BAB 15

24.6K 938 9
                                    

Gaun berwarna hitam maroon yang aku gayakan pada tubuhku aku belek sejenak. Terus senyumanku mekar apabila melihat sosok ku yang berada dalam pantulan cermin. Boleh kah aku katakan yang malam ini aku sangatlah cantik dan menawan mengenakannya pada tubuhku. Ditambah lagi selendang maroon berbunga hitam yang aku belit ke kepala ku, ia sungguh buat kan aku terpesona malam itu.

Sedang aku leka memusingkan tubuh di hadapan cermin, langsung aku tak sedar kelibat ibu yang menghampir. Senyum terujanya terukir bila lihat aku sudah buat gaya acah-acah Cinderella. Pfft..

"Cantik betul anak ibu, malam ini." pujinya tanpa aku sedar.

Terus aku mematikan gelagatku itu lalu aku memandang ke arah ibu yang sudah bersandar pada bingkai pintu. Aih, malunya apabila ibu kandung kita nampak perangai kita yang serupa kanak-kanak ini. Hmm.. sudahlah, tak lama lagi nak jadi bini orang pula itu. Haru betul!

"Aih, baju ni aje yang ibu. Orangnya tidak." aku cuba merendah diri. Cuba aje walaupun dalam hati, aku sudah melambung puji diri sendiri.

Ibu tersenyum mendengar bicaraku. Langkahnya disusun menghampiri ku lalu kedua-dua belah tanganku dipegangnya erat. Suka benar dia lihat aku memakai gaun itu. Cantik.

"Ibu rasa anak ibu ni dah ada seri pengantinlah. Bolehlah ni. Nampak sangat dah tu sedia nak naik pelamin." usik ibu sengaja menampah rencah manis malam itu.

Aku tertawa kecil mendengarkan usikan ibu itu. Aku tak marah pun malah aku lagi suka kalau ibu kata macam itu. Rasa macam betul-betul jadi pengantin pula malam itu. Hmm.. gemuruh pun aku dah rasa.

Malam ini, aku ada makan malam bersama keluarga besar Adrian. Keluarga besar dia itu termasuklah makcik pakcik dia dan juga sepupu sepapat dia yang ada dalam Malaysia ni.

Gemuruh lah juga. Belum pernah lagi, aku makan satu meja dengan mereka semua. Makan satu meja dengan Amirah pun masih terasa awkwardnya. Orang kata kalau nak rapat dengan bakal suami, kenalah juga rapat dengan kerabat keluarga nya jugakan? Jadi, target paling senang adalah Amirah tapi kami tak adalah rapat mana. Masih di tahap hye-hye bye-bye lagi.

"Ih, ibu ni. Ke situ pula dia." balasku

Sejenak, mataku ralit menilik pakaian ibu atas bawah. Dahiku berkerut seribu apabila melihat ibu masih tak bersiap sakan untuk ke majlis makan malam itu. Dia masih dengan baju kelawar merahnya itu.

"Kenapa ibu tak siap lagi ni? Majlis itu mula pukul 9 malam tau, ibu." tanyaku dalam nada hairan.

"Ibu malam ini ada hal sikit. Ibu nak kena jumpa kawan ibu. Dia minta ibu tolong dia malam ini. Nak tak nak, ibu kena tolong dia juga." beritahu Puan Raisha menyatakan alasan nya.

Aku ketap bibir. "Alah, hari lain pun boleh tolong kan ibu? Malam ini malam special Iffah. Ibu kena datang juga." aku sudah mendesak.

Ibu pula geleng kepala. Nampak seperti dia sudah muktamad dengan keputusannya. Kedua-dua belah bahuku dipegangnya erat.

"Kalau boleh, ibu memang nak pergi tapi malam ini.. hmm, ibu tak boleh nak buat apa. Kawan ibu itu dulu pernah tolong ibu masa kita susah dulu. Hmm.. takkanlah kita tak tolong dia pula kan? Nanti kecil hati pula dia." ujar ibu sudah memujuk.

Aku buat muka masam mencuka. "Tapi, takkanlah tak boleh tangguh? Hmm.. ibu lah orang yang wajib ada malam ini tau! Tanpa ibu, makan malam keluarga ini tak bermakna." aku sudah buat cerekerama TV3. Punyalah bersungguh aku nak ibu ikut.

Ibu masih menggelengkan kepala. Cukup memberi jawapan bahawa dia benar-benar tidak dapat tangguhkan perkara dengan kawannya itu.

Kedua-dua belah tanganku dicapai nya lalu digenggam erat. Aku sudah buat mulut bebek. Tiga inci panjang. Cukup untuk sangkut dua tiga ketul hanger atas itu.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now