BAB 61

32.7K 946 58
                                    

Siling putih yang terbentang depan mata, aku padang kosong. Sama kosong seperti apa yang jiwa aku rasakan ketika ini. Hmm.. kenapa aku tak pernah bahagia bila bersama seorang lelaki?

Aku ditipu oleh Adrian. Dia tabur cinta-cinta manisnya yang terselindung penuh muslihat. Dan.. sekarang aku dikhianati oleh Syah pula. Baru aku berniat nak mulakan hidup yang baru dengan Syah tetapi apa yang dia buat pada aku nampak nya lagi sadis daripada apa yang Adrian buat pada aku.

"Saya tak sangka perangai awak lagi jijik daripada Adrian!" lontarku marah.

Syah masih memegang pipinya yang terasa kebas. Dia pandang aku dalam. Terlihat jelas riak wajah bersalahnya bermain. Raut sedih juga turut sama terselit.

"Let me explain first then you can do anything to me. Iffah nak benci Syah.. I will deserve it." ujarnya dalam nada perlahan.

Aku ketap bibirku. Air mata yang berlinangan aku biarkan jatuh. Rasa sebak kian bergoncang saat terpandang wajah lelaki itu. Berkali-kali video itu berulang dalam benak memoriku.

"Apalagi yang awak nak explain. Saya nampak muka awak dalam video itu, saya nampak apa yang awak buat.. apa lagi yang awak nak jelaskan." soalku sudah meninggi nada.

Syah menarik nafas panjang. Kedua-dua belah bahuku digenggamnya. Aku cuba meronta namun akhirnya aku akur. Pandangan menyampah aku berikan pada Syah menggambarkan yang sekarang ni aku rasa tak suka nak menghadap mukanya.

"Yurp, Syah mengaku apa yang Syah buat itu salah. Syah mengaku orang yang ada dalam video itu adalah Syah tapi.. itu dulu. Masa itu Syah masih dengan dunia Syah yang penuh dosa. Syah mengaku waktu itu Syah jahil tapi Syah berani sumpah yang sekarang Syah dah berubah. Syah tak buat semua itu." lelaki itu menjelaskan segalanya pada aku.

Raut sangsiku bertayang. Entah kenapa, aku diterpa rasa tak percaya. Jujur aku katakan, yang aku sudah penat untuj ditipu. Aku tahu perangai playboy Syah itu tapi aku tak sangka yang dia tergamak buat sampai macam itu sekali? Huh, mana hilang nya rasa bersalahnya pada Tuhan ketika itu?

Apabila melihatkan aku langsung tak menyahut. Satu keluhan berat Syah lepaskan. Memandangkan Huraifah sudah tahu segalanya, lebih baik dia pilih jalan untuk tidak berahsia.

"Walau apapun yang Iffah fikir. Syah nak Iffah tahu, Adrian itu bukannya baik. Dia gunakan semua orang untuk kepentingan dia." ujar Syah memula kan bicaranya.

Aku sudah berkerut dahi. Kali ini pandanganku beralih padanya. Telinga ku pasangkan mendengar penjelasan nya.

"Syah tahu Iffah mesti takkan maafkan Syah kalau Iffah dengar apa yang Syah akan cakapkan ni. Dulu, Syah bodoh sebab Syah ikut permainan Adrian tapi sekarang, Syah taknak ada rahsia antara kita." tambahnya lagi. Nadanya kali ini mengendur. Jelas kekesalan nya di situ.

Dahiku sudah berkerut. "Rahsia?"

Syah mengangguk lemah. Tangannya yang memaut bahuku dilonggarnya.

"Ada sebab Syah gantikan tempat Ad malam itu. Ad ugut Syah. Dia akan sebarkan video itu kalau Syah tak ikut apa yang dia nak. Syah terpaksa ikut. Dia minta Syah goda Iffah, dia buat rancangan supaya Iffah curang dengan dia dan nampak macam sayang yang bersalah atas pemergian dia. Malam sebelum pernikahan, Ad suruh Syah untuk perangkap Iffah dan yurp.. rancangan dia berjaya. Tapi Syah tak sangka yang..." belum sempat Syah mahu menghabiskan ayatnya, terus tanganku menampar pipinya.

Air mataku berbirai turun. "Cukup!!! Saya dah taknak dengar apa yang awak cakap Syah!!! Awak fikir saya apa? Bahan ujikaji?! Nak tengok saya ni pandai detect korang punya pembohongan?" gertakku kasar.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now