menundukkan pandangannya ke buku semula.

Laura, Atika dan Jenny sudah melabuh punggung di hadapan meja kami berdua. Masing-masing mengeluarkan buku yang bakal dibawa berbincang nanti. Memandangkan Atika dan Jenny dari kelas perakaunan jadi mereka berdua tak ambil subjek Sains tulem seperti biologi, kimia, fizik namun mereka tetap mengambil matematik tambahan sebagai subjek teras.

"Kita bincang Add math dulu. Aku nak fahamkan logarithm semula. Tak jelaslah.." pinta Jenny. Tajuk logarithm diselaknya.

Antara kami berlima, hanya Gina saja yang cerdik matematik tambahan. Kami berempat ni, suam-suam kuku aje. Taklah pandai mana. Ehem..

Baru sahaja kami berlima mahu memulakan sesi ulangkaji, telefon pintarku yang terletak di atas meja tiba-tiba sahaja bergetar. Terus aku capai lalu nama pemanggilnya aku belek.

Tersentak aku dibuatnya bila tahu gerangan yang menghubungiku ketika itu.

Abang Hubby?

Aih, abang hubby? Mikhael ke? Aku sudah bertek-teki pada diri sendiri. Entah sejak bila pula, aku namakan dia hubby pun aku tak tahulah. Ini mesti kerja mama.

Bila melihat aku diam tak berkutik, yang lain sudah pandang hairan ke arahku. Masinh-masing sudah berkerut dahi. Pelik.

"Kau okay tak, Warda? Apsal muka kau nampak terkejut ini?" soal Laura ingin tahu.

"Entah.. kau dapat call daripada siapa itu? Boyfriend baru ke?" soalan yang terpacul keluar dari mulut Atika buat aku tersengih kerang.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Berharap cara itu dapat menyingkir kan rasa sangsi yang membelengu mereka berempat.

"Eh, tak adalah. Erm, b-biasalah. Panggilan daripada papa aku.." rasa gelisahku buatkan aku gagap. Nak tenang tapi tak boleh.

Sekali lagi, telefonku kembali bergetar dalam tanganku. Tertera nama 'abang hubby' pada skrin telefon pintarku.

Segera aku bangun lalu meminta diri untuk ke tandas sebentar. Berlari-lari anak aku ke kawasan yang sedikit jauh. Sanggup turun tangga, semata-mata tak mahu sesiapa pun dengar perbualan aku nanti..

Setelah bersembunyi di balik dinding, aku cuba menarik nafas tenang. Telefon pintar yang masih bergetar dalam tangan segera aku angkat. Sempat mataku meliar ke sekeliling. Takut-takut kalau ada yang mendengar.

"That I'm disturbed you?" dia bertanya dalam bahasa inggeris.

Aku sudah jongket kening. Belum apa-apalagi, dia sudah mulakan sesi inggerisnya. Mahu saja aku garu kepala di situ. Terlampau pekat bhasa inggeris yang dia gunakan sampai aku tak dapat tangkap satu apa pun..

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin