BAB 47

43.2K 1.8K 113
                                    

Langkahnya diatur menuju ke bilik di mana tubuh Warda di tempatkan. Wajah suramnya masih bertayang. Sudah dua hari, gadis itu demam semenjak kejadian yang menimpa nya dua hari yang lalu. Yurp, kejadian yang berlaku di mana Syed Haris hampir saja.. hmm, Mikhael malas nak bahas lebih.

Kalau dia lewat seminit saja waktu itu, mungkin gadis itu bakal trauma seumur hidup. Kalau dia tak ada ketika itu, mungkin gadis itu bakal dihurung kemurungan dalam. Syukur nya, dia masih diberi peluang untuk menyelamatkan Nurul Warda Zafira.. gadis yang kini masih berkekalan menjadi isterinya.

Pintu bilik Warda dikuak. Baru saja dia nak melangkah masuk, semua nya jadi terbantut apabila dia terlihat kelibat Puan Sri Fatimah di dalam bilik Warda. Ketika itu, wanita itu sedang menempekkan 'fever plast' pada dahi gadis yang masih terbaring lena di atas katil. Keadaan nya masih kelihatan lemah.

Puan Sri Fatimah tarik senyum nipis apabila melihat Mikhael yang masih terpacak depan pintu. Sempat rambut Warda dibelainya lembut sebelum perlahan-lahan.. langkahnya diatur mendekati badan sasa Mikhael.

"Ada benda yang mama nak cakap kan dengan kamu, Mikha." ujarnya dalam nada berbisik.

Dahi Mikhael sudah berkerut seribu. Akur, dia menuruti langkah wanita itu meninggalkan bilik tidur Warda.

Pintu bilik gadis itu ditutup perlahan agar gadis itu tidak terbangun dari lenanya. Terus, Mikhael menghadap tubuh wanita itu di hadapan. Menanti bicara wanita itu selanjut nya..

"Apa yang mama nak bincangkan?" soal Mikhael sudah berkerut dahi. Resah lah juga bila dia lihat Puan Sri Fatimah tayang muka yang tak best padanya.

Wanita itu tarik senyum pendek. Wajah Mikhael dipandangmya. "Kamu dengan Warda baik-baik saja kan?"

"Kenapa mama tanya?" Mikhael masih dengan pertanyaannya.

Satu keluhan kecil, Puan Sri Fatimah lepaskan. "Erm.. ada benda sikit yang mama nak beritahu kamu, Mikha.." ujarnya. Nadanya kini sedikit perlahan.

"Apa dia, ma?"

"Sebelum itu, kami nak minta maaf kalau perkahwinan ni buatkan kamu dan Warda jadi tak selesa. Ada sebab kami satukan kamu berdua ketika usia Warda 17 tahun. Kami yakin kamu orang yang tepat untuk Warda. Kami tahu yang kamu bakal menjadi satu-satunya lelaki yang dapat jaga Warda dengan baik.

Mama nak berterima kasih dengan kamu sebab kamu berjaya selamat kan Warda dan buat tindakan pada orang itu. Kalau kamu tak ada, kami tak tahulah apa yang jadi pada Warda itu." luah wanita itu dalam nada tersangat sebak.

Melihatkan reaksi itu, Mikhael hanya mampu diam. Pandangannya ditundukkan memandang lantai. Entah kenapa, dia rasa diulit serba salah.

Sepatutnya dia jaga gadis itu. Kalau Mikhael tak pentingkan egonya, mungkin gadis itu tidak bakal diapa-apakan. Entah suami apalah dia ni, sampai taknak mengaku Warda itu isteri. Mungkin.. kerana itulah, orang buat sesuka hati saja pada gadis itu.

Satu keluhan kecil Mikhael lepaskan. "Ma, ada benda yang Mikha nak beritahu. Tak lama lagi, Mikha.." belum sempat Mikhael menghabis kan bicaranya, Puan Sri Fatimah terus saja mencelah.

"Kamu akan ke Singapura?" tebak wanita itu spontan.

Terkebil Mikhael apabila wanita itu dapat membaca apa yang dia mahu katakan. Dahinya sudah berkerut.
"Dari mana mama tahu?" tanyanya sudah kehairanan. Seingatnya, cuma dia dan Warda saja yang mengetahui perkara ini.

"Warda beritahu mama semuanya. Dia mengadu pada mama tentang kamu nak tinggalkan dia.." jelas wanita itu dengan senyum nipisnya.

"Dia beritahu mama?"

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now