BAB 42

40.4K 1.7K 47
                                    

Memandangkan hari ini sekolah kami cuti sempena Hari Wesak jadi tiada persekolahan untuk satu hari. Yeah!!! Apalagi indah daripada itu apabila bergelar seorang pelajar kan? Hmm.. tiba-tiba pula rasa sedih bila mengenangkan tahun ini bakal menjadi tahun terakhir aku di sekolah.

SPM bakal menjelang beberapa bulan lagi. Itu bermakna, hanya tinggal beberapa bulan saja lagi.. aku bakal menikmati hari-hariku sebagai pelajar sekolah sebelum menghadapi zaman habis sekolah. Yurp, sebak pula dada bila mengimbau kenangan aku di Sekolah Menengah Orhan Hills dulu.

Semasa aku di tingkatan 1 dulu,  aku selalu berharap tahun akan terus berganti dan aku pula akan terus dewasa namun bila dah sampai tahun akhir ni, tiba-tiba pula rasa taknak tinggalkan zaman sekolah pula. Kalau boleh, biarlah aku kekal dengan title budak sekolah bersama Gina, Laura, Jenny dan Atika. Itupun sudah cukup.

Ting!!

Bunyi comel yang datang dari telefon pintarku itu menandakan ada pesanan masuk. Segera aku capai lalu aku tilik aplikasi whatsapp ku.

'Jadikan nak datang rumah aku? I need your help in add math! Really!!'-Sofia.

Aku tersengih bila membaca pesanannya itu. Aih, sabarlah nak. Jarum jam pun belum sempat menuding ke angka 1 lagi. Semalam janji pukul 1.30 kan? Ahaha..

'Ya. Aku tengah bersiap lah ni.. Sabar sikit.'-kirim.

'Yeah!! ^^.. pastikan datang tau. Jangan tak datang. Banyak ni soalan nak tanya.'-Sofia.

'Okay. Sementara tunggu aku ni, bolehlah kumpul soalan.. Huhu!!'-kirim.

'Okay, teacher!!'-Sofia.

Segera aku meletakkan telefon pintarku ke atas meja solek kembali lalu wajahku yang berada dalam pantulan cermin, aku belek. Selendang satin ungu yang membelit kepalaku, aku rapikan sekemas yang mungkin.

Senyumku melebar tatkala melihat imej baruku kini. Nampak lebih cantik daripada biasa. Tiba-tiba pula aku rasa bodoh sebab taknak berubah. Tutup aurat yang paling mudah itupun, aku tak boleh nak buat. Aih!! Nasib baik, sekarang ni aku terniat nak berubah..

Setelah memastikan semuanya kemas, terus aku capai beg sekolah yang selalu aku bawa lalu langkahku atur menuju ke pintu bilik. Belum sempat, aku mahu mencapai tombol pintu.. tak semena pintu terus dikuak dari luar.

Terlihat kelibat abang Mikhael yang sekadar memakai T-shirt biru polos berserta seluar tracksuitnya memasuki bilik. Dia nampak terpersona seketika saat melihat aku dihadapannya. Kaku. Matanya juga nampak tak lepas dari membelek aku.

Melihatkan reaksinya itu, aku sudah tarik senyum teruja. Suka!

"Warda nak pergi mana dengan baju ni?" soal abang Mikhael sudah alih pandang dariku. Dengar deheman kecilnya menyapa halwa telinga. Haha.. coverline ke tu?

"Warda nak pergi rumah kawan sekejap. Mungkin dalam pukul 5 nanti, Warda balik." beritahuku jujur. Tak ada apa yang perlu diselindung kan.

Lelaki itu ketap bibir. Matanya yang tadi dilarikan terus dialihkan padaku. Nampak kekok gelagatnya itu. Segan barangkali?

"Abang rasa better Warda batalkan semua itu." balasnya seakan memberi cadangan.

Dahiku sudah berkerut seribu. Hairan dengan kata-katanya yang satu itu. "Erm.. kenapa kena batalkan pula? Warda dah janji nak jumpa dia."

Satu keluhannya terlepas. Pandangan layunya diberikan padaku. Dan.. yurp, aku jadi kaku di situ. Sangat terpesona tatapannya yang satu itu.

"Hari ini Warda tak boleh pergi mana-mana. By hook or by crook, Warda kena ikut abang petang ni."putusnya seakan bernoktah.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now