BAB 44

25.6K 1K 33
                                    

Gelak tawa Malik di hujung talian sudah buat Syah urut pelipis mata nya. Huh, tiba-tiba pula dia rasa menyesal buka topik fasal rumahtangga nya dengan Malik. Lagipun , dia sudah tak tahu nak luah kan semuanya pada siapa.

Ramai sahaja yang kawan dia ada tapi cuma Malik sahaja tempat dia meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Nak cerita pada mamanya? Hmm.. habis telinganya dipiat kalau cerita yang disentuhnya itu adalah cerita tentang Huraifah Farihah.

Sudah seminggu gadis itu menjadi isterinya. Walaupun keadaan masih janggal antara mereka namun perubahan Huraifah yang tiba-tiba sahaja drastik itu buatkan Syah makin hairan. Setiap hari, gadis itu akan masakkan untuknya. Bukan setakat itu aje, Huraifah yang sekarang sudah tak selalu meninggi kan suara padanya. Bercakap pun baik, sopan..

Peliklah juga Syah melihatnya. Seram pun ada juga. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja jadi singa jinak. Erm.. bukankah itu berita yang baik? Entahlah..

"Baguslah itu. Kau ni pun, bini garang pun susah.. bini baik pun susah. Kau nak yang macam mana sebenarnya?" soal Malik meredakan tawanya.

Satu keluhan kesal Syah lepaskan. Haih, kan tak fasal-fasal kena tegur dengan bekas pelajar alim?

"Kau rasa dia berubah itu sebab something ke?"tanyanya masih tersirat syak wasangka.

"Something?? Haha.. jangan cakap something yang kau maksudkan itu.. 'ehem..'."sekali lagi tawa Malik berhamburan. Kali ini nadanya lebih deras.

Suka betul bincang benda-benda yang tak bermoral itu. Pfft.. Bila Malik gelak, Syah diam. Dia rasakan lawak Malik itu sensitif. Erm.. sebab benda itu terkait dengan statusnya sekarang.

"S*allah. Aku cakap serious ni, kau jangan nak buat lawak boleh tak?" Syah sudah bertegas.

Malik langsung tak tergugat. Tawa nya masih kedengaran di hujung talian. Suka betul dia menyakat Syah yang sedang naik hantu sekarang ni. Jarang, Engku Syah Taufiq marah orang.

"Betullah. Something yang bini kau nak tu mestilah sentuhan magis daripada kau. Come on lah, Syah. Bukan  kau tak pernah buat kan?" sengaja Malik membaling bara api dalam lubuk hati Syah.

Satu dengusan kasar Syah lepaskan. Terus taliannya dengan Malik ditamatkan. Cis, tiba-tiba pula dia rasa menyesal buka topik rumah tangganya dengan si Malik otak hanyir itu.

Kringg!!!

Telefon pejabatnya yang berbunyi diangkatnya. Panggilan terus daripada setiausahanya.

"Ada orang yang nak jumpa encik Syah tapi dia tak buat appointment lagi. Dia minta mahu jumpa encik Syah segera." beritahu gadis itu dalam talian.

Syah mengurut pelipis matanya. Haih, masa kepalanya ni sedang kusut jugalah ada Hamba Allah yang datang nak jumpa. Pfft.. salah time lah.

"Cakap dengan dia yang saya taknak jumpa sesiapa sekarang ni." arah Syah dalam nada malas.

"Dia kata dia memang urgent nak jumpa encik Syah. Katanya, nak bahaskan fasal pendrive."

Kali ini kata-kata setiausahanya itu buatkan Syah terkedu. Pendrive? Huh.. macam mana dia boleh terlupa tentang pendrive itu?! Syah sudah resah.

"Erm.. kalau macam itu, suruh dia masuk sekarang." nada suaranya cuba dikawal agar tidak nampak sangat keresahan yang menyelubungi hatinya ketika ini.

Kuku jarinya digigit sambil mata nya tak lepas memandang ke arah pintu. Mungkinkah itu Adrian? Huh.. Syah kalut sangat sampai terlupa untuk bertanya akan perihal orang yang mahu berjumpa dengannya itu.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now