BAB 52

41.9K 1.6K 100
                                    

Senyumanku melirik setiap kali mata aku dan abang Mikhael bertemu. Haih, tak fasal-fasal apa yang dibacanya di hadapan bagaikan masuk ikut telinga kanan, keluar ikut telinga kiri. Haha.. ini rupanya perasaan bila jatuh cinta. Mata ini tak pernah nak lepas dari pandang si dia.

Dia juga kadang terkerling-kerling aku di belakang sambil senyum pendeknya terukir. Kalau gatal aku itu dah datang, sempatlah juga aku kerlip mata ke arahnya. Ehehe.. kau fikir sweet ke, Warda?!

"Weiyh, weiyh.." sergahan kecil daripada Gina buatkan pandanganku yang tadinya bertapa pada wajah abang Mikhael terus beralih ke arah Gina di sebelah.

"Apa?" soalku sedikit naik nada. Nasib baik tak termarah.

"Kau perasan tak yang hari ini, sir Mikhael itu nampak gembira daripada biasa. Terlebih semangat daripada minggu lepas.." ujar Gina sudah meluahkan apa yang mengganggu fikirannya ketika ini.

Aku sekadar mencebik. Terus aku alihkan pandanganku pada abang Mikhael yang sedang mengajar di depan.  Haih, taknak terlepas seminit pun pandang muka dia..

"Tak. Aku tak nampak pun." acuhku menjawab.

"Hmm.. kau tak nampak ke? Entah lah, perasaan aku aje kot. " ujar Gina turut sama menepis apa yang difikir nya tadi.

Aku sekadar angguk kepala mengiakan pendapatnya itu. "Ya. Cuma perasaan kau aje tu." sahutku.

Walaupun kenyataannya, aku turut bersetuju pada pendapat Gina itu. Abang Mikhael jelas bahagia hari ini. Semangatnya juga terserlah pada mataku malah mungkin pelajar lain juga turut perasan akan hal itu.

Semalam, kami berbulan madu untuk sehari. Tak terbang luar negara pun.. cukup sekadar berjalan di sekitar Kuala Lumpur saja. Kebanyakan tempat yang kami pergi pastinya mengimbau kenangan semasa kami kecil dulu..

"Taman nilah kan tempat pertama Warda naik basikal dulu?" soalnya. Tangannya masih tak lepas dari menggenggam tanganku.

Laju aku anggukkan kepala. Sempat flora dan fauna di sekitar taman itu aku pandang. Masih sama seperti dahulu auranya namun masanya jelas berbeza.

Inilah tempat kali pertama aku cuba menunggang basikal. Waktu itu papa dan mama abang Mikhael ajak aku, abang Sufi dan abang Mikhael ke taman ini. Awalnya, sekadar bersiar-siar namun tiba-tiba pula abang Sufi ajak abang Mikhael main basikal. Aku yang kononnya waktu itu rasa terpinggir terus sahut cabaran untuk menunggang basikal.

Seumur hidup aku, aku tak pernah tunggang basikal. Bila tengok abang Sufi dan abang Mikhael naik basikal dua roda, aku pun nak juga. Kononnya nak tunjuk aku hebatlah pda abang Mikhael. Baru nak tunggang, basikal terus jatuh hempap aku. Haha.. menangislah juga aku waktu itu dan.. siapa aje lagi yang akan pujuk aku melainkan abang Mikhael. Cuma dia aje yang mampu buat aku terpujuk. Ehemm.!

"Apa kata, hari ini biar abang bawa Warda round satu taman ni dengan basikal. Nak tak?" cadangnya sedikit teruja.

Aku alih pandang pada dia. Dahiku berkerut. "Abang serius ke nak bawa Warda. I'm fatty, you know?!" ujarku sambil tayang badan.

Mengekek lelaki itu ketawa. Terus pinggang aku dipautnya lalu ditarik ke arah kedai basikal berdekatan. "You're not fatty, my girl.. you're chubby and i like it." balasnya sengaja mahu mencairkan hati aku.

And, yurp.. aku cair. Sumpah cair..!!

Semalam, aku memnag habiskan masa aku bersamanya. Naik basikal bersama, tengok wayang.. jalan-jalan persis orang yang keluar dating tapi hubungan ni halal. And.. aku seronok keluar sebagai seorang isteri kepada abang Mikhael.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now