Senyum lebar aku tayangkan pada jasad abang Mikhael. Lelaki itu yang tadinya leka membelek telefon terus mengalih pandang ke arahku. Seperti apa yang aku duga, reaksi terkejut nya bertayang. Yurp.. pasti dia terkejut melihat penampilan baru aku itu.

Dahinya sudah berkerut. Jasadnya masih terpinga di sofa sambil sepasang matanya ralit memerhati aku atas bawah. Mungkin tak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.

"Cepatlah.. tadi abang kata dah lambat kan?" aku pula yang mendesak. Segan pula bila diperhatikan sebegitu rupa oleh abang Mikhael.

Aih?! Pandang aje? Puji taknak ke?.. Menyempat.

"A-ah, owh.. yalah. Erm, jom kita gerak."terkebil-kebil lelaki itu membalas.

Terus matanya dilarikan daripada memandang aku. Melihatkan reaksi comelnya itu, aku sudah tarik senyum panjang. Entah kenapa, aku disapa rasa teruja bila lihat reaksi positif yang diberinya.

Ini yang lagi semangat nak berubah ni. Encik abang dah bagi green light!
...
Bukan setakat abang Mikhael aje yang tercengang malah pelajar lain di sekolahku juga turut sama terkejut melihat perubahan aku yang begitu drastik. Ada juga aku dengar bisikan-bisikan halus menyapa halwa telinga.  Ada yang sedap didengar dan tak kurang juga, ada yang tak sedap untuk didengar.

"Sukalah aku tengok kau pakai tudung ni, Warda. Cantik sangat!!!" puji Gina.

Aku tarik sengih bila pujian penuh melambung itu, Gina berikan pada aku. Aih, bukan selalu kawan rapat aku yang seorang itu memuji. Selalu nya, dialah yang paling kuat perli tapi sekarang.. tak sangka akhirnya mulut itu puji aku. Ahaks?!!

Aku terima pujiannya itu dengan hati yang redha. Lol, siapa aje yang tak suka bila dipuji kan?! Pfft.. aish, betul kan niat itu Warda.

"Kau pun kalau pakai tudung pun cantik. Nanti, mesti orang ingat mat Salleh muslim." usikku sempat menyakat si Gina.

Berdekah Gina ketawa. Siap package pukul bahu aku pula itu. Haih, ni nak gelak ke nak marah sebenarnya?!

"Adalah juga mama aku suruh pakai tudung tapi erm..aku tak ready lagilah. Hmm.. tengoklah macam mana. Nanti kalau tiba-tiba Tuhan bagi aku hidayah nak bertudung, baru aku proceed niat aku itu." beritahu Gina serba-serbi.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Suka benar aku mendengar luahan hati Gina itu. Aih, tak sangka pula dia juga pernah ada niat untuk berhijab. Al-maklumlah.. ramai yang puji kecantikan rambut Gina yang perang dan beralun itu. Yurp, suatu ciptaan Tuhan yang perlu dibangga kan namun tak pernah terlintas dalam fikiran aku tentang Gina yang berhasrat nak bertudung. Hmm.. bagus juga itu.

Ada geng!

Tiba saja kami di pondok, aku disapa dengan kelibat Jenny dan Atika. Laura? Hmm..

Entahlah.

Semenjak kejadian heboh tentang khabar angin antara dia dan abang Mikhael tu, terus gadis itu menjarak kan diri daripada aku. Kalau jumpa pun, tak adalah seriuh dulu. Dalam kalangan kawan-kawan aku, Laura lah yang paling sibuk mengusik aku namun semenjak kes itu, dia layan aku dengan sangat dingin..

Seperti kami tak pernah mencipta kenangan manis bersama.

Aku sempatlah juga terkilan bila dengar pengakuannya beberapa hari yang lalu. Depan aku sendiri, dia mengaku yang dia ada hubungan dengan abang Mikhael namun selepas khabar angin itu tamat, terus Laura berubah. Dia lebih kepada menjarakkan diri daripada aku dan bukannya yang lain.

Sebak? Yurp.. aku sedih dengan situasi itu.

"Laura mana?"soalku mahu tahu.

Atika sekadar jongket bahu. "Dia kata tadi nak jumpa orang. Erm.. nanti, dia datanglah kot." balasnya sambil roti gulung sardin dinikmati nya.

Aku sekadar mengangguk kepala. Sempat riak muramku terpamer. Aih, sedihlah macam ni.

"Hmm, tiba-tiba pula aku rasa nak pakai tudung bila tengok kau pun pakai tudung. Macam cantik aje.." celah Jenny sudah tayang muka berharap.

