BAB 56

28.7K 915 28
                                    

Tubuhku yang terasa lemah, aku hempaskan ke sofa. Air mata yang sedari tadi mengalir deras, aku sapu. Haih, sejak kebelakangan ni banyak betul benda yang membazirkan air mata aku. Yang paling aku kesal itu, pembaziran itu adalah gara-gara Adrian.

Aku benci diri aku sendiri kerana aku menaburkan air mataku demi lelaki yang tak pernah menghargai cintaku. Yurp, aku memang patut benci diri sendiri. Mudah sangat terpedaya.

"Lama kita tak jumpakan, babe?" sapa Adrian. Langkahnya perlahan mendekatiku yang sudah terpaku di hadapannya.

Senyuman sinisnya itu, aku pandang. Tak pernah aku nampak senyuman sesinis itu melingkar di bibir milik Engku Adrian Faizur. Ini adalah pertama kalinya.

Adrian berhenti di hadapan aku. Jarak kami sangat dekat. Aku tayang muka penuh benci aku padanya. Kata-kata Amirah beberapa hari lepas kian bermaharajalela dalam fikiran aku. Dan, itu makin menambah panas dalam hati aku.

Ketinggian yang cukup ketara memaksa aku untuk mendongak sedikit memandang Adrian. Tajam mataku menikam wajahnya.

"Mesti you rindukan? Sorry babe, I terpaksa tinggalkan you. I tak boleh terima bila you curang dengan Syah. Ianya melukakan hati I dan I tak dapat terima hakikat itu." senyumannya berubah kendur. Wajah sebak dia main kan pula.

Aku sudah mendengus. Kerana rasa marah yang sudah berkecamuk, spontan tangan kananku menampar pipi kiri lelaki itu. Aku benci bila melihat lakonannya itu.

Nampak betul plastiknya itu. Aku tahu semuanya, Adrian. Aku tahu dan aku jijik dengan layanan yang kau bagi pada aku selama ni!

Kolam mataku sudah terasa panas. Aku lihat lelaki itu memegang pipinya yang sudah kebas. Pandangan geram nya diberikan pada aku. Namun, aku tak gentar. Aku beranikan mataku menatap wajah lelaki itu. Wajah lelaki yang pernah aku berikan sepenuh jiwa dan hati.

"You jangan nak berlakon lagilah, Ad! I tahu apa yang you nakkan. I tahu cinta you itu semuanya palsu belaka. You guna I !! You khianati cinta I !!! Dan.. sekarang you berlakon yang I salah dalam hal kita ni?!! Huh, you memang tak guna, Adrian!" apa yang terbuku dalam hati aku luahkan. Serentak itu, air mataku gugur.

Adrian yang nampak kaget. Mungkin terkejut bila dengar apa yang aku hamburkan padanya.

"Ma-macam mana you tahu semua itu?" soalnya gagap.

"Amirah bagitahu semuanya fasal you kat I. Dia beritahu I tentang you bercinta dengan dia belakang I, you gunakan I untuk kepentingan you!! Huh, I tak faham.. apa salah I sampai you buat I macam ni?! Apa salah I sampai you seksa hati I !! Please Ad, bagitahu I..!!"nadaku sudah merayu. Air mataku gugur deras. Hatiku yang runtun makin gamak memainkan emosi sedihku.

Lelaki itu diam lama sebelum perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum sinis. Wajah aku dipandangnya dengan jengkel.

Perlahan-lahan lelaki itu menepuk tangannya. Lagatnya itu seperti aku baru sahaja selesai melakukan sebuah persembahan untuknya.

"Baguslah kalau you dah tahu semua itu. Tak perlu lagi I nak berlakon depan you.. tak perlu lagi I nak bermuka dengan you. Sekarang, you boleh nampak apa yang I rasa pada you selama ini, Iffah. Hmm.. you masih sayangkan I lagi, betul tak, Iffah?" dia sudah menebak.

Aku ketap bibir. Air mataku cuba aku tahan. Entah kenapa, aku rasa nak ludah sahaja muka Adrian itu. Dia ibarat penjahat pada mata aku sekarang.

Huh, macam mana aku boleh sayang sangat dengan lelaki ini?

"You jangan merepeklah, Ad!! I dah ada suami. Buat apa I nak sayangkan you ?!" gertakku sudah mencabar. Mataku berani menikam anak mata nya.

Pandangan mengejek dia berikan. "Huh? Owh, jadi sekarang you nak cakap yang you sayang suami you? Iffah, I tak bodoh. I tahu perkahwinan korang bukannya sebab cinta dan si Syah itupun bukannya baik sangat." balas Adrian dalam tenang.

Aku kacip gigi menahan geram. Terus bajunya aku tarik kasar lalu mataku menusuk matanya. Cukup menggambarkan betapa bencinya aku pada lelaki bernama Adrian itu.

