BAB 37

38.5K 1.6K 142
                                    

Laura dihadapannya dipandang kosong. Fikirannya pula menerawang ke tempat lain. Huh?!! Entah kenapa, dia rasa bersalah. Tersangat-sangat bersalah pada gadis yang sudah menjadi suri dalam hidupnya kini.

"Haih, tak pernah-pernah si Warda ni dapat 30 ke bawah setiap kali test. Selalunya keputusan dia bagus-bagus semua. Test kali ini pula dia corot." keluhan Puan Yurina berjaya mengalih kan perhatian Mikhael dari kerjanya.

Terus dia pusingkan kerusinya ke arah unit matematik tambahan yang terletak bersilang dari tempatnya. Dahinya sudah berkerut bila nama Warda dipetik oleh wanita berbadan gempal itu.

"Betul itu, kak. Dalam kelas pun, tak habis dengan termenung. Entah apa yang dia fikirkan pun, saya tak tahulah." balas Encik Syukri sambil membelek telefon pintarnya.

Rasa ingin tahu makin menebal dalam hati Mikhael. "Kenapa dengan Warda, Syuk?" lelaki yang duduk disebelahnya itu dipandang.

Untungnya, soalan Mikhael itu berjaya mendapat respons daripada Encik Syukri dan Puan Yurina.

"Tak adalah. Budak itu bagus prestasi nya. Semasa tingkatan 4 dulu, dia tersenarai dalam pelajar Top 10 yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahunnya namun semenjak naik form 5 ni, dia lain macam sikit. Semasa saya mengajar pun, dia termenung aje. Tak seaktif dululah." balas Encik Syukri memberitahu apa yang dirisaukannya tentang Warda.

Spontan jawapan itu buatkan Mikhael diam membisu seketika. Pandangan nya dialihkan ke bawah. Dia fikirkan si Warda itu tak berapa nak cemerlang sangat. Al-maklumlah, ujian bahasa inggerisnya hari itupun dapat gred C+ saja. Rakan sekelasnya yang lain semuanya dapat A dan B belaka.

"Saya rasa kalau tak disebabkan bahasa inggerisnya, mungkin dia dah naik sebagai pelajar Top 3 dalam tingkatan 5 tahun ni."celah Puan Yurina yang ketika itu masih sibuk membuat kerjanya.

"Betul itu, kak. Si Warda itu paling fail kalau subjek bahasa inggeris. Semasa dia di tingkatan satu, menangis dia tengok soalan dalam bentuk karangan. Ahaha!! Mike, si Warda itu ada apa-apa perkembangan tak dalam subjek kau?" soal Encik Syukri.

Memang dalam kalangan guru, hanya si Encik Syukri seorang saja yang memanggil nya dengan nama 'Mike'. Katanya stylo walaupun Mikhael tak nampak, mana stylo nya itu.

Hanya sebuah anggukan saja yang Mikhael berikan. "Dia makin ada perkembangan.." bohongnya. Tidak mahulah memburukkan nama Warda dalam kalangan guru-gurunya pula kan?

"Sir Mikha? Sir Mikha?!!"sergahan Laura buatkan Mikhael tersedar dari lamunan pendeknya. Terus Mikhael mengalihkan pandangannya ke arah gadis muda itu.

Tergamam dia saat melihat Laura memegang belakang tapak tangan nya. Segera Mikhael melarikan tangannya daripada terus menerus disentuh oleh gadis itu. Perkara itu sungguh membuatkan Mikhael jelas rasa tak selesa.

"Owh, sorry. Where are we now?" sengaja Mikhael bertanya. Dia mahu lenyapkan suasana janggalnya dengan gadis muda di hadapannya itu.

Laura diam tak menyahut. Matanya masih tak lepas dari memandang wajah Mikhael. Dalam dan penuh makna yang tersirat. Terselit senyuman nipisnya di situ.

Mikhael yang sedar akan hal itu cuba berlagak tenang. Wajah tegasnya ditayang.

"Kenapa Laura pandang saya macam itu? There are any question that you want to ask to me? If yes, so please tell me.."duga Mikhael mahu tahu.

Gadis itu makin melebarkan senyumannya. "Sir, did you know you have a pair of beautiful eyes? Thats why I'm always like to watch you again and again.."spontan kata-kata Laura buatkan Mikhael tergamam.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now