Senyum pahitnya terukir. "Mungkin sekarang inipun Mikhael tengah cari jalannya untuk jumpa Warda. Jadi, Warda jangan risau. Mama Dila yakin Mikhael tak pernah cuba untuk lari daripada Warda." bicaranya itu berjaya buatkan aku tersentak.

Terus aku berpaling ke belakang. Dia ukir senyum nipis padaku. Kedua-dua belah bahuku dipautnya.

"Mama Dila.."

"Mama kenal Mikhael. Dia sayang kan kamu jadi, dia takkan pernah cuba untuk tinggalkan orang yang dia sayang. Kamu pun tahukan itu?" soal wanita itu lembut. Bahuku diusapnya.

Aku ketap bibir. Perlahan-lahan, aku menganggukkan kepala.
...
Sufi tarik senyum apabila melihat kemesraan Gina dengan jururawat yang membawanya ke taman hospital itu. Seperti biasa, Sufi hanya mampu menonton gadis itu dari jarak jauh saja. Nak dekat, takut gagapnya menyukarkan keadaan.

Dia gembira apabila melihat Gina yang tersenyum. Manis dan cantik sekali. Sufi puji dalam hati. Lega hatinya apabila mendapat tahu keadaan gadis itu sudah mulai memulih. Semangat Gina itu makin menebalkan lagi perasaan cinta yang sudah sedia ada dalam hati nya.

"Sampai bila kamu nak merenung aje anak auntie tu, Sufi?" soalan dari suara gemersik itu menyedarkan Sufi dari lamunannya.

Langsung dia tak menyedari kelibat mama Gina di sebelahnya. Mungkin terlampau leka melayan perasaan agaknya. Sufi sudah garu kepala kalut. Aih, habislah..

"Erm, ma-mana ada saya merenung anak auntie.Saya pandang benda lain."dalihnya mahu coverline.

Mama Gina sekadar mencebik. "Pandang nurse yang jaga Gina itu ke? Kamu ada hati dengan nurse itu ke?"tebakan meleset wanita itu mendapat gelengan serta merta daripada Sufi.

Memang meleset belaka!

Mama Gina tarik senyum nipis. Pandangannya yang tadi tertancap pada Gina terus teralih pada Sufi. Senyum pendeknya terukir.

"Kamu jangan risau, Sufi. Auntie takkan marah kalau kamu sukakan anak auntie itu malah auntie pasti akan teruja kalau benda itu betul." beritahu wanita itu jujur.

Tergamam Sufi mendengarnya. Green light ke ni? "Maksud auntie?" soal Sufi mahukan kepastian.

Wanita itu tersenyum. "Kamu ikut auntie sekejap." pinta wanita itu.

Tanpa signal apa-apa, terus dia melangkah menuju ke arah Gina. Sufi yang sudah terkebil-kebil, akur menuruti. Telan liurlah juga dia bila lihat tindakan drastik wanita itu. Aih, lain macam...

Mereka tiba di hadapan Gina dan jururawatnya. Sempat mata Gina mengerling Sufi sebelum senyum nipisnya tersemat memandang mamanya pula. Sufi di sebelah mama Gina sudah kalut semacam. Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Nurse, boleh saya nak bercakap sekejap?" soal wanita itu memula kan taktiknya.

Sufi sudah terpinga-pinga. Apa entah yang sedang cuba dibuat wanita itu ketika ini, dia tak faham. Akur, nurse berbangsa Cina itu pergi menuruti mama Gina.

Kini hanya tinggal Gina dan Sufi saja. Masing-masing diam. Sufi sudah kalut, Gina pula sudah terkerling-kerling pada Sufi, mencari topik.

"Macam mana keadaan Warda, abang Sufi?" soalan pertama menerjah keluar dari mulut Gina. Sengaja mengisi lenggang.

Sufi urut tengkuk, cuba berlagak biasa walaupun dalam hatinya sekarang, dia sudah gelisah.

"Dia okay. Keadaannya dah membaik sekarang."tanpa sedar, gagapnya hilang.

Gina tersenyum bila menyedari itu. Dia biarkan, taknak Sufi sedar semua itu. "Erm, by the way..Gina nak ucap kan terima kasih sebab dah selamat kan Gina waktu itu." ucap Gina tulus.

