BAB 4

48.7K 2K 59
                                    

Baru sahaja aku berura-ura mahu menuruni tangga, aku dengar pintu rumah kami diketuk dari luar. Spontan, langkahku mati.

Dalam samar-samar, aku lihat kelibat Abang Sufi mendekati pintu lalu dibukanya. Tergamam aku saat melihat kelibat Gina yang berpakaian kasual ada di sebalik pintu. Wajah nya yang nampak sedikit kesal itu terserlah.

"G-Gina?" tergagap abang menyeru nama gadis itu.

Kan aku sudah kata? Abang Sufi memang minat dengan Gina tetapi dia tidak mahu mengaku. Pfft..

"Warda ada?"suara Gina pula berganti.

"A-ada! Gina n-nak jumpa dia ke?" soalan berbalas soalan. Gagap abang Sufi masih terselit.

Aku yang mendengar perbualan mereka itu hanya diam tak berkutik.

Serentak itu, aku menghayun langkah ke bilik tidurku semula. Pintu bilikku kunci lalu aku melangkah ke katil. Punggungku labuhkan di birai katil. Aku tahu pasti tidak lama lagi, abang Sufi akan menjengah masuk mencari aku di bilik.

Kejadian pagi tadi masih segar dalam ingatan aku. Di mana, Gina bertikam lidah dengan ku dan mengatakan aku tidak faham sahabat ku sendiri? Yurp.. apa yang dia katakan itu benar-benar kejam. Tak sangka, kawan yang paling rapat denganku sanggup berkata begitu.

Gina atau nama sebenarnya Engku Regina Khairina adalah anak tunggal kepada Engku Hayqal Khairyl. Bapa nya merupakan seorang pengusaha makanan segera yang mendapat nama di serata benua Asia. Dia adalah kawan yang paling lama aku kenal berbanding yang lain dan dia juga adalah yang paling rapat denganku.

Bagi aku, Gina berbeza dengan yang lain kerana dia berlagak tak memahami aku tapi dia tahu apa yang terbaik untuk aku. Mungkin, sebab itulah aku berasa selesa bila bersahabat dengannya. Walaupun kejujuran Gina kadangkala tak dapat diterima hati dan akal ku, namun itu bukannya punca untuk kami tidak boleh berteman.

Namun, aku rasakan hubungan kami semakin tawar apabila Gina melibat kan diri dalam kokurikulum. Aku akui dia adalah pemain bola keranjang yang terbaik. Siapa yang tak bangga bila melihatkan temannya menang di setiap pertandingan? Kalau boleh, aku mahu menjadi orang yang pertama mengucapkan tahniah atas kemenangan yang dirangkulnya.

Punca bola keranjang jadi perenggang antara kami berdua? Huh.. semenjak dia terlibat dengan sukan itu, masanya untuk kami semakin terhad. Malah dalam seminggu, hanya sekali sahaja kami akan lepak bersama. Walaupun aku satu kelas dengan dia, tetapi aku langsung tak rasakan semua itu. Semuanya gara-gara latihannya itu. Hmm..

"Warda!!!" ketukan di pintu memati kan lamunanku.

Suara garau abang Sufi memecah kan keheningan yang tadinya membelenggu. Beberapa kali nama aku, abang Sufi seru namun aku langsung tak menyahut.

"Warda, Gina datang nak jumpa Warda ni!" soraknya lagi.

Aku masih membisu. Egoku yang melangit buatkan aku masih berdegil untuk tidak berganjak. Lama abang Sufi begitu sebelum akhirnya dia kalah sendiri. Aku dengar keluhan beratnya terlepas.

"Warda betul ke taknak jumpa dengan Gina?" soal lelaki itu untuk kesekian kalinya.

Jawapan masih tak ku beri.

"Okey... Kalau macam itu, abang takkan paksa Warda. You're 17 now and you should choose the best way to settle your problem." tutur abang Sufi sebelum meninggalkan aku.

Walaupun aku tak berapa nak faham sangat dengan apa yang dia cuba maksudkan, namun aku cuba untuk hadam. Problem? settle? Dia nak suruh aku selesaikan masalah aku?.. Hmm..

Apa yang Gina katakan pagi tadi, kembali berulang main dalam benak fikiranku. Akhirnya, satu keluhan berat aku lepaskan.

"Mungkin betul agaknya apa yang Gina kata. Aku ini tak pernah faham kan diorang.." ujarku sendirian.

