BAB 33

39.1K 1.5K 33
                                    

Pakaianku susun dalam wardrobe yang terdapat di bilik abang Mikhael. Satu wardrobe miliknya dan satu lagi wardrobe untukku. Aku rapikan apa yang patut. Tak mahu nampak serabut dan bersepah.

Abang Mikhael masih duduk menyepi di birai katil. Matanya tak berhenti dari meralit aku yang sedang sibuk melipat pakaianku lalu pandangannya dialihkan keluar jendela yang sedikit terbuka. Mungkin sedang memikirkan cara untuk selamatkan diri sendiri. Mungkin?!

Disebabkan mama Dila, kami terpaksa tinggal sebilik. Wanit itu perhatikan saja aku membawa masuk barangku ke dalam bilik abang Mikhael. Muka garangnya masih bertayang. Nampak tegas dan menggerunkan.

Jauh beza dengan mama Dila yang aku kenal. Hmm.. serupa sangat dengan mama aku.

"Ha, jangan depan mama aje tidur sebilik. Mama akan datang lagi dan kalau mama nampak kamu tak tidur bersama.. mama akan suruh kamu berdua tinggal rumah mama semula!" sekali lagi amarannya itu dibagi. Sekali dengan sebuah ugutan.

Jadi, itulah alkisahnya kenapa aku boleh menumpang dalam bilik abang Mikhael. Entah kenapa, wanita itu teringin sangat nak tengok aku tidur sebilik dengan abang Mikhael. Sebilik tak semestinya sekatil. Betul tak?

"Kenapa tadi Warda tak beritahu perkara yang sebenar?" suara garau itu mencelah kesepian yang sedari tadi menumpang antara kami.

Aku yang tadinya melipat pakaian terus berhenti. Kepalaku pusingkan pada abang Mikhael. Dahiku berkerut.

"Perkara yang mana satu?" soalku masih tak dapat menangkap bicara nya.

Satu keluhan kecil dia hela sebelum pandangannya dialihkan pada aku. Mata kami bertemu. Untuk kali pertama, dia tak mengelak. Nampak layu pandangannya itu.

"Fasal kita. Fasal layanan abang pada Warda semenjak kita kahwin." sebutnya, menjelaskan perkara itu dengan lebih terperinci.

Aku ketap bibir. Hmm.. aku ingatkan abang Mikhael tak sedar semua itu namun nampaknya aku silap. Dia lebih dari sedar, malah dia juga tahu apa yang dia buat itu salah.

Jadi, kalau tahu salah.. kenapa masih teruskan? Kenapa masih buat benda yang tak patut?!

"Kalau Warda beritahu perkara yang sebenar, abang akan kena marah." jujur jawapan aku bagi.

Dia nampak terkedu namun tak lama lepas itu senyum nipisnya terukir.

"Abang tak kisahpun kalau kena marah. Mungkin, kalau Warda ceritakan perkara yang sebenar.. mama takkan paksa kita. Maybe, diorang akan.. hmm, nothing."bicara nya tergantung.

Aku cuba hadam apa yang abang Mikhael katakan. Walaupun tadi dia cakap 'nothing'  but aku masih tak puas hati. Akan apa? Akan pisahkan kami? Akan suruh kami bercerai?.. Fikiran kolotku menjengah.

Abang Mikhael sudah berpaling ke tempat lain. Kembali, suasana sepi bertandang. Aku pula masih tak lepas dari memandang raut wajah nya yang nampak selamba itu.

"Abang bencikan Warda ke?" soalan yang tak terlintas dek fikiran, aku ajukan.

Soalanku mendapat perhatian abang Mikhael. Tersentak juga dia bila soalan itu menyergah dirinya. Mataku dicarinya.

"Kenapa Warda tanya soalan macam itu?"soalan berbalas soalan. Jelas, dia termangu.

Aku ketap bibir. Akhirnya, aku berdiri dari dudukku lalu aku datang mendekatinya. Abang Mikhael masih perhatikan gelagatku. Perlahan-lahan, aku mengambil tempat di birai katil. Bersebelahannya..

"Warda cuma tertanya. Abang macam tak sudi nak pandang Warda, abang sakitkan hati Warda dan abang pun.. macam tak peduli dengan Warda. Abang berubah. Abang tak sama macam dulu.." luah ku. Entah kenapa, tiba-tiba saja aku terbawa emosi.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora