BAB 46

41.4K 1.4K 30
                                    

Hari ini aku terlebih rajin nak membantu cikgu Yurina menghantar buku pelajar kelasku ke mejanya. Mood tiba-tiba baik pula hari ini. Al- maklumlah, hari ini abang Mikhael itu puji karangan aku dalam kelas. Siapa aje yang tak kembang semangkuk.

Selama ini, orang ingat aku paling teruk dan takkan dapat berubah. Namun, dengan hasil usaha aku sekalgus didikan berguna abang Mikhael, akhirnya karangan aku yang selama ini menjadi bahan caci dan ejekan akhirnya mendapat pujian daripada si guru bahasa inggerisku, sir Mikhael!!!

"Warda, please come here. There're something that I want to talk to you. About your writing.." tegang saja nada abang Mikhael memandang ke arahku.

Aku sudah telan liur. Pelajar lain sudah pandang dengan pelbagai reaksi ke arahku. Kebanyakannya sudah tayang sengih seperti dapat menebak apa yang bakal jadi seterusnya. Pastinya, karangan yang aku tulis itu bakal mendapat kritikan pedas daripada sir Mikhael..

Perlahan-lahan, aku bangun dari duduk ku lalu langkahku atur merapati abang Mikhael yang sedang duduk di mejanya. Lelaki itu pula tayang wajah tanpa reaksi. Senyum pun tak ada, marah pun tak ada. Alahai, seriousnya dia bila jadi guru..

"Yes sir? Erm.. why? Is that many error in my writting sir?!" soalku setibanya di hadapan meja tempat dia duduk.

Muka kelatku suakan. Rasa risauku kian mengusik dada. Hmm.. janganlah kena marah lagi. Haih.. Kalau dia marah, aku taknak kawan dengan dia. Serious!!!

Dia diam sejenak sebelum senyum pendeknya meniti. Buku karanganku yang berada dalam tangannya diserah kan kepadaku. Terserlah rasa bangga nya di situ.

"Saya rasa bangga sangat pada awak sebab awak buktikan yang awak juga boleh jadi sebagus kawan awak yang lain. I hope you will maintain your performance in this subject, Warda. I really proud of you.." spontan tepukan kecil abang Mikhael berikan sebagai pembangkit semangat untukku.

Melebar senyumanku tatkala mendengar pujianku itu. Yang lain sudah pandang semacam pada aku. Mungkin mereka juga tak sangka yang pujian bakal mengiringiku pagi itu. Hmm.. yurp, tak semua orang bakal berada di bawah. Dengan usaha dan berkat, InsyaAllah kegagalan akan berubah menjadi kejayaan. Bukti? Karangan yang selama ini sering mendapat nilai bawah 30 akhirnya mendadak naik ke angka 79..

Siapa aje yang tak gembira kalau macam itu?

Erm, wait.. Ini bukan konspirasi laki bini. Abang Mikhael bagi markah tinggi bukan sebab aku dah berbaik dengan dia.. lelaki itu bagi markah sebab dia sukakan usaha aku untuk bagus dalam subjek yang diajarnya. Yurp, lepas ni aku nak jadi isteri bergred A untuknya. Pfft.. semangat..

Baru sahaja aku mahu memanjat tangga, aku rasakan ada tangan kasar yang mencengkam lenganku. Tubuhku ditariknya lalu dibawa ke belakang tangga yang sedikit tersorok.

Aku yang terkejut dengan tindakan itu terus mendongak memandang lelaki berbaju pengawas itu. Tergamam aku saat melihat Syed Haris ada depan mataku kini. Wajah bengisnya ditayang..

"Apa kau buat ni?? Lepaslah!" aku meronta berkali. Namun, makin kejam pegangannya pada lengan bajuku.

Senyum sinisnya terukir. "Aku bagi kau peluang terakhir, Warda. Tolong ubah perasaan kau.. kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau. Kenapa kau buat aku macam ni?" soalannya berjaya buatkan rasa pelikku menerpa.

Ini bukan Syed Haris yang aku kenal selama ini. Memang, perangainya teruk tapi tak seteruk kali ini. Gelagat nya itu seakan terdesak dan.. tak waras. Tunggu aku?! Huh.. apa maksud dia?!

"Apa kau nak ni ha?!! Lepaslah Syed!! Aku kata lepaslah..!!" rontaku masih cuba untuk meloloskan diri daripada berada bawah tangannya.

"Aku takkan biarkan kau jadi milik dia, Warda!!! Aku ada untuk kau. Aku hanya untuk kau.. kau tak sedar ke, semua itu?!" ayat gila itu kembali diulangnya.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now