Pfft.. come onlah. Semua orang tahu kot.

"Berapa lama cikgu Tirah tak masuk kelas cikgu?"soal pelajar lain pula.

"Mungkin dalam empat bulan." beritahunya.

"Tak ada cikgu yang ganti? Means, kitorang takkan belajar lah kan?" soal yang lain pula.

"Bukan tak belajar. Kamu kena belajar juga walaupun tak ada cikgu. Pihak sekolah akan cuba usahakan untuk cari cikgu ganti untuk kamu semua." beritahunya dalam nada tegas.

Harapan kami? Semestinya, berharap yang guru ganti takkan ada dalam tempoh empat bulan itu. Pleaselah, kitorang boleh belajar dengan kamus aje okay?
...
Memandangkan hari ini, budak Tingkatan enam ada kelas tambahan sampai pukul 5 petang, jadi aku terpaksalah balik sendiri. Hmm.. bukannya selalu pun balik dengan abang Sufi itu.

Kadang, driver office papa akan jemput kami berdua pergi dan pulang sekolah. Kalau tiba-tiba, hari itu abang Sufi terajin nak bawa motor besar dia itu, jadi abang Sufi akan pergi balik sekolah berdua aje dengan aku. Hari ini, aku pergi sekolah dengan motor namun memandangkan sekarang abang Sufi ada kelas jadi nak tak nak terpaksalah naik kereta.

Tiba saja di depan pintu pagar rumah, pak guard yang mengawal rumahku terus memberhentikan kereta. Aku hanya turuti. Cermin tingkap aku turunkan apabila lelaki itu mengetuk cermin tingkap kereta ferrari ku itu.

"Cik Warda, ini ada hadiahh orang bagi. Katanya, dia minta maaf sebab terlambat bagi hadiah." beritahu lelaki yang sudah separuh abad itu.

Aku terus menyahut hulurannya itu. Kotak yang elok terbungkus dengan plastik bercorak hati comel itu aku pandang. Ringan saja aku angkat. Aku sudah berkira-kira jam tangan. Apa lagi ringan daripada itu kan?

"Siapa dia, pak Hafiz?"soalku ingin tahu.

"Katanya kawan lama, cik Warda." jelas lelaki itu.

Aku sudah ketap bibir. Kawan lama? Hmm.. kawan sekolah rendah ke? Aku sudah berkira.

Masuk sahaja ke perkarangan rumah, aku lihat ada kereta lain yang turut terparkir di kawasan rumahku. Hmm.. dari plat nombor yang tertera, itu pastinya kereta Velfire milik keluarga Tan Sri Johari, papa kandung abang Mikhael.

Hairanlah juga aku. Keluarga Tan Sri Johari datang rumah ke? Maksud nya.. abang Mikhael pun ada sekali? Aku sudah berteka-teki sendiri. Habislah, kalau dia ada.. apa reaksi yang aku nak bagi.

Nak senyum? Nak berlagak biasa? Ataupun... sama seperti dulu? Mengelak dengan berkurung diri di dalam bilik? Pfft..

Kotak yang masih berbalut itu, aku bawa masuk ke dalam rumah. Sempat mataku meliar memerhati suasana. Tak ada tanda-tanda abang Mikhael ada di situ. Mungkin dalam bilik abang Sufi kot? Aku sudah buat tebakan.

Baru sahaja aku mahu panjat tangga, mataku terus tertancap ke arah kelibat dua orang wanita yang baru sahaja keluar dari dapur. Dua orang wanita itu adalah mama dan juga Puan Sri Adila.

"Eh, Warda dah balik?" soal Puan Sri Adila dengan senyum manis setia di bibir.

Aku hanya membalas. Terus jasad mereka aku dekati. Bau haruman gulai lemak menyapa batang hidung ku. Sangat menyelerakan. Sempat mataku meliar memandang apa saja lauk pauk yang terhidang di atas meja. Dan.. yurp, semuanya mencabar selera.

Aku mencium tangan mama dan Puan Sri Adila.

"Auntie seorang aje ke yang datang?" soalku ingin tahu. Alang-alang itu, nak tahulah juga kan?

"Haah, Warda. Auntie seorang aje datang. Kat rumah pun bukan ada siapa. Pak Long kamu itu kerja aje memanjang, si Mikha itu pun jarang melekat kat rumah. Dengan kawan aje." luah wanita itu menerangkan kesepian yang membelengu.

Aku hanya tarik senyum. Lepak dengan kawan? Maknanya, abang Mikhael tak adalahkan dalam rumah ni?

"Biasalah itu, Dila. Anak muda memang macam itu. Kalau tak di rumah, pasti merayap dengan kawan." celah mama. Sempat pula itu, mata mama mengerling pada aku.

Amboi, ma. Mengata Warda juga ke?

Tawa kecil Puan Sri Adila mengekek. "Betul itu, Imah. Hmm.. tapi, anak perempuan lagi senang jaga. Duduk kat rumah aje, tolong mama memasak." duga wanita itu. Bagus lah puan Sri ni, husnuzon (bersangka baik) selalu.

"Sama aje, Dila. Baik lelaki ke perempuan, kalau dah muda.. perangainya tak jauh beza." amboi, ma. Pujilah sikit anak cantik mama ni. Desisku dalam hati.

Aku sudah tersengih. Haih, segan lah pula kalau mama kata begitu depan Puan Sri Adila.

Segera, aku minta diri untuk naik ke bilik. Aku tak sepatutnya dengar perbualan orang tua-tua. Tak sopan katanya. Lagipun, aku nak berkemas diri. Tak sukalah badan berbau ni..

Masuk sahaja ke dalam bilik, aku terus letakkan kotak yang berbalut hadiah itu di atas katil. Cekak yang terpasang pada rambutku, aku tanggalkan. Baru sahaja aku mahu mencapai tuala, mataku terus berkalih ke arah kotak tersebut.

Keningku sudah terjongket. Entah kenapa, hidung aku mulai disapa dengan bau tengik dan bau itu datang daripada kotak yang aku bawa masuk itu.

Tadi, tak ada pula bau..

Kerana rasa ingin tahu yang kuat, terus aku atur langkah mendekati kotak tersebut. Baunya makin jelas menusuk hidung. Perasaan aku sudah tidak sedap.

Balutannya aku koyakkan lalu  penutup kotak itu aku buka. Tersembul biji mata aku apabila melihat isi yang meloyakan tekak itu.

"Arghhhhhhhh!!!!!!!!!" jeritku lantang dan kuat.

Kotak itu terus aku campak ke lantai. Terlihat bangkai burung merpati yang tiada kepala terdampar atas lantai bilikku. Darahnya mengalir dan baunya juga menusuk.

Spontan, air mataku mengalir deras. Aku sudah terjeluak melihatkan pemandangan jijik depan mata. Loya dan mual. Badan aku juga sudah geli gelaman satu badan.

Beberapa kali aku memanggil mama sambil mataku aku pejam dari terus merenung bangkai burung tersebut.

Akhirnya, mama dan Puan Sri Adila muncul. Mereka juga turut terkedu melihat bangkai burung yang ada dalam bilikku. Puan Sri Adila sudah buat muka loya manakala mama pula segera mendapatkan aku.

Terus tubuh aku dipeluknya. Dia cuba untuk meredakan ketakutan yang memebelengu aku ketika itu.

"Kenapa, ma? Kenapa orang buat Warda macam ni? Apa salah Warda, ma?" berkali-kali aku tanya soalan itu.

Mama hanya diam. Puan Sri Adila di sebelahku juga turut sama mengurut bahuku. Berharap agar cara itu dapat meredakan tangisanku.
...

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now