Hmm.. betul ke?
...
Masuk sahaja ke dalam kelas, aku lihat tempat duduk di sebelah ku kosong tak berpenghuni. Hairan juga aku melihatkan suasana itu. Takkan lah Gina datang lambat kot?

Ke..

Dia marah kat aku sebab semalam? Yalah, siapa yang tak bengang kan? Punyalah jauh dia datang semata-mata nak jumpa aku tapi akhirnya.. aku pula buat keputusan taknak jumpa dia.

Dengan langkah lemah, aku susun merapati mejaku. Beg sekolah yang aku bawa, aku letakkan di bawah meja. Sempat telefon pintar yang dibawa, aku belek.

'Warda, aku betul-betul minta maaf. Hari ini, aku tak dapat nak datang sekolah.. Aku kena cuti sebab ada masalah keluarga sedikit. Aku harap kau faham.. Aku tak mengelak tau.'-Jenny.

Ketap bibir aku dibuatnya tatkala membaca pesanan whatsapp daripada Jenny itu. Haih.. kasihan. Disebabkan tidak mahu aku salah faham, dia sanggup hantar memo 'cuti sekolah' pada aku. Hmm.. kejam sangat ke aku ni?

'Tak apa. Aku tak kisah pun. Harap keluarga kau baik-baik.'-Kirim.

' ^0^.. Thanks Warda. Love you!'-Jenny.

'Love you more.♡'-kirim.

Senyumanku meniti tatkala terbaca pesanan comel daripada Jenny itu. Rasanya sudah lama kami tak bermesra begini. Kali terakhir rasanya tahun lepas. Semasa kami semua sambut ulangtahun Jenny yang ke-16. Rindu pula bila mengenang masa lalu.

Sedang leka aku membelek telefon pintarku, mataku terpaling ke arah sosok Sofia. Salah seorang pemain bola keranjang dalam kelas kami selain Gina. Yang paling buat aku terkejut apabila melihat cara jalan nya yang sedikit tempang.

Dia cedera ke? Huh.. semalam aku tengok okey aje? Siap melompat lagi itu. Pfft..

Ketika Sofia melintasi mejaku, terus aku menegur gadis itu. Nasib baiklah mejanya bersebelahan dengan meja aku dan Gina. Jadi, tak berapa susah lah nak berbual.

"Kaki kau cedera ke?" soalku mahu kan kepastian.

Kaki Sofia tak berbalut. Nampak biasa pada pemerhatian aku. Namun, cara jalannya itu yang membuktikan keadaan kakinya berada di tahap tidak baik.

Sofia mengangguk kecil. Perlahan-lahan diangkat kakinya itu lalu diletakkan di bawah meja. Raut mukanya yang berkerut membukti kan betapa peritnya kesakitan yang ditanggung.

"Aku terseliuh petang semalam. Biasalah, latihan." balasnya senada.

Tergamam aku sejenak. Petang semalam ada latihan? Habis itu, kenapa Gina datang rumah aku pula?! Dia ponteng latihan semata-mata nak jumpa aku ke?

"Hmm.. cakap fasal latihan. Kau tahu tak semalam Gina pergi mana? Kitorang call tapi dia tak angkat. Hari ini pun, aku tengok macam tak datang." tanya Sofia apabila melihat kerusi di sebelahku kosong.

Rasa bersalahku kian membuak. Haih, janganlah sebab aku.. Gina sanggup ponteng latihan?! Kenapa? Kenapa dia perlu bertindak sampai macam itu sekali?

"A-aku tak tahu. Dia pun tak beritahu aku apa-apa." balasku. Terselit getaran pada bicaraku ketika itu.

Aku dengar keluhan terlepas dari mulut Sofia. Dengar seperti resah.

"Haih, selalunya Gina itu tak macam ni. Kau tahulah kan.. Khamis depan kitorang akan ada perlawanan persahabatan dengan Sekolah Kinder John. Dengan keadaan aku macam ni, kitorang cuma bergantung harap pada Gina aje sekarang. Dia aje yang layak ganti kan tempat aku sebagai kapten tapi kalau dia selalu ponteng.. aku risau jurulatih akan buang nama dia untuk perlawanan kali ini." jelas Sofia tanpa dipinta.

Aku hanya mampu mengeluh lemah. Hmm.. betul apa yang Gina kata. Aku ni memang seorang yang penting kan diri. Aku cuma fikirkan fasal perasaan aku sampai aku langsung tak peduli dengan sekeliling. Teruknya aku.
...

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon