BAB 63

43.5K 1K 57
                                    

'MZ Holdings diisytiharkan 'bersih'.'

Adrian sudah panas hati saat melihat tajuk itu terpampang di muka akhbar. Dia rasa ingin mencarut juga sekarang ini apabila melihat wajah-wajah yang dia kenal berada di bawah tangkapan polis. Salah satunya adalah Dato' Farhan.

'.. Polis menahan enam orang yang terbabit dalam isu menggelapkan duit syarikat MZ Holdings. Kesemua suspek merupakan pegawai tinggi bagi syarikat kenamaan itu kini diberkas dan ditahan reman untuk beberapa hari sebelum dibicarakan di mahkamah pada Rabu ini...

...Engku Syah Taufiq yang merupakan CEO syarikat itu berkata aktiviti itu sudah lama dibuat oleh keenam-enam suspek sejak empat tahun yang lalu berdasarkan dokumen mengenai keluar masuk wang syarikat itu. Beliau juga berkata bekas ketua bendahari syarikat itu juga turut terlibat sama dan kini polis sedang dalam usaha menjejaki suspek yang kini dikatakan sedang berada di luar negara...'

"Tak guna punya orang tua!" gertak Adrian dalam nada kesal.

Orang yang dia harapkan sekarang ini sudah diberkas oleh polis. Macam mana Adrian nak ambil alih syarikat itu kalau orang yang dia perlukan sekarang ini sedang meringkuk dalam penjara. Haih, Adrian sudah diulit masalah.

Anak matanya terus tertancap ke wajah Syah di muka akhbar. Dia benci lihat senyuman yang meniti di birai bibir sepupu lelakinya. Bila nampak senyuman itu, Adrian rasa dirinya seorang yang lemah. Dirinya rasa tak berguna!

"Kau tak guna, Syah!!! Kau memang tak guna!!! Sepatutnya, aku bunuh kau bukannya biar kau hidup!! S*al!!! Tak guna!!!" segala jenis sumpahan dia hamburkan pada akhbar yang tak bersalah itu.

Bukan setakat memaki hamun saja malah Adrian juga turut sama memukul-mukul akhbar itu. Amarah yang kian melepasi hadnya itu buat kan Adrian hilang waras akalnya. Apa yang dia fikirkan kini hanyalah bunuh, bunuh dan dia nak tengok Syah mati depannya.

Kalau boleh mati macam mana Azhar mati. Akhbar yang tebal itu dikoyaknya menjadi serpihan kecil lalu dipijaknya berkali. Rasa puasnya sedikit menyerbu. Sekurang-kurang nya, dia boleh lihat muka Syah hancur walaupun hanya dalam akhbar.

Pantas tangannya mencapai telefon pintarnya. Nombor orang suruhan nya, dia hubungi. Berkali-kali dia hubungi namun panggilannya masih tak diangkat. Amukan Adrian semakin menjadi-jadi.

"Apasal j*hanam ni tak angkat pula? Angkatlah, b*doh!!! Kau tak nak duit ke, hah?!" rungut Adrian sudah ke hulu-ke hilir.

Sedang dia leka mencuba menghubungi orang suruhannya itu, terdengar beberapa ketukan menyinggah rumahnya. Satu dengusan geram, Adrian lepaskan. Telefonnya masih dilekapkan ke telinga sambil kakinya disusun ke arah pintu.

Buka sahaja pintu, Adrian diterpa rasa terkejut. Terlihat beberapa anggota polis berada di hadapannya. Kelu lidah Adrian dibuatnya. Dia sudah diterpa rasa gelisah namun dia cuba untuk berlagak tenang.

"Erm, ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Adrian sudah menarik senyum paksa.

Anggota polis yang segak berseragam itu memandang serius ke arah Adrian. Tak ada balasan senyuman buat lelaki itu. Nampak tegas.

"Kami ke sini untuk bertemu dengan awak, encik Adrian." ujar anggota polis yang kini berdiri berhadapan Adrian.

Adrian telan liur. Raut cuaknya sudah tidak dapat dia sembunyikan lagi. Sempat matanya meliar memandang dua anggota polis yang lain. Suasana malam itu sedikit menjejaskan penglihatan Adrian ketika itu.

"Kenapa encik nak jumpa saya?"

"Kami terpaksa menahan encik atas kes yang melibatkan kemalangan secara sengaja yang berlaku pada Encik Azhar beberapa minggu yang lalu. Kami juga sudah menahan rakan subahat encik dan dia beritahu kami encik dalang kepada kes langgar lari itu." jelas anggota polis itu.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now