BAB 19

38K 1.6K 57
                                    

"Ma, boleh tak kalau kita jangan teruskan perkahwinan ni. Warda dah fikir masak-masak dan Warda masih tak sedia lagi nak jadi isteri orang." luahku.

Mama yang ketika itu sedang sibuk mengemas kebun bunganya sudah berpaling hairan padaku. Terus kerjanya ditunda lalu dia bercekak pinggang.

"Kenapa tiba-tiba kamu kata macam itu pula? Warda, kamu jangan nak mengada. Majlis itu esok dan kamu cakap kamu tak nak pula?" nada mama sudah bertegas.

Aku kacip gigi. Pandanganku ditunduk kan ke bawah. Kecut perut aku bila bertentang dengan mata garang mama itu.

Yurp, mestilah mama marahkan? Waktu itu kata, nak berserah untuk terima namun sekarang mengada minta taknak teruskan. Hmm.. apalah kau nakkan sebenarnya Warda?

Majlis pernikahan kami akan diadakan pada esok hari. Acaranya dibuat serba ringkas memandangkan semua ini datang mengejut. Bertunang pun mengejut, nak menikah pun mengejut. Lepas sahaja mama dan papa pulang, baru majlis persandingan akan dibuat secara besar-besaran. Erk?

Apabila melihat aku diam membisu. Mama sudah mengeluh lemah. Gunting kecil yang berada dalam tangannya diletakkan di atas meja yang tersedia di taman lalu bangku di sebelahku didudukinya.

Bahuku dipeluknya. Aku terus alihkan pandanganku ke arahnya.

"Kenapa ni? Cuba kamu ceritakan pada mama.." pujuk mama. Nadanya lembut saja.

Aku masih diam. Takkan mungkin aku mahu menjaja cerita fasal perbincangan antara aku dan abang Mikhael semalam. Perbincangan yang buat aku rasa sebal hati pada abang Mikhael.

"Hmm.. tak ada apa-apalah. Warda tak apa-apa." aku pilih untuk berbohong.

Mama pandang aku sejenak. Tangan nya dialihkan menggenggam tanganku . Aku pula biarkan.

"Mama faham benda ini sukar untuk kamu tapi mama dan papa buat semua ini sebab kami sayang kamu. Kami nak kamu selamat. Sejak kecil lagi, Mikhael ada selalu untuk kamu. Waktu kamu sakit, kamu luka, kamu menangis.. dia yang ada untuk kamu. Sebab itu, mama yakin yang dia akan lindungi kamu."

Hmm.. mama pun fikir aku perlukan abang Mikhael untuk jaga aku. Lemah sangat ke aku ni sampai semua orang fikir aku perlukan lelaki itu untuk terus selamat?

Terus aku beralih dari sofa ke katil. Tubuh langsingku baringkan lalu siling putih bilikku,aku renung. Hmm.. aku masih terus dibayangi dengan apa yang abang Mikhael sebutkan.

'Bukan ke itu sebabnya diorang satukan kita? Sebab diorang risau akan jadi sesuatu pada Warda. Sejak kecil sampai sekarang, Warda akan selalu menangis kalau ada apa-apa jadi. Thats the reason, I always care about you as my sister.'

Suatu bicara yang amat menghina Warda Zafira. Dia bercakap seperti aku ni lemah sepanjang masa. Hmm.. tiba-tiba pula aku rasa memyesal tentang zaman kecil aku. Yurp, menyesal sebab bergantung harap pada lelaki itu.

"Huh, serabut!" keluhku kasar.

Tidak mahu terus menerus dihantui oleh fikiran itu, telefon pintarku belek. Laman instagram aku buka. Setiap satu persatu akaun milik selebriti dan juga teman sekolahku tilik. Mungkin dapat hilangkan ingatan aku pada abang Mikhael buat sementara waktu.

Lama aku belek laman sosial itu namun perasaanku masih tak keruan. Aku sudah gigit bibir. Aku diam sambil tanganku perlahan-lahan menekan satu persatu papan kekunci. Nama akaun milik abang Mikhael aku eja di laman carian.

_Mikhx.YiL

Jelas terpampang akaun peribadi milik abang Mikhael. Terus mataku tertancap pada gambar yang baru sahaja diupload satu jam yang lalu.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