"Dia lagi baik daripada you. Sekurang-kurangnya, dia bukannya manusia bertopeng macam you!" aku sudah membela Syah.

Tiba-tiba sahaja tawa Adrian bergema. Gelagatnya itu langsung tak terusik dengan muka bengis yang aku tayangkan. Dia longgarkan tangan aku pada bajunya lalu dia bersihkan. Dengan penuh berlagaknya, dia pandang muka aku. Sinis.

"Dia lagi setan daripada I, Iffah."

Huh, mengarut!!

Sudah terang lagi bersuluh, dialah ketua kelompok neraka itu sebenarnya! Aku takkan percaya pada apa yang Adrian kata kan. Aku taknak percaya! Sekali kena tipu, aku tak mahu terkena untuk kedua kalinya!

Air mata yang masih menitis, aku kesat. Kepala yang sedikit sakit, aku urut perlahan. Hmm.. inilah yang susah ni kalau kepala terbeban sangat dengan masalah. Aku tak boleh nak stress sangat.

Tangga aku panjat perlahan. Sambil itu, aku urut kepalaku yang sudah berdenyut. Pandanganku juga terasa berpusing. Huh.. sakit yang amat!

Kakiku menjejak tingkat 1, aku cuba gagahkan diri aku untuk berdiri tegak. Namun, entah kenapa.. tiba-tiba sahaja aku rasakan pandangan ku berubah kelam.

Mataku tertutup rapat dan tubuhku sudah mulai jatuh ke belakang. Akhirnya, aku tidak sedarkan diri.
...
Dato' Farhan sedari tadi memerhati gelagat Engku Mukhriz yang sudah menggaru dagu. Dokumen-dokumen yang terhidang di depan mata, Engku Mukhriz belek dengan penuh teliti. Susah betul jadi bussiness man ni. Waktu malam pun nak kacau.

Akhirnya, satu keluhan berat Engku Mukhriz lepaskan. Wajah Dato' Farhan dipandangnya. Terlihat kerutan kesal di wajahnya.

"Saya masih tak dapat terima yang Syah bakal dilucutkan sebagai CEO. Dia sangat berkemahiran untuk uruskan business keluarga ini. Lagipun, arwah Azlan pun dah banyak tolong MZ Holdings. Saya rasa macam nak tutup kes video itu dan biarkan Syah terus memimpin syarikat ini. Dia lebih layak." tutur Engku Mukhriz tanpa bertapis.

Dato' Farhan sudah ketap bibir. Ugutan Adrian padanya beberapa hari lepas, buatkan dia terpaksa berpihak untuk menjatuhkan Syah.

"Keputusan pun sudah diputuskan. Lagipun,orang macam Syah itu takkan bawa syarikat ke mana- mana. Tak semua anak ikut bapak nya. Saya pun setuju tentang kebolehan Azlan tapi saya amat meragui kehebatan Syah dalam mentadbir MZ Holdings." dalih lelaki itu sudah mulai menyusun ayatnya.

"Saya rasa Syah bagus. Semenjak dia pegang jawatan sebagai CEO, banyak masalah yang berkaitan dalam syarikat pun boleh kurang. Dia naikkan nama syarikat." Engku Mukhriz menambah isinya.

Dato' Farhan sudah gigit bibir. Dia tahu, yang dia pasti kalah dalam perdebatan ini namun disebabkan Adrian, Dato' Farhan perlu menang untuk kali ini.

"Tapi, Engku. Apa yang Syah lakukan sekarang ni betul-betul memalukan syarikat kita. Seorang CEO muda berzina dengan seorang pelacur? Apa yang kita nak jawab pada media kalau diorang tahu tentang perkara ini? Pernikahan Syah dengan Huraifah pun pernah jadi isu, inikan lagi video itu. Mungkin dengan sekali petik, syarikat kita akan diberhentikan serta-merta." Dato' Farhan sudah bijak memainkan kata.

"Kalau kita diamkan, saya yakin ia takkan jadi isu."balas Engku Mukhriz pula.

Dia juga bertegas mahukan Syah sebagai CEO. Baginya, hanya Syah saja yang layak menyandang jawatan penting itu, bukannya orang lain.

"Tak boleh, Engku. Yang salah tetap salah. Kita tak dapat tahu apa yang akan jadi di masa depan, Engku. Saya rasa ada orang lagi layak untuk jawatan itu." lelaki berkemeja itu sudah memasang jerat.

Berkerut dahi Engku Mukhriz dibuat nya. "Siapa yang Dato' maksudkan?" dia sudah diterpa rasa ingin tahu.

"Engku Adrian Faizur." nama itu disebutnya lancar.
...

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora