BAB 57

30.6K 976 51
                                    

Kepalaku yang masih sakit, aku pegang erat. Sempat mataku melilau memandang sekeliling. Dalam mamai, aku nampak sekeliling bilik aku dan Adrian terhidang depan mata. Satu keluhan berat aku lepas kan.

Kemudian aku pejam semula. Tak semena-mena mata aku buntang tatkala teringatkan kejadian sebelum aku ter'lelap' semalam. Bukankah semalam aku pengsan dan tubuh aku jatuh? Jatuh bergolek menuruni tangga?

Aku yakin aku tak silap. Terus aku bangun dari baringku. Seluruh tubuh ku raba. Dari wajah sampailah ke kaki, semuanya aku belek namun langsung tak kelihatan kesan luka mahupun lebam teruk di sekitar tubuhku. Aku sudah berkerut hairan. Sungguh pelik bin ajaib.

Tak mungkin lah, aku ada kuasa superhero kot? Pfft..jap-jap, Iffah. Merepeknya fikiran kau. Aku sudah geleng kepala.

Tiba-tiba sahaja aku tersedar kelibat Syah yang baru sahaja mahu masuk tidur. Aku pandang dia, dia pandang aku. Tatapan hairan dia berikan. Aku pula sudah tayang muka terkejut.

"S-syah?" seruku hairan.

Lelaki itu nampak berkerut dahi. Selepas itu, dia buat muka tak peduli kan aku. Segera, dia baringkan tubuh nya di atas katil bersebelahan aku. Tubuhnya pula membelakangi aku.

"Tidurlah. Baru pukul 4 pagi sekarang ni." ujarnya mendatar.

Tergamam aku dibuatnya. Jam dinding yang tergantung dalam bilik kami, aku belek. Seperti apa yang Syah katakan tadi, jam baru sahaja menuding angka 4 pagi.

Aku masih termangu atas katil. Aku yakin yang semalam memang aku pengsan dan aku jatuh ke belakang. Sepatutnya, aku dah koma sekarang ataupun secara ringkasnya, mati. Entah kenapa, aku rasakan yang diri aku sedang bermimpi sekarang ini.

Kejap, mungkin ini roh aku kot. Yang sedang berlegar-legar. Tak puas hati sebab hidup kejap sangat. Erm.. merepek.

Syah sudah memusingkan kepalanya sedikit memandang aku. Dahinya berkerut marah acah-acah. Aku pula masih melayan fikiran aku sendiri.

"Kalau kau taknak tidur, kau boleh pergi luar. Sekarang ni, aku nak tidur, jadi tolong tutup lampu." lelaki itu sudah mulai bersuara. Nada tak puas hatinya terselit.

Terus wajah Syah itu aku pandang. Dia masih tayang muka tak puas hatinya itu. Arahannya itu, aku tak pedulikan. Ini gila, tapi aku rasa Syah yang selamatkan aku semalam kalau betul benda itu adalah realiti.

"Syah, awak ke semalam yang selamatkan saya jatuh dari tangga?" soalku sudah memusingkan tubuh menghadap belakangnya.

Lelaki itu nampak terpaku. Satu keluhan berat dia lepaskan. "Takkan lah aku nak biarkan kau jatuh pula." ujarnya mendatar.

Aku ketap bibir. Lama aku diam sebelum senyumanku terukir. Lampu bilikku masih aku tak padamkan. Syah sudah berkerut dahi. Dia lihat aku yang masih terbaring menghadapnya tetapi tak mahu menutup lampu.

Satu dengusan halus dilepaskan oleh Syah. Terus dia pusingkan tubuhnya menghadap aku. Baru sahaja dia mahu mengangkat tubuh nya untuk bangun mahu menutup lampu, serentak itu aku dongakkan kepalaku sedikit dan sebuah kucupan bibir ke bibir aku berikan pada Syah.

Dia nampak tersentak. Tindakannya terus mati. Segera pandangannya dialihkan kepada aku. Senyuman nipisku terukir untuknya. Dia nampak masih tak percaya dengan apa yang terjadi sebentar tadi.

"K-kau.." gugup Syah mahu membalas.

Senyumanku makin lebar. Aku bangunkan tubuhku sedikit lalu matanya aku tatap dalam. Mataku aku beranikan untuk menatap anak mata coklatnya. Kedua-dua belah pipinya aku pegang erat.

"Ini sebagai tanda terima kasih saya sebab awak selamatkan saya." ucap ku lembut. Pipinya aku usap perlahan. Syah nampak sedikit tergugat namun dia sekadar membiarkan.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora