BAB 11

42.1K 1.6K 16
                                    

Malam yang aku nanti-nantikan akhirnya tiba. Malam sambutan harijadiku yang ke-17 tahun bakal diraikan pada malam ini bersama-sama teman-temanku. Tak ada yang lagi indah di usia remaja ini selain bersama sahabat yang sebaya.

Senyumanku meniti sampai ke telinga apabila membelek tubuhku yang nampak anggun dengan gaun biru pekatnya. Rambutku yang ikal aku biarkan lepas sampai ke pinggang. Sesekali reben biru pekat yang aku ikat di atas kepalaku aku aku kemaskan.

Entah kenapa, aku rasakan malam ini aku seperti seorang puteri raja yang bakal ditabalkan oleh raja merangkap papa. Well, berangan sekejap memandangkan malam ini, aku rasa yang aku memang menawan yang amat. Rasa tak sia-sia pula pilih gaun itu sebagai penyeri malam ini.

Dalam kepala, aku sudah ligat membayangkan reaksi tetamu yang hadir. Pastinya memuji dan tak kurangnya, pasti ada cemburu. Well, Nurul Warda Zafira takkan pernah tak dicemburui orang. Pasti ada yang dengki.

"Warda, kamu dah siap ke?" suara mama memecah angan-angan sementaraku.

Terus mataku berkalih pada wajah mama yang sudah tercongok ke bilikku. Sempat juga mama belek aku yang nampak anggun malam itu, lalu senyumannya terukir.

"Dah cantik sangat anak mama ni. Tak payah belek cermin itu lama-lama. Tetamu pun dah tunggu kamu itu." ujar mama.

Aku tersenyum mendengar pujian mama itu. "Okay, ma. Kejap lagi, Warda turun. Warda nak pakai blusher kejap." beritahuku.

Serentak, tanganku mencapai blusher yang berada di atas meja solekku. Setelah memberi green light kepada aku, mama terus pergi meninggalkan aku.

Pemerah pipi itu aku tempekkan di sekitar batang hidungku. Menambah kan aura comelku di situ. Hmm.. serupa orang bersin pun ada, erm, bersin tapi comel.

Setelah membuat penilikan kali terakhir, akhirnya aku melangkah keluar dari bilik. Dengan penuh berhati-hatinya, aku melangkah menuruni tangga.

Suasana riuh yang menyelubungi buatkan senyuman terukir. Itu petanda bahawa sudah ramai tetamu yang hadir dalam majlis istimewa aku itu. Sempat juga telingaku menangkap bunyi tawa si Atika yang berdekah. Haih, tak padan dengan perempuan.

Turun saja tangga, aku dapat rasakan mata-mata yang hadir tak lepas dari memandangku. Senyumanku terlukis. Yurp, sama seperti apa yang aku duga. Aku dengar ada suara yang memuji kecantikanku malam itu dan aku akuinya dalam hati.

Beberapa tetamu yang hadir juga sempat mengucapkan ucapan selamat kepadaku. Dengan penuh mesranya, aku membalas. Senyumanku sedari tadi langaung tak luntur. Masih setia mempamer kan kemesraan aku. Mood sedang baguslah katakan.

"Warda!!!!" laungan nyaring itu berjaya mematikan perbualanku dengan anak kawan mama yang hadir.

Serentak itu, aku meminta diri untuk pergi. Terus aku terkekek berlari ke arah Laura, Jenny dan Atika. Mereka semua juga nampak anggun dengan pakaian masing-masing. Nampak manis sama seperti aku. Well, orang cantik kan?

"Wah, Warda!!! Cantiknya kau malam ni. Seriouslah, baju ni kau beli kat mana?" soal Laura sambil matanya tak lepas dari menatap gaun yang aku sarungkan ke tubuhku.

Depan belakang dibeleknya. Seperti teruja dengan gaun itu.

"Cantikkan? Mama aku yang belikan, tapi aku yang pilih. Come onlah, apa aje yang Warda pakai tak cantik?" bongkakku dengan penuh yakin.

"Pleaselah. Aku pun kalau pakai baju itu mesti cantik juga." celah Jenny. Dia juga nampak berkenan dengan gaun itu.

Aku tersengih. Sempat mataku melirik ke arah mereka bertiga. Pandangan hairan aku berikan apabila langsung tak melihat kelibat Gina di situ. Hmm.. tadi dia whatsapp aku yang dia sudah sampai. Mana pula minah itu pergi?

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now