BAB 8

43.6K 1.7K 92
                                    

Pejam celik pejam celik, sudah hampir sebulan berlalu. Tak terasa yang kini umurku makin mendekat ke angka 17 tahun. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, aku bakal menyambut hari sweet seventeen ku. Umur terakhir aku untuk mengharungi zaman persekolahan yang ada pahit manisnya.

Sama seperti hari-hari lain, selepas berdandan dan memilih cekak yang betul... aku melangkah menuruni tangga satu persatu.

Namun, hari ini berbeza sedikit. Aku siap awal daripada biasa. Sekolah mula pukul 7.25 pagi tetapi aku sudah tercongok di ruang tamu pukul 6.55 pagi. Hebat tak hebat Warda?

Bau haruman nasi goreng yang menjengah batang hidung membuat kan aku terus terikut ke arah dapur. Dari jauh lagi, aku sudah lihat kelibat mama yang sedang bertungkus lumus menyiapkan sarapan untuk kami sekeluarga.

Memandangkan pagi ini, mama tak sibuk dengan persatuan ibu-ibunya itu, jadi itulah tabiat pagi mama. Kalau tak kemas rumah, pastinya sedang memasak di dapur. Mama pun bukannya jenis yang suka ambil pembantu rumah.

"Wou, nasi goreng sotong!!! Is my like!!" terabur aku menyusun bicara. Biarlah bersepah pun maknanya, asalkan mama faham apa yang aku cuba maksudkan.

Segera, aku labuhkan punggungku di meja makan. Tepat-tepat di hadapan nasi goreng sotong yang masih panas. Kecur liur aku bila tenung masakan itu lama-lama..

"Dah boleh makan ke, ma?" soalku sudah tidak sabar.

Mama yang melabuhkan punggung berhadapanku hanya menggeleng. Dia mahu menunggu kelibat suami tercintanya dan juga anak terunanya yang seorang itu.

"Tunggu papa dengan abang Sufi dulu. Lepas itu, baru kita makan." ujarnya menyahut.

Mahu tak mahu terpaksa aku mengangguk. Bagi menghilangkan lapar yang kian menghimpit, aku tenung saja nasi goreng itu dengan mata kuyu. Haih, kalau diikutkan nafsu.. mahu saja aku melantak makanan itu seorang diri. Phhh..

Beberapa minit kemudian, aku dengar derapan tapak kaki menuruni tangga. Bukan seorang tetapi dua orang. Tahulah aku siapa pemilik langkah yang menghampiri itu. Senyuman mama terukir bila kelibat papa dan abang Sufi menjengah. Mungkin, mama pun rasa gembira agaknya sebab dapat menyantap sarapan pagi itu akhirnya.

Selesai menyenduk makanan, kami mulakan dengan basmallah. Lepas sahaja, perkataan Aamiin dilafazkan, spontan tanganku laju mencapai garfu dan sudu. Lapar yang tadinya bertandang aku isi sekenyang yang mungkin.

Kalau calon menantu mama nampak ni, confirm awal-awal sudah reject. Gelojoh... tetapi cantik. Itu yang orang fikir dua tiga kali itu. Nak reject ke tidak?!

"Makan perlahan sikit, Warda. Kang tercekik tak fasal-fasal." tegur ibu apabila melihat aku kunyah laju. Buruk betul perangai.

Aku endahkan ibu. Suapanku masih sama seperti tadi. Laju dan gelojoh. Abang Sufi di sebelah sudah geleng kepala. Dia yang jantan pun reti makan beradab, ini kaum hawa.. apa kes?

"Haih, kalau tahulah orang perangai kau ni, dik. Confirm, kena kick daripada jadi bini. Kalau gelojoh cantik tak apalah juga, ni gelojoh makan kaki.. abang tengok." sindir abang Sufi masih meneruskan suapannya.

Aku sudah mencebik geram. Tajam saja mataku menikam dia di sebelah. Nasib baiklah kat sebelah, kalau kat depan.. dah arwah agaknya mata aku kerjakan.

"Diamlah. Orang laparlah.." rungutku sambil mengunyah.

Papa yang melihat gelagat kami sudah geleng kepala. Senyuman lelahnya terukir. Lelah sebab layan perangai anak-anak yang tak pernah nak matang. Ada saja benda nak digaduhkan. Lumrah adik-beradik kot..

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now