Sufi gigit bibir. Wajah mulus Gina dipandangnya. Sakit pun cantik. "Abang tolong sebab dah tanggungjawab abang untuk tolong Gina. Takkan abang nak biar Gina macam itu aje kan.." kali kedua, dia bercakap lancar.

Gina yang mendengar sudah tertawa lucu. Sufi sudah angkat kening. Aih, tang mana pula jenakanya itu. Aku serius ni.

"Kenapa Gina gelak? Kelakar ke apa abang cakap ni?" soalnya sudah mahu tahu.

Gadis itu geleng kepala namun masih nampak senyum lucunya terukir.

"Habis itu?"

"Abang perasan tak yang gagap abang dah hilang? Dah normal." ungkit Gina tarik senyum lebar.

Tergamam Sufi dibuatnya. Dia juga baru nak menyedari semua itu. Haah, lah!

"Bolehlah kita bercerita tanpa gagap kan lepas ni?" soal gadis itu mengusik.

"Cerita fasal apa?"

Gina yang tadinya duduk di bangku taman cuba untuk berdiri. Wajah Sufi dipandangnya dekat. Makin lebar senyumnya tersemat di wajah.

"Cerita fasal abang Sufilah.."
Sufi jelas terkedu. Erk?!
...
Matanya perlahan-lahan dibuka. Cahaya matahari yang memancar memasuki ruang tidurnya itu sedikit sebanyak memaksa matanya untuk terbuka lebih luas. Sudah lama rasanya dia tak membuka mata melihat dunia.

Kepala yang terasa sakit buatkan dia berkerut sedikit. Kenangan sebelum dia menutup mata kembali berlegar mengisi ruang fikirannya. Keadaan nya yang lemah, pergelutan yang terjadi dan juga tangisan yang menjadi lagu di telinganya sebelum dia pejam mata. Ya, makin lama ingatannya makin jelas.

Baru saja dia mahu kuatkan diri untuk bangun, dadanya dirasakan ada beban. Kepala ditundukkan sedikit dan dia lihat kepala isterinya elok terlentok di atas dadanya. Awalnya dia terpinga namun tercalit senyuman di birai bibirnya.

Entah kenapa, sudah lama dia tak melihat wajah itu dalam matanya. Kembali dia baringkan tubuhnya. Mahu beri si isteri ruang selesa.

Perlahan-lahan tangannya diangkat dan kepala gadis yang berbalut tudung itu diurutnya perlahan. Makin mekar senyumnnya saat si gadis menggumam selesa.

"Warda.."serunya perlahan.

Usapannya penuh dengan rasa kasih. Dia menikmati wajah itu depan mata. Rindu..

"Sayang.."kali ini, panggilan itu diubahnya. Kedengaran lebih tulus.

Spontan, mata gadis itu terbuka perlahan. Mata mereka bertemu. Tergamam Warda dibuatnya saat melihat Mikhael pandang dia dengan senyuman mekar meniti. Terus kepalanya ditegak tak percaya.

"A-abang?! Abang dah sedar?!" soalnya terpinga-pinga.

Mikhael tarik senyum. Sebuah anggukan dia berikan. "Lama ke Warda tunggu abang?" soalnya mahu bercanda.

Warda terketar-ketar. Tubir matanya sudah panas. Mulutnya ditekup. Rasa rindu gamaknya mencengkam saat melihat lelaki itu tersenyum depan mata. Spontan, dia tunduk memeluk tubuh sasa Mikhael yang terbaring.

Air mata yang ditahan akhirnya bah membasahi pipi. "Abang, Warda takut!!! Warda takut abang akan tinggalkan Warda!!"raungnya sebak.

Mikhael ketap bibir. Belakang badan Warda diusapnya lembut. Berharap agar pujukan itu dapat meredakan sebak si isteri.

"Jangan nangis, Warda. Abang janji yang abang takkan tinggalkan Warda."janjinya cuba menenangkan gadis itu.

Warda diam. Masih menangis dalam pelukan suaminya. Ya, dia rindukan pelukan itu. Pelukan daripada Mikhael Ahmad.
...

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora