BAB 62

54K 1.7K 64
                                    

Nampak sahaja kereta BMW milik abang Mikhael terparkir di luar kawasan sekolah, terus langkahku tuju ke arah kereta tersebut. Kelihatan dia sedang menunggu aku di luar pintu. Senyumanku melirik memandangnya.

"How? Jawab paper okay tak?"soal abang Mikhael sedikit risau.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Senyumanku masih meniti menandakan paper Fizik yang aku jawab tadi tersangatlah senangnya. Ehem, bagai kacang digoreng-goreng!

Hanya tinggal dua paper lagi dan aku akan meninggalkan zaman sekolah menengahku. Yurp, pejam celik pejam celik sudah lapan subjek SPM yang aku duduki dan hanya tinggal menghitung hari untuk menjadi bekas pelajar Orhan Hills. Sebak. Ya, itu apa yang aku rasakan sekarang.

Hala tuju aku selepas ni? Aku sendiri pun tak tahulah. Kerap kali, abang Mikhael bincangkan tajuk itu dengan ku. Dia tak mahu lihat aku habis sekolah dan selepas itu jadi surirumah sepenuh masa. Erm, baru terfikir nak jadi surirumah tapi dia melarang.

Katanya, dia mahu aku ambil peluang untuk mempelopori minatku dan dia rasakan peluang aku cerah untuk teruskan pengajianku. Sungguh, aku terharu kerana lelaki itu selalu menyokong minatku. Aku pernah beritahu abang Mikhael tentang minatku yang mendalam dalam fashion dan dia tanpa membangkang terus menyokong.

Aku pernahlah juga tunjuk pada dia hasil lukisan aku dan dia puji. Hmm.. dia berikan aku semangat. Kata nya lepas saja habis SPM, dia akan tolong aku untuk ambil diploma di luar negara. Dia pun pernah kata mahu aku belajar di universiti yang dia belajar semasa dia di UK dulu. Haih.. seronok aku dibuatnya.

"Jom. Hari ini, abang nak bawa Warda makan-makan."beritahunya sudah berura-ura mahu masuk ke dalam kereta.

Aku juga turut melangkah mahu masuk ke dalam kereta. "Baru dapat gajilah itu. Ahaha.. sebab itu rajin belanja Warda kan?"tebakku sengaja menyakatnya.

Lelaki itu tarik sengih. Rasanya apa yang aku tebak, benar belaka.

"That's true, my dear. Warda cakap aje ke mana, Warda nak pergi. Abang akan ikut aje." soalnya sambil pasang tali keledar ke tubuhnya. Sebagai keselamatan diri dalam kereta. Wajah aku yang duduk di sebelahnya dipandang.

Aku sudah garu dagu sambil mataku melilau memikirkan tempat makan yang seronok untuk dating bersama si suami.

Sedang aku leka berfikir, tak semena aku rasakan tubuhku terasa panas. Perutku juga rasa tak selesa manakala tekakku pula terasa loya. Kepala yang diterpa rasa pening, aku urut. Terus tubuhku aku sandar. Hmm.. kenapa ni?

Abang Mikhael sudah tayang muka risau bila lihat senyum terujaku tadi pudar. "Kenapa ni, Warda? Are you okay?"soal Mikhael sudah resah.

Aku ketap bibir. "Warda rasa tak sihat badanlah, bang. Tiba-tiba rasa nak muntah."rungutku sambil mengurut leher yang terasa payau.

"Salah makan ke?"lelaki itu masih bertanya.

Aku geleng kepala. "Warda pun tak tahulah. Erm.. kita baliklah, bang. Rasa tak sedap badan ni." rintihku sambil menekan perutku.

Lelaki itu diam sejenak sebelum satu keluhan lemah dia lepaskan. "Kita pergi klinik sekejap. Ini salah makan ni." tebak Abang Mikhael.

Aku tak membalas. Masih melayan sakit yang tiba-tiba saja menjengah. Terjeluak aku sepanjang perjalanan. Haih, tak pernah-pernah pun aku macam ni.

Tiba-tiba pula hari ini badan buat hal!
...
"Aih, seronok mama Dila dengar!!" sorak Puan Sri Adila sambil terlonjak-lonjak senang. Dia dengan mama aku sama saja. Lagi budak daripada budak.

Mama pun terloncat macam itu juga bila dapat tahu yang aku mengandung. Katanya, dia tak sabar nak timang cucu. Bila dah dapat tahu fasal itu, mama terus call Puan Sri Adila untuk datang ke rumah. Alamatnya sekarang, riuh satu rumah gara-gara laungan dan jeritan bersatu dari para wanita yang bakal bergelar nenek tak lama lagi.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now