"Itulah. Aku pun cakap benda yang sama. Apa kata kita semua pakai tudung.. nak tak?"cadang Gina. Dirasakan ideanya itu sudah bernas.

Atika sudah tayang muka tak berkenan. "Nope. Dalam bab penampilan ni, aku taknak masuk campur. Kalau korang nak pakai tudung, korang pakailah. Aku tak ready lagi." beritahu Atika sudah undur diri.

Aku sudah jongket kening. "Apsal pula taknak? Kalau kau pakai tudung, mesti nampak macam Arab.." sempat pula aku memuji si Atika. Alah, bukan selalu Warda Zafira memuji anak dara orang.

Atika sudah mencebik bibir. "Pfft.. membohong!" tebiknya sudah tayang muka tak puas hati.

Aku tarik sengih. "Betullah. Kalau kau pakai, mesti.." belum sempat aku menghabiskan bicaraku, sepasang mataku terus saja terkunci pada sosok Laura yang datang mendekat.

Wajah tanpa perasaannya ditayang. Gelagatnya itu seakan-akan terpaksa menghadap aku di hadapannya. Penuh dengan rasa tak minat.

"Mana kau pergi?" soal Jenny sambil melirik ke arah jam tangan yang dipakainya.

Acuh tak acuh, Laura membalas. "Jumpa orang."
...
"Okay! Tinggal satu aje lagi dan lepas itu, kita siap!!! Yah, dah boleh hantar.." sorakku dalam nada penuh teruja.

Hairil di hadapanku sekadar tarik sengih. Kembali, buku sejarah yang dipegangnya dibelek. Macam tak terkesan dengan kerja kursus yang sudah hampir sampai ke peghujung nya.

"Jangan nak suka sangat. Kalau Puan Hidayah tak suka, mesti dia reject dan suruh kita buat semula." mendatar dia berkata.

Aku mencebik. "Cuba doa itu yang baik-baik sikit. Positive please.. kau tak ingat ke apa yang Puan Hidayah kata? Kita punya kerja ni adalah yang terbaik tau.." sempat ayat Puan Hidayah itu, aku ulang..

Akhirnya, Hairil mengalah. Bukan mengalah sebenarnya, tapi.. dia malas nak bertikam lidah. Bukan dapat untung apa pun kalau lawan bicara. Duit pun tidak, air liur aje yang terbazir.

"Hai, Warda.. Hai, Hairil.." sapa Sofia mendekati kami berdua.

Terus mataku bersua ada sosok gadis itu. Segera aku balas bicara nya itu.

Tanpa aku sedar, Hairil sudah pandang semacam ke arah Sofia. Pandangan penuh makna yang tersirat. Pandangan kagum seorang lelaki bila lihat gadis yang dia suka ada depan mata.

"Kenapa Sofia?Ada benda ke?" soalku sudah kerut dahi.

"Ada. Erm... esok aku ingat nak ajak kau dengan Gina belajar dekat rumah aku sekali. Ada soalan add math yang aku tak berapa nak faham. Datang tau.." ajak Sofia berharap.

Sebuah anggukan aku berikan. "Okay, nanti aku confirmkan." ujarku masih belum memberi kata putus.

Sofia sekadar mengangguk kepala. Setelah itu, gadis itu terus meminta diri untuk pergi.

Kembali pandanganku alihkan pada Hairil di hadapan. Berkerutlah juga dahi aku bila lihat si Hairil termenung di hadapan ku. Aih, si Hairil pun boleh termenung ke?

Aku sudah jongket kening. Badanku pusingkan sedikit ke arah kelibat Sofia menghilang dan dari situ, senyum mengusik ku terukir. Entah kenapa, aku dapat baca apa yang membelengu fikiran si Hairil ketika ini.

"Kau suka Sofia ke?"dugaku.

Dan, yurp.. soalanku itu berjaya menyedarkan Hairil dari lamunan pendeknya. Segera dia alihkan pandangannya pada aku. Nampak sangat coverline nya itu.

"Bila masa pula aku suka dia.. Ergh?!" dia sudah memangkas pernyataan aku yang satu itu.

Aku masih melemparkan senyum mengusik padanya. "Jangan nak tipu akulah. Dari muka kau pun.. aku dapat baca. You love her, right?" sempat pula aku praktikkan bahasa inggeris ku pada bicara aku itu.

Hairil sudah naik segan. Tengkuk nya sudah diurut perlahan. Pandangannya pula dilarikan ke bawah. Aih, mengelak ke itu?

"Jangan nak merepeklah. Hm.. baik kau fokus untuk siapkan benda ni cepat. Aku nak balik ni!" tebik Hairil sudah mahu berdalih.

Aku sudah tarik sengih. Nak kelentong aku lah itu..

Pfft..
...

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now