Sungguh, dia tak sangka gadis itu bakal katakan ayat itu padanya. Terus dia larikan pandangannya dari terus menatap wajah Laura. Hmm.. bukan sekali dua, dia diayat begitu oleh pelajar yang diajarnya. Jadi, Mikhael masih pilih untuk bertindak professional.

Dia tak pernah menganggap mana-mana pelajarnya istimewa atau terlebih kasih sayang. Tak kiralah lelaki ataupun perempuan, Mikhael akan layan sama rata. Dan.. dia juga akan rasa geli satu badan kalau ada kalangan pelajarnya yang meluahkan perasaan padanya. Pfft..

"Hmm, look Laura. Saya datang sini sebab nak ajar awak untuk lebih bagus dalam subjek ni. I come here to teach you and not to get your attention on my face. So, please.. saya harap awak dapat faham semua itu." tegur Mikhael dalam nada berlembut.

Reaksi gadis itu sedikit berubah. Senyum yang tadinya melebar berubah hambar. Terselit raut kecewa di wajahnya.

Spontan, gadis itu mencapai tangan Mikhael. Terkelu Mikhael di situ. Sempat matanya meliar memandang orang di sekelilingnya. Risau kalau ada orang yang dikenalinya nampak perkara tersebut.

"Sir, tak salahpun kalau kita bercinta. Kalau sir taknak benda ni heboh, saya tak kisah kalau tak disebarkan. The importants thing now, I want you, sir Mikha.."luahan hati gadis itu berjaya buatkan Mikhael ketap bibir.

Entah kenapa, Mikhael terus menepis kasar tangan gadis itu dari terus menggenggam tangannya. Segera dia berdiri lalu meninggalkan gadis itu terkebil-kebil sendiri.

Huh? Nak uruskan seorang pun dia tak mampu.. inikan lagi berdua? Kirim salam.
...
Perut yang sedari tadi berkeroncong membuatkan niatku yang tadinya mahu terlena terus terbantut. Terus aku bangun dari katilku lalu melangkah ke arah pintu bilik. Hmm.. tiba-tiba pula malam ni, rasa lapar ini menjerut. Erghh!!

Seperti biasa, bila keluar saja.. aku pasti akan lihat kelibat abang Mikhael di ruang tamu. Tak lain dan tak bukan, pasti dengan kerjanya yang sentiasa ada itu. Nak-nak lagi bila musim pelajar Orhan Hills habis ujian ni. Makin semak pula meja ruang tamu itu dengan kertas, aku lihat.

Baru saja aku mahu bergegas ke bahagian dapur kering, aku dengar nama aku diseru oleh abang Mikhael. Spontan, langkahku mati lalu aku menoleh ke arah lelaki tersebut. Pandangan mata kami bertemu untuk kesekian kalinya.

"Warda datang sini sekejap, ada benda yang abang nak bincangkan dengan Warda." pinta lelaki itu. Matanya masih tak dialihkan daripada ku.

Dengan penuh rasa terpinga, aku masih menuruti arahannya itu. Rasa lapar yang tadinya membelit, aku hiraukan buat sementara waktu. Untuk seketika, tanda tanya mulai mengisi ruang fikiranku malam itu. Apa? Kenapa?.. itulah yang sering berlegar dalam fikiranku tiap kali abang Mikhael ajak untuk bertemu.

Tempat duduk di sebelah lelaki itu diduduki. Sempat wajah tanpa emosi yang bertayang aku pandang. Macam bukan berita gembira saja gamaknya itu.

Untuk seketika, abang Mikhael diam. Mungkin mahu menyusun kata. Aku disebelahnya masih setia menunggu butir bicaranya.

Akhirnya, satu keluhan lemah dia lepaskan. "Warda terbeban ke dengan semua ini?" soalannya itu berjaya buatkan dahiku berkerut kecil.

"Kenapa abang tanya?" langsung tak memberi jawapan, aku tabur soalan.

"Abang banyak dengar complain fasal Warda dalam kalangan guru-guru. Ramai yang kata Warda tak fokus dalam kelas sejak dua menjak ni. Sebab itu abang tanya, Warda terbeban ke dengan perkahwinan ni?" kembali soalan yang sama diulang. Kali ini, dengan lebih terperinci.

Aku ketap bibir. Mata yang tadi bertemu wajahnya, aku tundukkan sedikit. Serba-serbi, aku mahu menjawab soalannya itu.

Yurp, memang sejak kebelakangan ni aku selalu termenung dalam kelas dan aku akui itu. Fikiran aku masih tak berhenti daripada memikirkan masalah yang langsung tiada jalan penyelesaian antara aku dan lelaki itu. Saban hari, hanya dia saja yang ada dalam fikiran.

Bila lihat, soalannya langsung tak berjawab. Abang Mikhael mengeluh berat.

"Kalau betul perkahwinan ni punca, abang akan beritahu our parents untuk akhiri semua ini."putus lelaki itu tanpa teragak-agak.

Tergamam aku di situ. Entah kenapa, perkataan itu buatkan jiwaku makin sebak. Rasanya, itu bukan jalan penyelesaian yang tepat.

"Kenapa abang tak pernah pilih jalan untuk baiki semua ni? Kenapa dalam banyak-banyak cara.. abang lebih suka untuk pilih akhiri segalanya?" spontan,jawapan itu aku berikan.

Terkilan lelaki itu dibuatnya. Terus matanya tertumpu padaku yang sudah menundukkan pandangan ke bawah. Sungguh dia tak menyangka, gadis itu akan berkata begitu.

"Maksud Warda?"

Tak semena, air mataku jatuh menitis. "Warda pernah beritahu abang yang Warda suka jadi isteri abangkan? Warda langsung tak terbeban dengan semua ini cuma.. masalah antara kita, ego abang buatkan perkahwinan ni menjadi suatu masalah untuk Warda." luahku tanpa berselindung.

Untuk seketika, abang Mikhael terdiam. Dia menghela nafas.

"Abang tak..."
Belum sempat lelaki itu mahu membalas, bunyi perutku yang berkompang berjaya menjedakan segalanya. Sangat kuat dan lantang.

Aku yang tadinya baru nak beracah feeling sembilu sudah tertunduk makin ke bawah. Argh!! Tak guna punya perut. Time cenggini jugalah kau nak berlagu juga. Huh, malunya!!

"Lapar ke?"soal Mikhael sudah beralih topik.

Mahu tak mahu terpaksa aku menganggukkan kepala. Haih, ingat tadi nak marah tapi.. tengok raut ambil beratnya itu, buatkan rasa marahku pudar untuk seketika.

"Okay, abang masakkan. Warda nak apa?"

"Spaggeti goreng."pesanku.

Bergegas lelaki itu ke dapur basah. Haih, macam mana aku tak sayangkan dia? Kononnya, raut itu tak ambil peduli namun jauh di sudut hatinya.. dia selalu risaukan tentang aku.

Sepanjang masa.
...

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now