BAB 1

76.3K 2.4K 86
                                    

Kring!!!!

Subjek Bahasa Melayu yang diajar oleh Puan Adibah akhirnya tiba ke penghujungnya untuk hari ini. Keluar sahaja wanita itu dari kelas, semua pelajar juga turut mengikut jejak langkahnya. Come on lah, waktu rehat kot! Siapa aje yang tak nak keluar?

Ermm.. maybe aku tak kot. Hari ini mood rehat aku tersangatlah ke laut. Semuanya gara-gara 'pakcik pengawas' itu. Dia fikir dia siapa boleh denda aku? Dia ingat dengan jawatan ketua pengawas, dia boleh hukum anak ketua PIBG sesuka hati? Huh.. nampaknya, dia memang silap besar!

Kerana terlalu geram, aku menunda kan niatku untuk membersihkan meja belajarku. Suasana kosong dalam bilik darjah sedikit sebanyak memberi ketenangan dalam kepala ku.

Sempat mataku alihkan ke luar tingkap. Memandangkan kelas aku berada di tingkat paling atas jadi ia menyenangkan aku untuk melihat gelagar warga sekolah di bawah. Kantin yang terletak tidak jauh dari blok, aku perhatikan. Kelakar pula tengok saiz manusia yang kecil ini. Comel!

Setelah itu, aku alihkan pandangan ku ke arah blok Anggerik yang terletak tidak jauh dari hadapan blok pula. Blok itu juga dikenali sebagai blok pentadbiran memandangkan pejabat guru besar dan juga bilik guru terdapat di situ. Sempat mata aku lihat pada bilik guru.

Satu keluhan aku lepaskan bila lihat kelibat guru bahasa inggerisku melintas di koridor blok itu. Hmm.. entah bilalah Puan Tirah itu nak bersalin. Perut dah membuncit tapi.. still semangat nak mengajar orang. Huh!! And.. itu menyesakkan aku.

Setiap kali subjek Bahasa Inggeris menjengah, aku akan cuba cari cara untuk tidak masuk kelas. Kadang, aku pergi tandas sampai berjam-jam. Takpun, pura-pura tak datang padahal sembunyi kat bilik alatan muzik. Itu sahajalah caranya untuk aku mengelak daripada bertemu subjek 'pembunuh' itu. Menyampah!

Aku sudah tayang muka tak semangat. Haih.. entah apa pulalah taktik aku hari ini agar dapat melolos kan diri?

Pura-pura sakit pula ke?

Sedang mataku melilau memandang bilik guru, tak semena pandangan ku teralih ke arah dua sosok tubuh yang baru keluar dari pejabat guru besar. Seorang guru lelaki dan juga seorang pelajar lelaki. Guru lelaki itu pula adalah guru kelasku.. Encik Haizam. Dahiku sudah berkerut seribu.

Kenapa dia bersama pelajar lelaki itu pula. Aku cuba kecilkan mata ku bagi melihat jelas sosok tubuh lelaki itu. Dari beg dan juga cara jalannya, aku tahu dia bukan kawan sekelas aku. Hmm, yalah.. siapa aje budak dalam kelas aku ni suka rambut sikat tepi.

Nerdy tak pernah wujud dalam kelas aku. Yurp, hampir kesemua pelajar lelaki kelas ni adalah lelaki bajet hotstuff. Rambut diwarnakan itu ini. Jambul kalau tak tinggi memang tak sah. Ingat tampan ke?

Aku sudah berkerut sendiri. Budak baru ke?

"Woi!!!"

Terjahan di bahu itu buatkan aku hampir sahaja melatah meraban namun sempat Laura menutup mulut ku. Gelaknya sudah mengekek. Tak guna!!! Dia kenakan aku!

"Kau ni, apahal? Main kejut-kejut pula! Sakit jantung aku tahu tak?" aduku masih mengurut dada.

Tawa yang masih belum reda dia teruskan. Suka benar lagaknya itu dapat mengenakan aku. Siap bertepuk tampar lagi itu.

Haih.. sabar ajelah, Warda.

"Ha, gelaklah puas-puas. Kalau dah habis ketawa itu, mohon berambus awal." halauku sambil mataku kembali alihkan ke arah blok Anggerik.

Tiba-tiba pula teringat fasal pelajar lelaki itu.

Hampa. Kelibat cikgu Haizam mahu pun pelajar lelaki itu tidak kelihatan. Huh?! Aku rasa kecewa sekejap. Mana taknya, terlepas jodoh depan mata.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now