BAB 30

42.9K 1.5K 29
                                    

Masuk sahaja ke dalam kelas, laju saja aku mengambil tempatku di belakang. Kejadian sebentar tadi, makin lama makin berulang dalam fikiranku. Lagi-lagi bila telingaku berjaya menangkap satu persatu fakta yang aku dengar sebentar tadi. Huh..?!

Memandangkan mood aku ke laut sekarang ni jadi nak belajar apa pun, aku jadi serba tak kena. Nak-nak lagi, bila belajar sejarah. Bukan saja mengundang rasa mengantuk malah turut sama manjatuhkan lagi mood aku yang sedia ada turun ni.

Langkahku atur menuju ke bilik air perempuan.Satu-satunya tempat bagi para pelajar melepak apabila terniat nak ponteng kelas. Tandas perempuan yang berada di tingkat paling bawah blok ini sedikit istimewa. Memandang kan ianya lebih dekat dengan padang bola keranjang, jadi.. bilik airnya bergabung dengan bilik persalinan dan terdapat beberapa buah kerusi empuk di dalamnya. Pfft.. hebat kan?

Jadi, memang tempat itu akan sentiasa menjadi port untuk budak perempuan untuk melepaklah. Dan itu jugalah kawasan hotspot yang sering dikunjungi oleh para pengawas yang bertugas, anak buah si Syed Haris itulah!

Ketika aku mahu menuruni tangga, tak semena telingaku menangkap suara  garau milik seseorang. Makin dekat, makin jelas suaranya menyerbu. Yurp, aku kenal suara itu. Bukankah itu suara milik Hairil dan juga.. pengetua? Dahiku sudah berkerut hairan.

Dengan penuh berhati-hati, aku mengintip dinding di sebalik tangga. Dugaanku tidak meleset sama sekali. Aku lihat dua kelibat itu dan aku dapat rasakan suasana tegang yang membelengu. Ditambah lagi dengan muka bengis pengetua, nampak sangat dia memang tak suka menghadap Hairil di hadapannya!

"Apalagi yang mak kau nakkan lagi?! Aku dah sekolahkan kau, aku dah bayar duit perbelanjaan kau!!! Apalagi benda yang dia tak puas hati lagi dengan aku!!!" nadanya membentak. Tak pernah aku dengar suara pengetua seperti itu. Ini adalah pertama kalinya.

"Kau rasa semua itu dah cukup?! Huh, lagipun aku pun tak hamak lah dengan segala apa yang kau bagi ni! Bukan mak aku yang mendesak untuk minta semua ni, aku pun lagi rela tak bersekolah kat sini!" terkedu aku saat mendengar butir bicara Hairil.

Dia guna kau aku aje dengan pengetua? Fuh, tiba-tiba pula aku rasa nak tabik spring dengan lelaki itu. Beraninya dia.

Aku dengar tawa sinis pengetua berhamburan. "Then, kalau kau tak suka sekolah sini, kau boleh hantar surat untuk berhenti sekolah. Hmm.. cubalah belajar reti bersyukur sikit. Kalau bukan sebab budi bicara aku, budak miskin macam kau takkan dapat masuk sekolah elit ni." sinis dia berkata.

Dahiku makin berkerut. Apa yang dilontarkan Pengetua aku cuba cernakan baik-baik. Kaget juga aku bila dia sebut Hairil budak miskin. Huh, kalau betul.. bagaimana lelaki itu boleh tahu?

Entah kenapa, aku makin hanyut untuk tahu lebih dalam lagi.

"Budi bicara? Haha.. kelakar pula rasanya bila dengar encik pengetua cakap fasal budi bicara. Ya, aku tahu aku budak miskin tapi sekurang-kurangnya perangai aku tak sehina kau. Orang nampak kau bagus tapi.. you're nothing. Haha.. aku selalu terfikir apa reaksi orang kalau dapat tahu pengetua yang selalu disanjung oleh warga Orhan Hills ni rupa-rupanya ada anak haram. Anak haram dengan perempuan yang merempat di jalanan pula itu." tawa sinis Hairil berhamburan.

Aku yang sedari tadi menopang telinga sudah terpana. Segala apa yang dituturkan Hairil bagaikan suatu kejutan yang aku rasakan tersangatlah hebatnya!

Pangg!!..

"Dasar, anak haram!!"

Kejadian itu sesekali berlegar dalam fikiranku. Tanpa sedar, ingatanku tiba-tiba saja terimbau sesuatu. Namun, aku lupa apakah perkara itu. Memoriku cuba aku kerah..

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now