BAB 40

43.3K 1.5K 47
                                    

Tubuh yang terasa longlai dibawanya ke sofa. Entah kenapa, malam ini dia terasa lebih penat daripada malam-malam yang lain. Bukan setakat fizikalnya saja yang merasa lelah malah emosinya juga turut merasakan benda yang sama.

Bungkusan makanan yang dibawa nya diletakkan di atas meja kopi. Kepalanya dilentokkan ke badan sofa sambil tangannya pula rajin mengurut pelipis mata yang terasa berat. Kejadian yang berlaku sebentar tadi berjaya buatkan fikiran Mikhael Ahmad menjadi serabut. Sungguh, bukan pertemuan sebegini yang dia mahukan dengan gadis itu.

Setelah hampir beberapa tahun, dia menanti gadis itu akhirnya Tuhan beri juga dia peluang untuk menemui nya. Namun, bukan lagi dalam keadaan yang sama seperti dulu, keadaan di mana dia boleh bebas memikirkan untuk mendapatkan gadis itu. Kali ini, keadaannya sedikit terbatas.

"Saya nak pesan satu maggi goreng mamak telur mata."pesan Mikhael tatkala lelaki berketurunan India itu datang mendekatinya.

Setelah membuat pesanan, matanya terus dialihkan ke arah televisyen yang menyiarkan rancangan perlawanan bola larut malam. Sesekali, milo ais yang dipesannya tadi dihirup perlahan. Yurp, lelaki dan bola berpisah tiada.

Inilah satu-satunya cara Mikhael menghilangkan rasa bosannya. Gila tak stress menghadap buku budak dua puluh empat jam?! Kadang kalau dia ada masa terluang, dia akan lepak di kedai mamak bersama rakan-rakannya namun memandangkan malam ini dia langsung tak berniat nak lepak sampai ke dua tiga pagi.. jadi, Mikhael lepak seorang. Lagipun, Karim dan yang lain bukan ada kat KL pun. Jadi, siapa dia nak ajak lepak?

Sedang leka Mikhael menonton siaran, dia rasakan ada tangan kecil yang memukul lututnya yang terdedah. Terkejut Mikhael dibuatnya. Terus dialihkan perhatiannya sebentar ke arah sosok misteri tersebut.

Tergamam dia saat melihat ada anak kecil sedang memukul-mukul lututnya berkali. Kiri kanan dipandangnya. Aih, anak siapa pula ni? Dia sudah bersoal sendiri.

Tangan budak itu yang sedari tadi ligat menampar kakinya cuba ditepis lembut. Geram sangat kot tengok lutut nya yang seksi itu.. erm?!

"Adik cari siapa ni? Mana mama, papa?" soal Mikhael sudah jongket kening.

Sempat wajah budak lelaki berusia antara tiga empat tahun itu diamatinya. Entah kenapa, melihatkan wajah itu.. dia teringat pada seseorang. Lagi-lagi bila pandangan nya tertancap pada kedua lesung pipit yang tercipta tatkala kanak-kanak comel itu senyum.

Bila lihat budak itu langsung tak peduli pada soalannya. Mikhael kembali bertanya lagi. Haih.. ni yang susah ni nak deal dengan budak. Harap mengerti.

"Mama adik.." belum sempat dia mengulang soalan.

Dia rasakan ada jasad yang menerjah ke arahnya. Tergamam dia tatkala melihat sosok wanita yang sudah resah mendapatkan anak kecil itu. Wajah risaunya jelas terpampang sambil berkali-kali dia mengucap panjang. Mungkin anak kecil itu hilang dari radarnya mungkin.

"Sayang, apa mama cakap! Jangan main jauh-jauh. Hmm... nasib baik jumpa!!!" leternya sambil ubun kepala budak kecil itu dibelainya.

"Rina..?!"
Seruan itu berjaya mengalihkan perhatian gadis tadi ke arah Mikhael. Gadis itu turut sama tergamam tatkala melihat kelibat Mikhael dihadapannya. Matanya buntang.

"Mikha? Y-you buat apa kat sini?" tergagap gadis itu melontarkan soalannya.

Mikhael diam untuk sejenak. Sempat matanya beralih ke arah kanak-kanak yang berada dalam kendongan Rina. Otaknya mencernakan kesimpulan.

"Ini anak you ke?" soalan berbalas soalan. Pertanyaan Rina tadi dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Gadis itu ketap bibir. Sempat ubun rambut anak lelaki itu diusapnya lembut sebelum sebuah anggukan dia berikan. Jelas raut bersalahnya bermain di wajah.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now