BAB 32

38.5K 1.4K 8
                                    

Pagi sabtu merupakan pagi buatku untuk berehat setelah lima hari berturut-turut menghadap buku dan kelas. Selesai saja membersihkan diri pagi itu, terus aku melangkah keluar dari bilik.

Sempat, aku berpaling ke ruang tamu. Di atas meja masih bersepah dengan buku para pelajar namun kelibat abang Mikhael tidak kelihatan. Mungkin dia masih di bilik tidur membuat tahi mata, dugaku. Huh, malas nak kisah..

Dia tak kisah fasal hati dan perasaan ku jadi, buat apa aku nak kena kisah fasal hidup dia? Dia ingat dia seorang aje boleh buat tak peduli? Aku pun bolehlah!!

"Siapa Rina ni?" soalku dengan riak tanpa perasaan. Gambar yang aku jumpa tengahari tadi, aku tunjukkan pada lelaki itu.

Abang Mikhael yang sedang ralit membuat kerjanya terus berhenti. Wajahnya berpaling padaku. Jelas terlihat riak terkejut di wajahnya tatkala melihat gambar 'gadis pujaan'nya itu kini jatuh dalam tanganku. Huh, terkejut?!

"Mana Warda dapat gambar itu?" soal nya sudah berkerut dahi.

Aku diam tak menjawab. Senyum peritku terlukis. Mataku tak lepas dari memandang wajah abang Mikhael. Entah kenapa, birai mataku terasa panas. Nak menangis tapi malu. Yurp, malu.. takut dia panggil aku cengeng.

"Mana Warda dapat gambar ni tak penting. Cuma, Warda nak tahu. Perempuan yang ada dalam gambar ni, siapa? Apa kaitan dia dengan abang?" soalku untuk kesekian kalinya.

Abang Mikhael diam tak membalas. Dia angkat punggungnya lalu mengatur langkah perlahan mendekati ku. Wajah kagetnya berubah tanpa perasaan..

"Dia bekas kekasih abang.." jawabnya selamba. Tak bersalah dan macam tak kisah.

Aku tergamam di situ. Tak sangka, dia akan jawab sejujur itu. Aku cuba untuk ukir senyum sinis namun tak sangka senyum yang terukir kini, terasa sakit. Sangat pedih..

Gambar perempuan itu, aku berikan pada abang Mikhael yang sudah berdiri di hadapanku. Dia nampak kaget dengan tindakan aku itu. Dia tak menyambut huluranku itu..

"Kenapa abang taknak ambil? Ini milik abang.." ujarku dalam nada lirih. Senyum pedihku masih terukir.

Dia jelas termangu dengan tindakanku itu. Mungkin, tak sangka.. aku akan spontan berikan gambar gadis pujaan nya itu tanpa marah atau cela. Perlahan-lahan, gambar itu bertukar tangan.

"Kalau abang tak suka Warda, kenapa abang setuju kahwin dengan Warda? Kalau abang tak pernah cintakan Warda, kenapa abang rela ambil Warda jadi isteri abang?" soalanku terhambur saat gambar itu dipegangnya.

Kerana tak mampu menahan, akhirnya air mataku menitis. Sakit bila diperlakukan sebegitu rupa oleh orang yang sangat aku sayang..yurp, tersangat sayang..

Hanya dia saja lelaki yang tak pernah lepas dari ingatanku. Dalam diam, kenangan antara aku dan dia tak pernah luput dari ingatan. Dulu, dia lindung aku tetapi sekarang.. kenapa dia menjadi luka pada hati aku? Kenapa dia buat aku macam ni? Mana hilangnya rasa sayang dia pada aku? Mana hilangnya, kasih dia bila aku menangis.

Bila lihat aku menangis depan mata, abang Mikhael hanya pandang. Dia diam tak bersuara sebelum satu keluhan dia lepaskan.

"Maafkan abang, sudahlah.. jangan menangis." pujuknya.

Yurp, pujukan yang sama seperti dulu. Pujukan yang dia berikan bila lihat air mataku menitia dari celah mata.

Bau hangus hotdog yang aku masak terus menyedarkan aku dari lamunanku. Terkocoh-kocoh aku menutup api bila lihat ada asap hitam datang dari frypan yang aku gunakan. Haih, habislah sarapan aku pagi ni!

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