BAB 61

46.7K 1.5K 45
                                    

Pejam celik, pejam celik, sudah hampir sebulan kejadian penculikan itu terjadi. Aku memulakan kehidupanku sebagai seorang pelajar seperti biasa. Dikelilingi para guru tetapi ada dua benda yang berbeza selepas kejadian itu berlaku. 

Pertama, abang Mikhael bukan lagi sir aku. Perkhidmatannya sebagai seorang guru di Orhan Hills sudah tamat dan sekarang dia cuma bergelar suami aku. Sementara menunggu permohonannya sebagai pesyarah di universiti diluluskan, abang Mikhael membantu papa dalam urusan pentadbiran syarikat. Katanya, sekadar mencari ilmu berguna. Aku rasa lagi better dia bukan guru aku, ehem.. dia itu terkenal sangat. Jealous tau!

Kedua, sebelum ini kami berlima dan sekarang kami berempat. Hilang seorang. Itu paling pahit yang terpaksa aku telan. Mengenangkan detik-detik bersama Laura, kadang aku terbawa emosi. Kalau bukan kerana dendam, aku pasti Laura akan menjadi kawan yang terbaik yang pernah aku miliki. Ya, sejak tingkatan dua aku menjadi temannya dan di tingkatan lima, tahun akhir kami, dia tinggalkan aku dengan cara paling sadis.

Huh, mungkin dia sudah bahagia sekarang. Aku harap..

Hari ini, papa jemput aku dari sekolah. Bukan sebab, abang Mikhael taknak jemput tapi memang aku sendiri yang minta papa jemput aku. Ada benda yang aku nak buat untuk papa.

Aku tahu dia masih rasa bersalah ke atas Laura dan keluarganya. Walaupun, segala-galanya sudah selesai namun aku masih dapat baca perasaan papa yang resah. Seskan-akan melakukan dosa paling besar dalam hidupnya.

Papa buka kisah silamnya dahulu. Dia cerita dari awal sampai akhir. Aku jelas terkejut. Mana tidaknya, aku tak sangka papa akan berfikiran sebegitu rupa namun.. manusia kan? Hamba mana yang tak pernah melakukan silap dan salah? Yang penting, sekarang papa dah berubah. Aku yakin tentang itu.

"Kamu nak bawa papa ke mana ni, Warda?"soal papa sudah berkerut dahi. Tangannya masih melekap pada stereng kereta.

Hairan juga dia. Mana taknya, sekarang ini mereka tiba di kawasan kedai-kedai setinggan. Kebanyakan penduduknya bukan datang dari orang senang.

Aku tersenyum. Lengan papa aku sentuh. "Warda nak tolong papa." ujarku. Jawapan yang langsung tak membantu.

"Tolong papa? Untuk apa?" soal papa . Kereta Mercedez yang dipandunya diparkirkan berhadapan salah sebuah kedai. Matanya teralih padaku. Masih tak mengerti pada bicaraku.

Aku tarik senyum pendek. Aku betul kan kedudukanku menghadap papa dalam kereta. Matanya aku pandang dalam.

"Warda tahu yang papa masih rasa bersalah pada Laura kan? Hmm.. jadi, Laura nak papa hilangkan semua itu. Lupakan. Yang dah jadi, biarkan terjadi." ujarku.

Papa nampak terkedu dengan kata-kataku. Pandangannya ditundukkan ke bawah. Ya, dari reaksinya ini.. aku dapat baca yang apa aku katakan itu betul belaka.

"Kamu nak tolong papa dengan apa? Sebab papa, Laura jadi macam itu. Dia dah tak ada.."ucap papa lirih. Sebak dadanya tiba-tiba.

Aku ketap bibir. "Kita tebus pa. Mungkin bukan dengan tolong Laura tapi.. tolong orang lain yang senasib dengan Laura." tuturku memujuk papa.

"Tolong orang lain?"papa terpinga.

Kepala aku anggukkan. Spontan, aku keluar dari perut kereta. Papa yang masih tertanya dengan apa yang aku cuba lakukan, sudah akur menuruti. Langkahnya menjejaki aku di hadapan.

Kami melalui lorong yang sedikit ramai dengan budak-budak bermain kejar-kejar. Gamak betul bunyinya. Riuh sakan.

Kami tiba di hadapan pagar yang berkunci. Pintunya tertutup. Papa sudah berkerut dahi. "Kamu nak jumpa siapa ni, Warda?"

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now