"Kau nak tengok sangat kan suami kau ni? Tengoklah!!! Tengoklah puas-puas!!! Sementara ada masa ini, aku izinkan kau tengok dia. Pandang dia. Renung dia!!" ujarnya dalam nada tak waras. Sempat tawa mengekek nya melatari.

Aku ketap bibir. Mataku beranikan bersua dengan mata Laura. "Apa yang kau nak sebenarnya, Laura? Apa salah aku sampai kau buat aku macam ni? Kenapa kau buat kami macam ni, Laura?"aku sudah merayu. Tak sanggup untuk aku lihat abang Mikhael yang menanggung perih.

Senyuman sinis Laura meleret. Pegangannya pada dagu abang Mikhael dilepaskan lalu langkahnya diatur mendekatiku. Kini, gadis itu berdiri betul-betul depan aku. Tubuhnya ditunduk agar wajah aku dan dia setara. Dia pandang aku sinis, aku pandang dia tajam.

"Cuba kau fikir apa salah kau pada aku?" soalnya mahu teruskan teka teki itu membelengu.

Aku gigit bibir. Otakku cuba aku kerah untuk mengingati sepanjang dia menjadi sahabat aku. Tak pernah pun aku lukakan dia, tak pernah pun aku sakitkan dia. Walaupun kami gurau kasar, Laura tak pernah kata yang dia tak suka malah disambut nya dengan tawa. Aku sudah tergamam. Langsung tak tahu apa salah yang aku lakukan pada dia.

"Tak-aku tak tahu!!!"jeritku menjawab.

Dia tersengih. "Memang kau tak ada salahpun dengan aku."

Dahiku sudah berkerut. Masih tak memahami pada apa yang cuba dia maksudkan ketika ini. "Then, kenapa kau buat aku dan abang Mikhael macam ni?"

Dia tertawa kecil untuk sementara sebelum pantas tangannya mencengkam kasar daguku. Sempat aku merintih sakit bila cengkaman nya itu menusuk.

"Kau pernah tanya papa kau.. apa dosa dia pada keluarga aku?" terbelalak matanya menyoal. Serupa seorang psiko yang tak waras.

"P-papa? Kenapa dengan papa aku? Apa yang dia buat pada kau?" soalan berbalas soalan. Aku langsung tak mengerti.

Dia tersengih. Terus ditolaknya kasar daguku sehingga buatkan aku terpaling ke tepi. Tengkukku terkena tempiasnya. Rasa terseliuh namun peritnya cuba aku tahan.

"Banyak dosa papa kau itu pada keluarga aku. Aku nak dia rasa apa yang aku rasa selama ni.. Aku nak dia tahu macam mana rasanya kehilangan orang yang dia sayangi. Hmm.. barulah buku bertemu ruas kan?" ujarnya sebelum mengatur langkah pergi meninggalkan aku terkebil-kebil.

Aku kacip gigi. Sempat aku meronta. "Laura, please..Jangan buat aku macam ni!! Laura!!!" rayuku berkali.

Namun, sia-sia. Dia langsung tak peduli. Pintu terus ditutup dan dikuncinya. Suasana kembali hening. Mataku kembali berair memandang abang Mikhael.

"Abang, tolong bertahan." luluh aku memberi semangat.
...
Bergegas Tan Sri Ridhwan, Puan Sri Fatimah dan Sufi ke balai polis setelah mendapat panggilan. Apa yang mereka harapkan kini adalah jasad Mikhael dan Warda ditemukan hidup. Itu saja.

"W-Warda dengan Mikhael dah jumpa ke, encik?" soal Tan Sri Ridhwan sudah gopoh. Matanya terpancar sinar penuh pengharapan.

Polis berpangkat sarjan itu sekadar menggelengkan kepala. "Kami masih tak dapat kenalpasti lokasi mangsa. Cuma, selepas membuat pemeriksaan di lokasi kejadian, kami ada menjumpai sebuah telefon pintar di bawah kerusi. Erm, jadi.. kami nak tanya sama ada telefon pintar ini milik Puan Warda atau tidak?" jelas pegawai polis itu bertanya. Telefon pintar yang berada dalam plastik lut sinar itu diberikan pada Tan Sri Ridhwan.

Puan Sri Fatimah terus membelek telefon pintar itu. Segera, dia mengangguk laju. "Y-ya.. Ini telefon pintar Warda, anak saya."putus wanita itu yakin.

Pegawai berbangsa Melayu yang berusia sekitar 50-an itu mengangguk kepala faham. Kembali, sampel itu diambilnya semula.

"Melalui penemuan yang pihak kami jumpai, kami telah menemukan kesan kloroform di sekitar ruang tamu jadi kami beranggapan bahawa mangsa telah dipengsankan sebelum diangkut oleh suspek dan berkemungkinan suspek itu lebih dari seorang.

Kami juga dah periksa telefon pintar ini dan panggilan terakhir yang dibuat oleh Puan Warda adalah dengan Puan Sri namun sebelum itu, Puan Warda telah mendapat panggilan daripada nombor encik Mikhael, suami mangsa." jelas pegawai tersebut dengan lancar.

Dahi mereka sudah berkerut. Mikhael call Warda? Jadi, Warda dan Mikhael tak diculik bersama?!

"Ma-Maksud, encik?" Sufi yang sedari tadi diam sudah bersoal. Masih tak faham situasi. Nak hadam pun sukar.

Pegawai polis itu mengeluh kecil. "Kemungkinan besar, suspek teleh menggunakan nombor telefon encik Mikhael untuk menghubungi Puan Laura. Kalau suspek tak membuang atau memusnahkan SIM pada telefon milik Encik Mikhael jadi, kami mungkin dapat menemukan lokasi mangsa." beritahu pegawai itu bersungguh.

"Berapa lama itu, Encik?"

"Erm, mungkin dalam beberapa hari." jelasnya sedikit kesal disitu.

Tan Sri Ridhwan sudah ketap bibir. Pelipis matanya diurut. Lemah dada nya memikirkan nasib anak bongsu dan menantunya itu.

Telefon pintarnya yang berdering diangkatnya. Panggilan daripada Tan Sri Johari.

"Macam mana, Wan? Ada apa-apa perkembangan?" soal Tan Sri Johari sedikit resah. Berharap ada khabar baik diterimanya.

Namun, keluhan berat yang dia dapat. "Polis masih meneruskan pencarian, Johari. Lokasi Warda dan Mikhael pun tak jumpa.." keluh nya seakan-akan berputus asa.

Tan Sri Johari ketap bibir. Dalam hati dia mendoakan keselamatan anak dan menantunya itu.

Tolong jangan diapa-apakan Warda dan Mikhael.
...

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now