BAB 44

39.1K 1.5K 74
                                    

Kring!!!

Bunyi loceng yang berdering menandakan waktu rehat telah tamat. Seperti biasa, para pelajar akan bergegas ke kelas masing untuk memulaikan sesi pembelajaran pada hari itu.

Aku dan Gina sudah melangkah pantas masuk ke dalam kelas. Huh, terlambat. Masuk saja dalam kelas, aku lihat kelibat abang Mikhael di hadapan. Rakan sekelasku yang lain sudah berada di tempat masing-masing. Semua sudah tayang muka mahu tahu apa yang jadi bila kami berdua lambat.

"Why both of you come to late? That the time is not enough for you guys to rest?" soal lelaki itu dalam nada sedikit bertegas.

Aku dan Gina masing-masing sudah menunduk resah. Abang Mikhael memang tegas bila dalam kelas. Tak kisahlah aku ni isteri dia ataupun tak.. dia masih akan bergarang juga. Nampaklah kan profesionalnya dia di situ. Erm..

"I'm sorry sir. This is my false." sahutku langsung tak memandang wajah abang Mikhael di hadapan.

Lama abang Mikhael diam. Sempat matanya melirik ke arah sosokku tanpa aku sedari sebelum satu keluhan kecilnya meniti. Terus matanya beralih pada kami berdua.

"It's okay. I let you go for this time. If do this again, there're no chance for both of you.." ujar lelaki itu sedikit bertegas.

Aku dan Gina sama-sama mengangguk. Segera kami melajukan langkah kami ke tempat kami semula. Masing-masing sudah kalut keluarkan buku untuk subjek abang Mikhael. Hmm.. jangan buat hal untuk kedua kalinya!

"Okay, today we will proceed with our.." belum sempat abang Mikhael menghabiskan ayatnya, Safuan mencelah. Haih, dia bab mencelah memang hebat.

Pelajar lelaki itu sudah angkat tangan. "Sir, I have one question for you." ajuknya.

Abang Mikhael sudah berkerut dahi di hadapan. Wajah anak muda itu masih dipandangnya. "What it is?"

"Saya ada dengar dari kelas kawan saya yang sir takkan mengajar lagi kat sekolah ni. It's that true, sir?" soalannya itu berjaya menimbulkan suasana riuh dalam kalangan pelajar 5 Aminah.

Aku yang tadi turut pasang telinga sudah tergamam. Tak sangka berita itu akan tersebar secepat itu. Haih.. mengalahkan populariti aku pula, abang Mikhael ni. Ehemm..!!

"Ini apa yang abang nakkan.." sahut lelaki itu dalam mendatar. Wajahnya terselit seribu satu perasaan. Yang pasti salah satunya adalah perasaan bersalahnya.

Aku sudah ketap bibir. Pandanganku berubah kuyu. Sebak, sedih dan kecewa. Kesemua perasaan itu bagai digumpal menjadi duka. Yurp, kedukaan..

"Jadi, abang nak tinggalkan Warda sendiri?" aku masih dengan pertanyaan.

Lelaki itu diam sejenak. Sebelum satu keluhan lemah dia lepaskan. Jasadku didekatinya. Sempat bau haruman tubuhnya menusuk rongga hidungku. Sangat wangi dan menyenangkan..

Mata aku ditatapnya layu. Ya Allah, tak sangka abang Mikhael ada pandangan seseksi itu. Uhukss!!

"Kalau Warda nak ikut abang pergi Singapore, abang tak kisah. Pilihan Warda sama ada nak ikut ataupun tak.." putus lelaki itu. Nampaknya dia masih bertekad untuk teruskan niatnya itu.

Aku mengeluh kecil. "Kalau Warda tak nak ikut, abang akan pergi juga ke?"

Dia mengangguk perlahan. "I have to go. Lagipun, abang memang nak mengajar kat situ. Abang yang hantar resume so, tak ada sebab untuk abang menolak." jawabnya.

"Walaupun sekarang abang ada Warda?" soalku mahu tahu. Entah kenapa, hati ini berharap agar dia tidak pergi.

Dia nampak terkedu mendengar soalan aku itu. Yurp, seakan itulah soalan yang paling sukar untuk dijawabnya seumur hidup.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now