BAB 43

40.6K 1.5K 39
                                    

Senyuman meniti di birai bibirnya saat mengenangkan kejadian petang tadi. Saat dimana pertemuan mengejut antara Warda dan ibubapa nya. Yurp,mengenangkan itu.. timbul satu perasaan yang dia sendiri tak faham.

"Hubungan Warda dengan Mikha macam mana? Ada perkembangan?" soal mama kandung Warda sambil menikmati makanannya. Sempat matanya mengerling Warda dan Mikhael silih berganti.

Terbantut selera Warda dan Mikhael saat soalan itu menyapa. Mereka saling berpandangan sebelum tatapan dihadapkan ke arah wanita itu.

"Sufi tengok abang Mikha okay aje dengan Warda. Layan pun baik.." celah Sufi. Bukan dia tak tahu situsi yang sebenar di sekolah.

Khabar angin tentang Mikhael dan Laura sempat menghebohkan sekolah Orhan Hills. Bukan setakat pelajar tingkatan lima ke bawah saja yang tahu malah tingkatan enam atas juga turut mendengar khabar heboh itu. Kerana itulah, dia izinkan Warda tinggal dengannya semasa khabar itu masih menghangat..

Namun, syukur berita itu akhirnya mulai mereda selepas pengakuan yang dibuat oleh Mikhael tentang status dirinya. Harapnya, pengakuan itu dapat menghentikan khabar angin lain pula. Harapnya lah..

"Betul ke apa yang Sufi kata itu, Warda?" soalan Puan Sri Adila pula menyapa halwa.

Warda sudah ketap bibir. Kunyahannya yang tadi kencang berubah perlahan. Angguk atau geleng.. dia tak tahu mahu putuskan yang mana satu.

"Betul apa yang abang Sufi kata itu. Abang Mikha layan Warda baik. Dia okay. Kat sekolah pun, dia tolong Warda." ujar Warda sedikit tulus. Yurp, Mikhael dah tak buat perangai budaknya lagi. Hahah!!

"Baguslah kalau macam itu. Suka mama dengar." balas mama Warda. Nampak kelegaannya di situ.

Warda tarik senyum. Kembali dia mencicipi kudapan yang tertangguh tadi. Sesekali matanya melirik ke arah Mikhael di sebelah. Lelaki itu masih diam.

Seperti mahu memberi Warda peluang untuk terus menjawab.

"Papa dengar kamu tinggal dengan Mikha sekarang. Semua baik-baik saja kan?" soal Tan Sri Ridhwan pula. Mahu tahu lebih dalam lagi.

"Erm.. War.." belum sempat gadis itu membalas, Mikhael pantas mencelah.

"Kami baik-baik saja. Rasanya keputusan tinggal satu rumah itu, makin rapatkan hubungan kami lagi." sahut Mikhael senada.Senyum nipis nya diberi.

Puan Sri Athirah sekadar mengangguk kepala. Wajah Warda di sebelah Mikhael dipandangnya. "Jadi, kamu masih nak tinggal dengan Mikha atau nak tinggal dengan kami?" soal wanita itu sudah jongket kening.

Tergamam Warda dibuatnya. Laju pandangannya disuakan pada mama kandungnya itu. Kalau ikutkan hatinya kini. Mahu saja dia pilih untuk tinggal dengan ibubapanya semula namun.. entah kenapa, jiwanya pula berbisik untuk terus menetap bersama Mikhael. Dia sudah berbelah bahagi.

"Mama Dila rasa, kamu terus ajelah tinggal dengan Mikha. Tempat isteri memang sepatutnya dengan suami kan?" cadang Puan Sri Adila. Wanita itu nampak bersungguh.

Warda sudah diam membisu. Ligat dia mempertimbangkan dua pilihan itu. Baik buruknya dibahagi satu persatu. Mikhael di sebelah turut sama menanti jawapan.

Akhirnya, satu keluhan kecil Warda lepaskan. Wajah mama dan papanya dipandang dengan senyuman nipis yang melingkar.

"Warda rasa Warda nak tinggal dengan abang Mikha. Betul cakap mama Dila, tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Lagipun, Warda taknak biar kan abang Mikha sendiri. Warda kan isteri dia.." jawapan Warda berjaya buatkan di situ tergamam.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now